SAIFUL GEMBIRA, RAKYAT MERANA? Malaysiakini


Di kala ini, Saiful agaknya sedang bergembira kerana namanya sedang meniti di bibir rakyat Malaysia. Sehinggakan ruang dapur majlis kenduri saudara saya malam tadi begitu sarat dengan gossip yang bertemakan ‘Saiful, Anwar & Liwat’. Tenggelam sudah kisah ‘minyak’ yang beberapa minggu lalu begitu rancak didebatkan oleh kami.

Sebagai insan biasa, saya terasa amat sedih bila nama-nama saudara seagama saya dilemparkan dengan pelbagai pertuduhan yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Ada pihak yang menyatakan dakwaan Saiful itu benar dan ada pihak pula yang menyatakan Anwar difitnah. Inilah natijahnya apabila kebanyakan dari kita lebih mudah mempercayai spekulasi daripada mencari jalan untuk menegakkan kebenaran.

Lebih malang lagi apabila percanggahan pendapat mufti turut dijadikan modal untuk memenangkan pihak masing-masing. Sedarlah wahai saudaraku, itu bukan caranya untuk mencari kebenaran. Kita sepatutnya berusaha mencari pahala dan bukannya berusaha menambah dosa kerana nyawa yang dipinjamkan oleh Allah SWT kepada kita boleh diambil pada bila-bila masa sahaja. Entah esok atau lusa, kita akan dipanggil mengadapNya.

Untuk kebaikan semua pihak dan mengelakkan daripada rakyat terus membuat dosa terpijak, saya nasihatkan agar Saiful pergilah berjumpa dengan mana-mana tokoh agama, mufti atau yang seumpama dengannya. Jika anda benar-benar di pihak yang benar, anda harus berani menyatakan kebenaran sepertimana anda pergi ke balai polis untuk membuat laporan dahulu.

Anda harus berani untuk mengaku samada anda diliwat secara paksa ataupun anda merelakan perbuatan terkutuk itu dilakukan terhadap anda. Jika anda tidak dapat menyediakan saksi, anda perlu bermubahalah terlebih dahulu. Tidak perlulah acara mubahalah itu disensasikan kerana jika kebenaran yang anda mahukan, jalan yang terbaik ialah dengan anda melakukannya terlebih dahulu sebab anda yang memulakan kisah liwat ini. Anda harus ingat bahawa kebenaran tidak semestinya popular dan yang popular tidak semestinya benar. Tidak perlu cabar-mencabar dalam kes awak ini.

Selepas anda melakukan mubahalah itu, tibalah pula giliran Anwar untuk menjawab mubahalah anda itu. Anwar tidak lagi boleh bertangguh untuk melakukan mubahalah itu kerana ianya akan mengundang reputasi buruk terhadap kerjaya politiknya. Urusan siapa yang benar dan siapa yang salah dalam mubahalah itu akan ditentukan oleh Allah SWT. Saya sarankan kepada semua pihak agar menghentikan isu ini setelah anda dan Anwar melakukan mubahalah itu. Atas nama Allah SWT, marilah kita semua kembali kepada ajaranNya demi kesejahteraan hidup di dunia dan juga akhirat.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

17 comments:

  1. Saiful is naive and need to grow up a lot! I am not saying that I don't believe his sodomy allegation against Anwar, but that is beside the point. He must understand the gravity of the situation and quit playing the media!! Leave it to the court instead.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    1. Bagaimana anda membuat andaian bahawa Saiful sedang bergembira ? Hanya semata-mata nama beliau disebut ?

    2. Ternyata anda belum matang dalam membuat penilaian tentang sesuatu perkara.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Cik Nur Aflah,

    Pandainya kamu berkata-kata di bahagian comment ini "setiap perbuatan kita, pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak" tanpa memikirkan apa yang kamu sendiri lakukan dengan post saudari.. biarlah perundangan lakukan siasatan terlebih dahulu sebelum kita menjatuhkan hukuman...

    Buat masa ini kita tidak tahu siapa di pihak yg benar.. tetapi kalau saudari berada ditempat Saiful contoh saudari mengaku dirogol, adakan saudari akan berasa bangga..bagaimana pula dengan perasaan keluarga dan anak cucu kamu...Janganlah disebabkan sifat fanatik saudari terhadap anti kerajaan, dengan cepat saudari menilai hanya berdasarkan ketaatan... biarlah siasatan dijalankan dan kita sebagai umat Islam perlu berdoa agar kebatilan dihancurkan dan segala kebenaran akan terserlah akhirnya... Percaya akan Qada' dan Qadar..

