PAK LAH KATA ANWAR MENGARUT!
Pak Lah menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Anwar di Stadium Kelana Jaya malam tadi sebagai mengarut.
Malaysiakini melaporkan, Pak Lah dipetik sebagai berkata :
"Orang kita cepat sangat terkejut, tergempar, cepat sangat kelam-kabut tentang soal pertukaran kerajaan. Ketepikan semua perkara begini. Beri perhatian kepada perkara yang mendatangkan manfaat serta kebaikan dan bukan sembang kosong yang tidak beri manfaat.”
“Pembohongan ini menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut sehingga selepas berbuka dan Tarawih, bukan nak buat Taddarus tetapi yang dibincangkan ada hubung kait dengan pertukaran kerajaan. Sepatutnya kita guna bulan Ramadan ini untuk tingkatkan ibadah untuk kemuliaan di sisi Allah dan tidak digunakan bersembang perkara yang tidak akan berlaku,"
Dalam laporan yang sama juga, Malaysiakini menggambarkan kemungkinan Zaid Ibrahim yang telah meletak jawatan hari ini akan menyertai Pakatan Rakyat. Anwar ketika mengulas tentang perkara itu dipetik sebagai berkata:
"Terima kasih kepada Zaid. Dalam beberapa hari lagi akan ada berita baik daripada Zaid. Ada orang kata kita beli (Zaid). Bukan beli, tetapi dia benci penahanan (bawah) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri),"
Manakala MSTAR pula melaporkan, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution ketika dihubungi juga berkata, pihaknya sudah mempunyai bilangan wakil yang mencukupi untuk tujuan pembentukan kerajaan.
“Anwar akan mengumumkan modus operadi dan mekanisme untuk membentuk kerajaan pada sidang media (hari ini),"
Sebelum ini, barisan pemimpin BN dan beberapa penganalisis politik berpendapat, Anwar tidak akan berjaya membentuk kerajaan dan pelan 16 Septembernya hanyalah permainan politik Anwar semata-mata.
Nur Aflah : Esok kita ramai-ramai dengar penjelasan Anwar. Insya Allah, kita akan tahu, siapa yang mengarut dan siapa yang bercakap benar.
header baru nampak...macam ada ape ape jer untuk 16 sept...
ReplyDeletegurau jer kak aflah....
siapa betul siapa mengarut....bottom line nyer pada aku...apsal tak buat lepas terawih himpunan tu.. buat jer kat stadium..biaq pi yang bukan muslim tunggu ...depa pun paham...
adakah bacaan al quran skit... kan molek.... aku tak gi sana ...jadi tak tau apa ceriter...harap harap adalah kot depa buat....
tapi sapa karut sapa benar....
aku pikir satu jar ALLAH bagi akai ....pikir sendiri lah....kalau tak sia - sia jar.
tapi hangpa nak kata apa sendiri pikir...
aku tak nak kena torak...apa apa pun wait n c tmorrow.
tukaq aku terima ...tak tukaq tunggu 16 sept tiap tahun akan datang...cuma aku harap ALLAH panjang umoq aku...tu jer lah
salam semua dan selamat bersahur
kah kah kah..gi basuh muko tu pok loh..baru bangun tdo dio duk "kemamar"
ReplyDeleteSalam...
ReplyDelete"...Seorang yang bijak dalam pertimbangannya terhadap dunia, tidak berfikir untuk menyukai yang satu atau membenci yang lain...tetapi ia selalu mengikuti mana yang benar..."
p/s : kredibiliti serta rekod mereka yg mengesahkan (Anwar & Saifudin) terlalu baik untuk dicalarkan dgn mencanang sesuatu yg tak betul... saya kira, mereka memang telah pasti...
KASIAN PAK LAH.
ReplyDeleteDALAM POLITIK MACAM MACAM BOLEH BERLAKU.
BEGITU JUGA DALAM CINTA.
KU SANGKA PANAS SAMPAI KE PETANG RUPANYA ADA HUJAN DITENGAH HARI.
DALAM CINTA ADA RINDU.
DALAM POLITIK ADA SEGALA-GALANYA.
1.ADA ANWAR.
2.ADA PKR.
3.DAP.
4.PAS
JANGAN TIDUR LAGI?
IKUT RANCANGAN KAMI.
KAMI TIDAK MENGARUT.
MASUK DAN BERJUANG BERSAMA- SAMA KAMI - PKR.
salam 916,
ReplyDeletetau tau hari ni dah Selasa,
tau tau hari ni 16 hari Puasa,
tau tau ... eh eh, 16 September laa,
hari ni kan HARI MALAYSIA...
hIDUUUUUUUP MALAYSIAAAAAAAA!!!
ADA BETUI KAAAA??
MAKKAL SAKHTI
ReplyDelete