PELAN 16 SEPTEMBER SUDAH 90% SIAP
Anwar Ibrahim
,
DAP
,
Pakatan Rakyat
,
PAS
,
PKR
,
Politik
Mengikut sumber yang rapat dengan Anwar Ibrahim, pelan 16 September sudahpun 90% siap dan hanya menunggu detik sesuai untuk diumumkan. Kononnya, jumlah ‘kuota’ yang diperlukan Anwar sudahpun melebihi daripada apa yang diperlukan.
Masalahnya kini, Anwar terpaksa menyelesaikan beberapa tuntutan yang dibuat oleh barisan ahli Parlimen yang ingin menyertai Pakatan Rakyat. Antara pertikaian yang masih belum dapat diselesaikan adalah seperti :
1) Kedudukan ahli parlimen yang melompat parti dalam kerajaan Pakatan Rakyat.
2) Urusan perpindahan dan pemilihan parti yang ingin disertai oleh ahli Parlimen yang keluar dari Barisan Nasional.
3) Pengagihan jawatan dalam kabinet Pakatan Rakyat.
4) Urusan untuk menentukan siapa dan parti manakah yang layak menerajui kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.
5) Permintaan untuk mengadakan semula pilihanraya umum selepas Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan gagal mendapat kata sepakat.
Dalam pada itu, PAS pula menuntut kerusi Timbalan Perdana Menteri diserahkan kepada PAS dan tuntutan ini tidak dipersetujui oleh DAP, PKR dan parti dari Sabah kerana mereka juga berminat dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
DAP turut meminta PAS menggugurkan tuntutan mereka yang ingin menegakkan negara Islam dan mahukan konsep ‘Malaysia Malaysian’ dipraktikkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. PAS pula tidak teragak-agak meninggalkan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar menolak konsep Negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Biarpun beberapa pemimpin muda PAS dan DAP dapat berkompromi dalam isu negara Islam, tetapi isu ini masih lagi hebat dipertikaikan oleh beberapa pemimpin tertinggi dalam DAP. Keadaan ini telah menyulitkan lagi usaha Anwar untuk menstruktur kembali kerajaan yang bakal dipimpinnya.
Bagaimanapun, sumber yang sama turut memberitahu, Pakatan Rakyat sudah mampu membentuk kerajaan Pusat pada bila-bila masa jika semua perkara yang masih menjadi pertikaian dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. Berkemungkinan besar tarikh 16 September akan dianjakkan ke satu tarikh baru kerana Anwar mahu memastikan terlebih dahulu semua pihak berpuas hati dengan pelan pentadbirannya.
Buat masa ini, Anwar masih belum yakin dengan sokongan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Parlimen yang berhasrat menyertai kerajaannya. Jumlah ahli parlimen yang diyakini akan menyokong kuat usahanya itu masih belum mencapai kuota yang selamat.
Bagaimanapun, sumber ini masih belum dapat ditentukan kesahihannya. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui kebenarannya. Kita nantikan sahaja apa yang akan terjadi dalam masa terdekat ini. Mudah-mudahan, tiada perkara buruk yang akan menimpa negara ini.
alhamdulillah terima lah apa yang tersurat dan ketentuan ILLAHI.
ReplyDeleteaman atau porak peranda itu di pinta.
aman...kehidupan untuk semua...senyum lah rakyat jelata.
berlaku tak berlaku no 2...tapi pihak yang nak menguasai dah tak kira ..apa kaedah apa cara, halal ke, haram ke halam ke....kemudian cerita...yang penting kuasa kuasa kuasa...atas apa alasan mesti di laksana.. betul lah kata kata gila ... gila gila ( teringat zaman majallah gila gila ) gila pompuan,gila judi, gila ekor, gila kuasa.
gila kuasa ... tiada batasan...macam lain lain gila.
semua naik gila . tunggu bahana jerlah.
aku pun dah tak tau siapa betul siapa salah.