    hamba Allah

    ReplyDelete
  4. rakyat jumud je yg percaya dgn trick2 lame ni..tgk rtm tgk tv3 baca utusan mmg le kena kencing kaw2..ingt anwar mcm najib ke keje nk beromen je..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Cik Nur Aflah,
    saya setuju benar pendapat awak,sebolehnya orng yg menuduh mestilah menunjukan bukti kesahihan dia kena sodomi, kepada saudara anwar dia tak perlu bersumpah kerna dia yang dituduh, oleh itu kita akan lihat apa kesudahannya nanti, kita sebagai seorang muslim,kita memohom pada yg Maha Esa, nanti siapa yg bersalah akan terjawab,

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Saya tidak tahu kat mana saya nak mula. Tetapi saya rasa cerita2 mcm nie menjadi topic perbualan memang lah biasa disebabkan sangkut dengan Anwar. Salah satu ahli politik kita. Tetapi saya rasa bahawa isu ini hanya dibesarkan oleh media untuk menutup cerita2 lain.

    ReplyDelete
  7. Hai,Saiful, saya tak pasti u kata benar atau tidak. Cuma I nak u fikir baik-baik, u saman Anwar tak kena masanya, dan caranya.
    U tak perlu jumpa orang VIP..lebih-lebih lagi lagi Najib..terus beri laporan pada Polis aja. Biar polis yang aturkan tindakan seterusnya. Tindakan u jumpa orang-orang VIP termasuk Najib itu untuk apa..? sekarang orang ramai dah sangka yang lain...majoriti orang percaya kes ini adalah 'konsipirasi'. Lagi pun kenapa u tak lapor pada mahkamah syariah???
    U kata (kalau ikut lapuran) yang u dah banyak kali kena liwat...dan cedera parah? kenapa tak lapor awal-awal.?? Menurut kata beberapa orang-orang saya temuduga (yang terlibat dalam hal ini) berkata bahawa memang sakit dan darah keluar untuk pengalaman yang pertama dan tetapi untuk kedua dan seterusnya dah tak ada sakit lagi apa lagi kalau dibantu oleh gel pelicin. Hal ini suatu kenyataanlah. Cuba tanya mereka yang terlibat.'yang ada ditepi-tepi jalan' itu...majoriti cakap gitu. Sorylah ..saya tak kata u cakap bohong...cuma i tertanya-tanya apa pasal libatkan orang atasan dalam kes u. Tak ada cara lain ke?????
    Kenapakah u sampai hati buat gitu pada Anwar????...tak ada cara lain ke??? Kenapa tak jumpa terus pada PM??? Apa yang u dpt dengan melakukan demikian? Saya tak mahu tahu, u betul dan Anwar salah, atau sebaliknya....yang aku risau sangat ...harga barang naik, minyak naik, segala-galanya naik, mas kahwin pun naik.Nak kahwin pun susah hari ...ini.
    Generasi muda sepatutnya tidak berpihak kepada mana-mana pihak yang ada kepentingan. Kita sepatutnya jadi pendamai dan bukan senang diperalatkan. Saiful, kalau u berjiwa bangsa dan cintakan keamanan, u kena ambil tindakan yang boleh membawa faedah kepada semua pihak. Ketepikan harga diri itu dan utamakan kepentingan negara. Kes anda bawa banyak masalah kepada rakyat Malaysia. U berpelajaran tinggi maka ambillah jalan penyelesaian yang baik. Allah memberkatimu selamanya. Jangan balas kejahatan dengan kejahatan, balaslah kejahatan dengan kebaikan maka u akan diberkati Allah. Serahkan pembalasan itu pada Allah saja. Apa yang telah terjadi dalam hidupmu dan Anwar , hanya Allah yang tahu. Kita semua pernah buat kesilapan namun belum terlambat untuk memperbaikinya. Selagi kita masih hidup, segalanya boleh diperbaiki. Kalau orang tua saling gaduh..anak-anak muda seharusnya tidak berpihak kepada salah satu daripada mereka. Hari ini para pemimpin (orang tua) saling gaduh) dan kita yang jadi mangsa akibat tindakan mereka.
    Saiful, u fikirlah masak-masak ok. Jangan biarkan generasi golongan muda mendapat malu!!!!! (Sekian dan terima kasih : Maaf kalau ada silap kata.....BYE)

    ReplyDelete
  8. nak sambung sikit luwahan macam sdr Amat.

    Kalau pun benar certa kau ni Saipul,aku letakan kesalahan lebih besar pd kau sendiri,kerana tidak menolak awal-awal tingkah laku Anwar,apa tunggu sampai 9 kali,kalau aku sekali pun tak boleh,kerana ini lah baru di katakan menjaga maruah.lagi pun Anwar bukan bertenaga kuat dan elaun yg dibayar pd kau bukan besar,apa yg kau pandang?.kau melapurkan selepas 9 kali ,itu bukan menjaga maruah namanya,tapi menghancurkan maruah.

    kalau pasal menjaga kepentingan negara pula,boleh ke kau pasti org yg kau rasa layak pimpin negara tu lebih baik dari Anwar?.kalau Najib sorry lah,aku tak percaya sikit pun pada dia tu,bagi aku lebih baik Anwar.

    saipul-saipul kau ni betul lah mementingakan diri.

