BUTIRAN SIDANG MEDIA ANWAR

Malaysiakini melaporkan satu sidang media akan diadakan di Ibu Pejabat PKR pada jam 2.00 petang tadi.

Sidang media Anwar yang disiarkan secara langsung di laman blognya bermula jam 2.17 petang.

Anwar mengesahkan, jumlah ahli parlimen yang diperlukannya telah mencukupi dan kini beliau sedang berusaha untuk berunding dengan PM agar peralihan kuasa berlaku secara aman dan tersusun.

Anwar tidak mahu peralihan kuasa ini dicemari sepertimana Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Negeri Selangor. Beliau turut menyeru agar kerajaan BN tidak menggunakan polis, BPR atau ISA untuk menggagalkan usahanya dengan menekan ahli parlimen BN yang mahu ‘melompat’.

Menjawab soalan pemberita, Anwar tidak mahu memberikan senarai nama ahli parlimen yang akan ‘melompat’ kerana bimbangkan keselamatan mereka. Beliau menegaskan kepada pemberita yang beliau mahu memberikan sedikit ruang untuk PM memikirkan kepentingan nasional bagi menjamin peralihan kuasa ini berjalan secara teratur mengikut lunas undang-undang negara.

Pak Lah tiada pilihan lain melainkan bersetuju untuk berbincang secara baik agar peralihan kuasa ini berjalan seperti yang dirancangkan. Anwar turut memberikan jaminan yang peralihan kuasa ini akan berlaku dan bukannya retorik semata-mata.

Jika PM menentang peralihan kuasa ini, beliau akan berbincang kembali dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain mengenai langkah lain yang akan diambilnya.

Bersambung...

Nur Aflah : Apa pendapat anda tentang kenyataan terbaru yang dibuat oleh Anwar ini?

Bersambung
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

14 comments:

  1. Assalamualaikum,

    1. Satu kenyataan yang berani dari DSAI.

    2. Sekiranya terjadi, maka dengan rasminya telah tercalar sistem demokrasi negara kita walaupun apa pun alasannya.

    3. Apa pun saya doakan ianya tidak akan membahayakan negara ini. Bukankah di bulan yang mulia ini, kita boleh ketepikan perbezaan politik dan menumpukan kepada ibadat ?

    ReplyDelete
  2. Pengumuman ini menguji kematangan Parti UMNO dan Barisan Nasional. Benarkan mereka faham fundamental of democracy atau prinsip keadilan dalam Islam. Jika benar Pakatan Rakyat disokong majoriti (mudah) Ahli Parlimen, maka biarlah Agong melantik Ketua Eksekutif yang baru buat Malaysia. Jika ISA digunakan atau darurat diisyhtiharkan, maka kita berdoa agar dikurniakan keberanian dan kebijaksanaan kepada Agong untuk interevene. Sudah tiba masanya Institusi Raja dan Agong berbakti kepada rakyat Marhaen.

    ReplyDelete
  3. Political engineering...

    Anwar memang jurutera...

    Pergh!

    ReplyDelete
  4. Kitakan negara demoKERASi... DSAI bebas nak kata atau buat apa sahaja. PM pun ada hak dia sendiri. Polis, Tentera, Raja-raja juga ada hak dan bidang kuasa mereka sendiri. Why nak worry...

    ReplyDelete
  5. Allah selamatkan kamu,

    Allah selamatkan kamu,

    Allah selamatkan tuan-tuan semua,

    Malaysiaku Berjaya!

    ReplyDelete
  6. Anak -anak bermain layang-layang - suruh Anwar fly kites.

    www.kpmu.net

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. berita ini mmg dinanti-nantikan oleh sume org,adakah peralihan kuasa ini brjalan dgn lancar tanpa sebarang gangguan ataupun masalah,adakah paklah dan juak-juaknya akan berdiam diri dan hanya merelakan sahaja..adakah ini hanya retorik DSAI semata-mata...tp,jauh disudut hati,sy ttp menginginkan DSAI menerajui negara kita.amin

    ReplyDelete
  9. Perfect move to ensure national interest and citizen interest is protected. The best offer and let it be forewarned to any overzealous institution, listen carefully and it was very clear DSAI mentioned those government tools, wisdom and justice must prevail. Pak Lah should meet DSAI for the negotiation. It is not an ultimatum, people will appreciate him a lot more and will even forgive him. The writing is on the wall, the voice of people is getting louder, don't blame the rakyat but it is the Barisan National that is being self destruct. dh 9753

    ReplyDelete
  10. BUAH TANJUNG BUAH MELAKA,
    DI TANJUNG KLING KITA ADAKAN PERJUMPAAN.
    TEMPAT HULUBALANG SEDANG BERTAPA.
    BINCANG PASAL TUBUHKAN NEGARA.


    NAMUN BUDI TIDAK TERGADAI.
    JANJI MEMANG AKAN DITEPATI.
    BIAR KITA BERBUDI.
    ADAT TIDAK AKAN MATI.

    SILA BERUNDUR DIRI
    HATI SUDAH RASA BENCI
    KAU PAHLAWAN SEJATI
    MENYERAH DIRI BERERTI MATI.

    SILA BERUNDUR DIRI.
    TIDAK SIAPA AKAN MATI.
    PERGI MEMBAWA DIRI
    KAMI RAKYAT SUDAH PASTI.

    ReplyDelete
  11. Salam Aflah!

    Tiada yang mustahil...kalau ia sekadar khbar angin kenapa perlu BN/UMNO kalut dalam menangani isu hangat ini? Buat tak tahu sajalah, tak payah bagi publisiti kepada pihak yang berkenaan...

    TAK TUMBUH TAK MELATA..

    THX!

    ReplyDelete
  12. gantitakgantitakgantitakgantitakganti
    oh tak ganti lah'

    sapa ganti

    takda sapa

    ganti lah

    oiii ganti apa hah.....

    takde ,,,nih dok bincang sapa nak ganti cuti raya nih.....

    ish aku ingat ganti kera..jaan

    kerja tak nak buat...nak senang jer..

    ikut aku lah.

    ReplyDelete
  13. hi aflah...boleh caye lagi ke anwar nie.....



    ondaborder

    ReplyDelete
  14. to singkang...ask ur mather to fly ur lousy kite.

    kah kah kah

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.