mana batil... mana kebenaran
sebab bila dah gila gila semua nampak sama. dari politikus kepada pencacai cacai.
kalau tenang lepas ini alhamdulillah...
cuma ku pinta bila dah berkuasa
jgn ada lagi kroni kroni..
jgn ada dendam mendendam..
jgn ada yang di buang kerja..
jgn ada di tukar kerja
jgn ada perniagaan bertukar milik cara paksa...
jgn ada pulak satu bangsa menguasai atas nama meritokrasi ala singapura...
jgn foram kebebasan agama tanpa batasan ikut sedap saja
aku takut keturunan ku muka melayu nama nya ahmad johnny bin abu..ugama nya tak tentu
buatlah engkorang ikut suka...nak bahagi jawatan ikut mana.
kepada rakyat terutama melayu yang dah terbelah 3.
jgn pulak berbalah balah.
nak cakap rugi definasi pun dah takder lagi.
yang dah kalah ....dan di boo dan di gelakkan.. jgn lah berbangkit dan bertarah...tengok lah thailand dah jadi tak tentu arah.
nak aman bukan senang....tapi aku harap lepas ni jgn lah asyik asyik dengar sana kekecohan...sini ketegangan..
tapi kalau dah berlaku jawap nyer tak kesudahan..
SEBAB PERJUANGAN YANG MULIA DAH JADI DENDAM BERDENDAM.
tahniah pd semua bloggers mana paksi anda ....atas apa alasan sekalipun masing masing berkata hak aku ikut suka ler.
pada aku sejarah malaysia akan bermula.. itulah legasi baru...
yang dulu akan terpadam begitu saja..apalah ada pasal sejarah..
sejarah boleh di ubah ikut siapa berkuasa.
agak aku lah.
so tahniah lah pemerintah baru..
cuma satu tadbir lah penuh amanah.
kepada penyokong jgn lah pulak terlalu sombong dan lupa diri....khuatir bila berjalan tertusuk paku di kaki...
:-} ..............................
s.l.m
Salam...
ReplyDelete16 September... Saye x yakin... atas beberapa sebab tertentu... dan sebab2 tu, biar saya simpan sendiri...
16 September ni sebenarnya adalah tarikh yg saya ngan kengkawan time sekolah dulu suke sangat nak tunggu and celebrate... dengan penuh perasaan terharu dan bertuah coz Sabah dapat join Malaysia dan bernaung di bawah satu bendera...
Mcm mana terharunya mereka yang menyambut hari kemerdekaan, begitulah jg terharunya kami... sambil memasang tekad, akan terus memperbaiki diri dan menyumbang untuk Sabah supaya dapat menyumbang untuk Malaysia...
Kerana itulah, saya dan kengkawan sangat gembira bila kerajaan memperkenalkan istilah "bulan kemerdekaan" yang disambut bermula 16 Ogos hingga berakhir 16 September...
tapi akhir2 ini, Anwar dan ramai orang nyata sekali telah mencemarinya... dan saya tak suka...
itu, rasa hati saya...
ntahlah... kenapa 16 September?
p/s : :(
Salam Ramadhan..
ReplyDeleteSiapa yang memerintah tidak menjadi soal asalkan nasib rakyat, agama, bangsa ..terbela
Salam Ramadhan..
ReplyDeleteSiapa yang memerintah tidak menjadi soal asalkan nasib rakyat, agama, bangsa ..terbela
Salam Ramadhan buat nuraflah serta keluarga...
ReplyDeletentahlah..memang benar banyak yang kita baca mengenai isu 16sept ni. begitu juga katanya ramai ahli PArlimen yang akan melompat PKR..
Pada saya juga bukan mudah untuk melaksanakan perkara tersebut. Bukan takbur kerana saya adalah pemimpin pu3 UMNO, Tetapi, kita berpijak di bumi yang nyata...bukan mudah nak menyatukan pelbagai kepala yang kita tahu latarbelakangnya..
Percayalah, banyak masalah yang akan timbul sekiranya ianya berlaku...