    ReplyDelete
  9. *fIleM nO.1 tErBitan Malaysia*

    wahhh!...cerita terbitan Negara Malaysia begitu menjijikkan kini.smua mediamassa,bloger n smua kejadah alternatif len sibuk mengetuk gendang nk tunjuk teror ngan pndapat msing2.Cerita kos murahan dengan pelakon dan pengarah yang same dengan jalan cerita membodohkan rakyat,dengan permainan phycologi serta pengaruh kian melanggar hukum dan landasan orang yang bernama manusia. nyata skali teori Darwin menghampiri ketepatannya...manusia bijak macam akal beruk(meminjam fakta Darwin)dewasa ini...dengan lakonan dan hipokrasi melampau dengan dibantu oleh watak sampingan yang 'over acting' memualkan lagi cerita filem politik malaysia. sahabat seangkatan slalu menyebut "masakan pokok bergoyang inul kalo xder anginnyer".inilah hero filem kita anwar noor dan najib ramli dmantapkan lagi heroin cerita separa manusia,dengan pelakon yg namanya mendadak naik kini,saiful fazira(spesies manusia yg gila glamerr).muagkin aku lupe hukum Allah,kalo aku lupe tolon smua ingatkan...kalo korang tak ingat,aku cuba tak lupakan...ape dia?KEKUASAAN ALLAH SWT.Dia saja yang tahu sejauh mana filem ini bole jual,kemana?kemana saja...Hollywood skrang dh mula intai2 filem kita.Bangga ker???arggghh!!!pduli ape aku...tp cerita yg tak siap lagi tp dh ditayangkan di pawagan rakyat ini btol2 buat aku sakit jiwa,ceritanya bagus,saling berkaitan,tp jawapan kpda plot2 persoalan2 masih tak terjwb.teringin skali nk tonton cerita ini dengan klimaks cerita dgn membuatkan smua penonton sedar,kita ada hukum,dan kita ada kuasa yg lebih agung?siapa? Allah Yang Mang Kuasa dan Allah Yang Maha Agung-lah. Allahuakhbar,Aku Naik Saksi Tiada Tuhan yang Disembah Melainkan Allah,dan aku Naik Saksi Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah...

    Allahuallam.SALAM

    ReplyDelete
  10. apalah kau daus...ko slalu baca apa ek?HARAKAH? BLOG? hahahah
    ko memang katak yg bawah tempurung tp dlm tempurung tu ada PC and internet...merepek je ckp.....

    ReplyDelete
  11. Gua nak tanya ckit beb, dlm blog lu eh aflah, byk wa tgk sebut ttg syarak n islam.. tp wa nak tanya ckit eh..lu bawak cerita yg x tau betul slh ni lu rasa bagus ke?dosa besar beb bawak2 citer ni...bukan ada kena mengena dgn lu pun. kes sodomy ni xde kait dgn politik wat masa ini..dy org tgh siasat..lu tgu jela..lu tau x?klu lu start bawak citer ni,pas2 citer ni x betul..apa citer?berlambak2 lu punya dosa yg bakal di tanya di akhirat. wa ni bkan baik sgt..tp sekurang2nya lu kena r adil.. klu betul Saiful kena sodomy? apa lu nak jwb? hahaha...wa x sebelah mana. tp wa rasa lu org sume dlm blog ni proANWAR sgtla...dy xde apa..lu Penah dgr x pepatah, pokok xkan bergoyang klu xde angin...sori r wa kasar2 ckit. tp at least wa x suka bermuka2... Dlm blog sebut nama Allah, sebut ttg balasan di akhirat tp dy yg start topik utk org ramai membuat dosa(mengumpatn fitnah) apa lu ingat fitnah ni main2 ke? LU PIKIR R SENDIRI.......

    ReplyDelete
  12. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komen mereka termasuklah mereka-mereka yang tidak mahu meletakkan nama mereka.

    Teringat pulak kata pepatah "baling batu sembunyi tangan".

    Harap-harap mereka yang terasa itu tidak akan marah.

    Pertama sekali, saya ingin membetulkan telahan pihak tertentu yang menyatakan saya PRO-ANWAR. Sebenarnya saya bukan pro Anwar atau pro Saiful dalam kes ini. Saya hanya pro pada perkara-perkara yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.

    Memang betul perkara ini sedang dalam siasatan pihak berkuasa, mengikut perundangan Malaysia dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu patuh pada prinsip rukunegara yang menyebut "kedaulatan undang-undang".