Pada saya, UMNO sedang berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada. Saya anggap perkara ini sebagai dugaan dari Allah swt..
Kalau tidak kita sebagai manusia pun tentu akan leka....
buat nuraflah...saya suka dengan keterbuakaan saudari dalam membincangka sesuatu isu. Teruskan!!!
salam persahabatan,
emy
ketua puteri Melaka
www.emysamsudin.blogspot.com
Kesian juga Shafie Afdal kata bila dia ke Permatang Pauh tempoh hari orang keadilan suruh dia balik Sabah. Jadi dia kata camne nak ada "unity". Mari kita bagi tahu Pak Menteri ni kenapa dia di suruh balik Sabah sebab supaya dia insaf dan bersuara untuk memperjuangkan nasib Sabah bukan kerja nak bodek saja. Asyik di KL saje lupa rakyat Sabah yang mengangkat beliau hingga jadi Pak Menteri dan buka lah mata tu jangan angguk saje. Ini lah masa nya untuk bersama Pakatan Rakyat. Baru lah afdal memertabatkan Malaysia. Jadi kita suruh balik Sabah kumpulkan semua pemimpin Sabah tanda tangan crossover to Pakatan Rakyat. YB saya tahu Datuk orang baik. Orang Semporna semua sayang YB. NURI
ReplyDeletekpd puteri umno (yang dapat duit, bila kempen mengundi). jgn buang masa ngan umno. umno sudah expired. 50 tahun dah memerintah. Cukup. Tak payah memperjuangkan nasib orang melayu. Ketuanan UMNO saja agenda kau orang! Bokon suwey!
ReplyDeleteMursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui negara sejak lebih 50 tahun akan diganti kerajaan baru.
ReplyDeleteBERPIJAK BUMI YANG NYATA PABILA TUAN GURU TURUT RASA YAKIN.
SEPT 16 - IARIKH KERAMAT UMNO JD DINOSAUR. EXTINCT ! PUPUS!
ReplyDeleteKEPADA PEMIMPIN PUTERI UMNO.......
ReplyDeleteMARI ISAP AKU PUNYA!
Apa susah pasal TPM, jawatan itu boleh diubah suai ikut kerajaan baru apa kata
ReplyDelete1) TPM Bukan Melayu
2) TPM Islam
3) TPM Sabah Sarawak
rotate kalau ada yang lain nak sangat, lagi ramai timbalan lagi kukuh Pakatan Rakyat mudah saja. Tak cukup satu tambah apa susah.
rocky din..
ReplyDeleteSama2 ler kita pelihara puasa..dengan lisan dan perbuatan
p/s Ramadhan;Allah melimpah ruahkan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa2, memakbulkan doa, perlumbaan memperolehi kebaikan.
peringatan utkku jua..
Assalamualaikum,
ReplyDelete1. 16 September 2008 - tarikh yang dikatakan bahawa banyak "katak" akan melompat dari sana ke situ. Sekiranya benar, "katak-katak" tersebut telah mencemari proses demokrasi dengan menidakkan pilihan rakyat pada PRU yang lepas. Rakyat telah memilih mereka di atas tiket yang mereka bertanding, sekiranya mereka melompat ke parti lain, ini bolehlah dianggap seperti "menipu" rakyat yang telah mengundi mereka.
2. Sebenarnya banyak lagi isu yang perlu difikirkan oleh DSAI selain daripada isu yang digariskan Nur Aflah. Isu-isu ini jika tidak diselesaikan oleh DSAI akan memecahbelahkan Pakatan samada dari bahagian dalaman Pakatan mahupun menjejaskan sokongan terhadap Pakatan. Apapun, perbezaan ideologi yang terdapat di antara PAS, DAP dan KeAdilan memang agak ketara. Ini tidak membantu mereka dari segi semangat "espri de corps".
3. Pada pendapat saya, kronisme, nepotisme dll akan tetap wujud di dalam mana-mana Kerajaan yang diterajui oleh mana-mana parti politik kerana ia berkaitan dengan sifat manusia dan tiada kene mengena dengan ideologi politik sesebuah parti.
4. Sekiranya Kerajaan "baru" ini berjaya dan lebih baik dari yang sedia ada, Alhamdulillah. Sekiranya tidak, saya hanya boleh berdoa agar kegagalannya tidak meninggalkan parut yang besar kepada negara ini.
Salam...
ReplyDeleteteringat ngan kata2 salah seorang pimpinan dewan ulama' PAS time muktamar yang lepas...
katenye, "jangan ambik mudah firasat pimpinan..."
p/s : waLlahualam...
untuk rujukan
ReplyDeleteROCKY DIN said...
KEPADA PEMIMPIN PUTERI UMNO.......
MARI ISAP AKU PUNYA!
September 4, 2008 7:03 AM
apa maksud saudara " mari isap aku punya "
dari segi ayat kalu di tuju kepada peminpin putri umno...maksud tersirat negatif bunyi nyer... mereka perempuan wanit, mereka ada suami ada anak, ada waris maksudnya sesiapa pun bila terbaca pasti tak setuju ...maksud nyer dah boleh faham sendiri...sebagai pembaca saya pun terusik juga ..sebab kita bermasyarakat dan kita ada kepentigan dalam kehidupan bermasyarakat..
saudara pun ada adik kakak..dan pasti ibu saudara pun seorang wanita yang berhemah. saudara akan terbakar jika ayat yang sama di tuju pd orang orang yang saudara hormati..
so apa niat saudara dalam posting yang saudara hantar....apa yang di maksudkan isap... kalau sdra tak berniat apa.....tak mengapa...tapi jika ada niat sdra....dan bersifat
negatif.
ok ...dengan senang hati sdra terima lah apa hukum karma kemudian..
sebagai individu apabila terbaca ia nya juga menyentuh saya..dan sebagai individu dewasa saya faham maksud tersebut.tak perlu di nyatakan.
dan sebagai individu apa yang saya katakan..
Ya ALLAH . semoga hamba mu yang terbabas pemikiran nya.. kau tunjukkan pada nya kebenaran dan jalan yang hak...semoga beliau mrngerti.
amin.
Assalamualaikum,
ReplyDelete1. Apa yang ditulis oleh Rocky Din memperlihatkan tahap minda beliau yang jelas tidak matang apatah lagi tidak bertanggungjawab. Tidak kira samada bulan Ramadhan atau tidak, perkara tersebut tidak patut ditulis oleh Rocky Din.
2. Ia membuktikan bahawa betapa Blog dan/atau internet boleh disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sikap tidak bertanggungjawab Rocky Din merupakan hanya satu contoh, terdapat pelbagai lagi contoh di laman-laman blog lain.
3. Di zaman sekarang, kredibiliti seseorang boleh dicacatkan hanya dengan menggunakan laman blog. Bukti seakan-akan tidak penting lagi, apa yang penting ialah samada berita itu sensasi atau tidak. Para bloggers diharap jangan terpekik melolong meminta "keadilan" sekiranya wujud undang-undang untuk mengawalselia mereka akibat perbuatan segelintir bloggers seperti Rocky Din.
4. Internet atau tidak, saya berharap para bloggers akan sedar, tiada kebebasan mutlak di dunia ini. Oleh itu, sila bertanggungjawab di atas penulisan anda.
Saya bersedia utk menerima perubahan,biarpun ianya berhadapan dgn risko.Sudah bosan dgn keadaan yg ada,bila tengok muka lembik PM,muka tak boleh percaya TPM &isteri dan muka sombong Khairy,rasanya saya lebih suka melihat muka LGE apa tah lagi AI.
ReplyDeleteJika Umno terus berkuasa Malaysia akan tetap begini,bayangkan Malaysia di bawah Najib,kemudainya Hishamuddin,Mukhriz dan Khairy.Keadaan mungkin akan menjadi lebih teruk,tingoklah tingkah laku mereka sekarang.
Salam Ramadhan..
ReplyDeleteSila baca pandangan matang dan adil ini....
http://groups.yahoo.com/group/beritamalaysia/message/104953
Harap Pas bertolak ansur dengan teman lain di PKR.....
Assalammualaikum,
ReplyDeleteChekdee sangat mengharapkan perubahan. Setiap perubahan sure ada masalah......tapi yang pasti...sekarang masa barisan memerintah...pun banyak masalah...
Kita kena sabarlah sekiranyer sewaktu perubahan...ada masalah....kita kena sama-sama memahami....jangan berubah hati.....
Sewaktu perubahan, burn the bridge..... so that...kita jangan berpatah balek....maju kehadapan .... perubahan dan terus berubah demi kemajuan.
Jika pemimpin baru berani..... rakyat juga kena berani...
Chekdee berani.....hehehehehehe
Salam ///
ReplyDeleteMenjunjung keadilan..menyanggah kezaliman...Masih ada beberapa perkara yg perlu di stabilkan dan disejukkan oleh Dato Sri Anwar,tarikh 16 sep pasti menjdi sejarah....DSAI adalah antara pemimpin no 2 yg paling berpengaruh dimalaysia....kita tunggu dan lihat...
braderyie
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamuaalaikum...
ReplyDeleteSalam ukhhuwwah di Ramadhan al mubarak..
Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan di hari baik bulan baik bulan mulia bulan penuh keberkatan ini untuk ajak perkara yang baik-baik, buat perkara yang baik-baik dan sangka yang baik-baik jer...
Macam contoh 16 September ni, belum pun tiba tarikhnya, marilah kita doakan yang terbaik sebagai anugerah dari Ilahi buat kita sempena Ramadhan 1429 yang mulia..
Makanya, kita tunggu je la dengar penuh sabar, redha dan harap seorang hamba... HambaNya yang tidak tahu apa Allah nak tentukan untuk kita... Amin.
Wassalam. sangka baik.
ADALAHG LEBIH MUDAH JIKALAU PEPIMPIN-PEMIMPIN ISLAM BERSATU-DIBAWAH SATU KEPIMPINAN YANG LEBIH TERURUS.
ReplyDeleteKALAU KITA MENGUNAKAN SISTEM YANG ADA SEKARANG IANYA MENJADI KACAU BILAU.
GERAKKAN TIDAK KEMAS, MESTI ADA ANASIR YANG CUBA MENGAGALKANNYA.
SISTEM POLITIK SUDAH TIDAK SESUAI LAGI DI MALAYSIA.
PARA PEMIMPIN MESTI ADA SATU KEKUATAN........................
LETAKNYA KEKUATAN HANYA PADA AGAMA ISLAM............................
TIDAK KEPADA MANA-MANA PARTI..
SEBAB IANYA TIDAK KEKAL LAMA.
KITA SEPATUT MENJADIKAN KEPIMPINAN
KALIFAH SEBAGAI WADAH PERJUANGAN DEMI BANGSA,AGAMA DAN NEGARA TERCINTA.
HARI KEMERDEKAAN KITA AKAN BERUBAH PADA TARIKH 16 SEPT. TARIKH 31 OGOS KELIHATAN SUDAH TIDAK MENARIK LAGI.BINTANG 31 AKAN HILANG DRP PANDANGAN KITA SEMUA.
Lu orang belum baca lagi kut blog perak bangkit. Susah jijik ibarat budak serempit. Tolong tarbaih perak bangkit. OK Salam,
ReplyDeleteYg tersingung , wa minta maaf. Tak payah sumpah2 ah?
to brother rocky,
ReplyDeletecaya lah, maaf di terima,
wa no comment lgi.
salam
AL FATIHAH BUAT AYAHANDA PAK SAMAD ISMAIL....YANG TELAH PERGI MENGADAP ILLAHI.
ReplyDeleteSEMOGA ALLAH MERAHMATI ROH NYA.
AMIN.
kita pasti menyusul jua.
tak kira bila, di mana,
dari perut ibu kita di zahirkan...ke perut bumi kita di semadikan.
beralih alam , meneruskan perjalanan.....
sehingga di temu kan di suatu padang.....
perjalanan yang jauh ......
mengadap TUHAN.
YA ALLAH MUDAHKAN LAH PERJALANAN KAMI.
UJIAN MU BERSILIH GANTI........
KAMI ALPA...LAGI LUPA
APAKAN DAYA .... KAMI HAMBA....
HANYA PADA MU KAMI SERAH SEGALA GALA NYA.
bila giliran aku................
aku pun tak tau.................
sedar sedar dah menunggu di depan " PINTU ".
gementar rasa nyer ..... bila nama di panggil PENCIPTA.
oooo...h adakah aku bersedia......
dulu aku mengiringi ..............
kini aku pula di iringi...........
adakah ini ramadhan terakhir buat aku....... . . . . .
salam semua.
16 sept makin menarik bagi aku...
ReplyDeletebanyak perkara dlm fikiran...
tapi biarlah dulu......
garisan garisan penentu muncul sedikit demi sedikit......cuma rupa nya belum muncul.
yang pasti perkara akan berlaku.
cuma
hala tuju PAS.
aku cuma dok fikir PAS masih relevan lagi selepas ini
APA KAH NASIB UMNO SELEPAS INI.
adakah setakat rumah pusaka yang penuh nostalgia akhirnya.
kenapa kedua dua nya
kedua2 dah lama.... saling berkait
tapi betul ker ada daya penarik ...
mungkin UMNO pernah melalui zaman kegemilangan nya...
tapi PAS masih ber iya iya menonjol diri nya.... masih question mark.
PKR ..... dynamism muda.
ini yang kedua dua pioneer tak ada.
pendekatan popular
sekadar fikir fikir saja......
salam
Mr Crower,
ReplyDeleteWhats up with the statement “menipu rakyat?” any explanations on that? Bagi aku statement tu hanya memperlihatkan kecondongan terhadap barisan kerajaan sekarang...setuju? Kenapa tidak dikeluarkan statement seperti “menyelamat rakyat” dari penipuan yg dilakukan oleh kerajaan sekarang? Mungkin nanti akan dikatakan menyebelahi pembangkang iyer tak? atau lebih sesuai dgn statement menipu utk menyelamatkan rakyat dari ditipu? Yg mana lagi mulia & perlu diperjuang kan? Masing² punya ideologi & pemahaman terhadap perjuangan mereka sendiri bukan?sama ada ikhlas atau tidak, penilaian kita yg memainkan peranan di situ. Tapi bagi aku, rakyat semakin terhimpit & terbeban dgn pelbagai masalah dari pelbagai aspek sekarang ni. Dan kerajaan hanya mampu menyediakan alasan demi alasan yg bg aku rata² penduduk Msia tidak sependapat dgn mereka! Masalah tuh…
Susah mahu ramal kali nie. dulu di blog saya tentang pilihan raya permatang pauh boleh diramal. tetapi tarikh keramat 16 september susah mahu ramal. tetapi saya tetap akan meramal setelah membuat analisis daripada semua sudut,wallahualam. TUNGGU DI BLOG SAYA???????????????
ReplyDeleteKalau anda tak ada bahan yang sah kebenaran dan kesahehannya lebih baik jangan menulis.Ini buat kacau daun saja.Meluat nak baca.
ReplyDeleteSekarang..., hari ni dah bertarikh 24 March, 2010...
ReplyDeleteJam dinding pun dah tunjuk waktu 4.15 ptg.. Ofis dah nak tutupp...
Mana pergi janji si Anwar Berahim ni?? Takder pun yang BN lompat masuk PRakyat? Setakat hari ni.., 4orang ahli PKR dah kuar PRakyat...
... heran aku..., apsal lambat sangat nih..?