    Namun begitu, sebagai umat Islam yang bertaqwa kepadaNya, kita wajib beriman kepada Al-Quran sepertimana yang termaktub dalam rukun iman. Al-Quran secara jelas telah membincangkan isu ini dan kaedah yang perlu digunapakai untuk menyelesaikan masalah ini.

    Persoalannya sekarang, sebagai umat Islam, rukun mana yang perlu diutamakan? Rukun Iman atau Rukun Negara?

    Pada pendapat saya, oleh kerana sistem perundangan di negara ini belum lagi diislamkan sepenuhnya, maka saya harus mengikut sistem perundangan yang digunapakai sekarang.

    Tulisan saya dalam hal ini dengan jelas menyebut bahawa setiap dari kita perlu memandang isu ini sebagai isu peribadi antara Saiful - Anwar dan bukannya sebagai isu politik untuk menuduh pihak itu atau ini yang salah. Saya tidak pernah mengatakan Saiful atau Anwar bersalah. Saya cuma menyeru mereka berdua menggunakan kaedah yang diajar oleh Islam untuk menyelesaikan masalah ini agar rakyat Malaysia khususnya umat Islam di negara ini dapat melihat betapa 'indah dan mudahnya' Islam dapat menyelesaikan perkara ini.

    Saya bukan mengajak pembaca blog ini menuduh antara satu sama lain atau menfitnah sesiapa. Saya cuma berharap para pembaca blog ini dapat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar iaitu kita tidak boleh mempercayai sesuatu yang belum ditentukan lagi kesahihannya. Gunakan akal untuk berfikir dan bukannya untuk menghentam sesama Islam.

    ReplyDelete
  13. kepada cik Nuk Aflah,

    tutur ayat anda mmg nampak baik.. anda bercakap tentang hukum agama umpama seorang yg bijaksana namun sayang sbb ilmu anda belum cukup lg..
    jd usahlah nak cakap pasal agama kalau ilmu tak seberapa..

    bersumpah dengan quran bukan semudah anda sangka, dalam islam bersumpah itu adalalah langkah terakhir setelah
    mahkamah atau undang2 syariah gagal
    mendapatkan bukti.

    bukan senang2, penuduh bersumpah kene rogol, lepas tu yg dituduh plak balas. Ini bukan bertanding balas2 pantun.

    Kenapa sumpah ini adalah jalan terakhir?.. kerana selepas yg dituduh dan yg menuduh bersumpah, diorang akan terlepas dari ape2 hukuman kalau dua2 mengaku mereka bercakap benar, dan kes dianggap selesai dan kita umat islam kene menerima walaupun tiada yang dihukum. Jadi itukah yang anda mahu?..

    sebab itu ulama mengatakan ia cuma boleh dilakukan sebagai jalan terakhir. Ini sebenarnye untuk mengelakkan terjadi kes org difitnah senang lenang. Sbb kalau dah syaitan menguasai diri, sumpah dengan quran bukan jadi masalah bagi si penuduh atau yg dituduh walaupun mereka menipu. Dan ini akan membawa aib kepada yang bercakap benar.

    sebab tu kes2 sebegini perlu bukti dan saksi dan mahkamah syariah.. n bukan main balas2 sumpah..tq..

    ReplyDelete
  14. Sebenarnya kita semua telah jauh menyimpang dan terlepas pandang perkara sebenar. Sebabnya kerana perangai kita orang Malaysia selalunya tidak fokus pada perkara pokok lantas menjadikan kita seperti lalang mudah ditiup angain dari berbagai arah.

    Apa yang berlaku dalam kes DSAI dan budak upahan saiful ialah konspirasi untuk menjejaskan kewibawaan dan kemaraan DSAI mengambilalih Putrajaya. Itu saja sebabnya.

    Siapa yang merancang kita semua sedia maklum. Mat repit, mat gian (ramai mat gian yang graduate beb), dreber taxi dan lori, otai kedai kopi, kalau kita tanya hal ini garenti diaorang tahu siapa dibelakang perancangan terkutuk ini.

    Saya percaya dari dulu lagi Allah SWT senantiasa melindungi DSAI dan musibah yang menimpa beliau adalah ujian Allah SWT untuk meletakkan DSAI hampir kepada Dia.

    Sebenarnya ramai manusia2 didalam BN dan yang sejenis dengannya yang tak yakin dan "underestimate" DSAI dalam membuat "come back". Tetapi di pilihanraya yang lepas DSAI telah membuat mereka menjilat balik ludah mereka dan meletakkan mereka didalam situasi yang terdesak. Terdesak kerana terlalu banyak abuse of power.

    Pada saya yang telah puluhan tahun mengikuti perkembangan DSAI, kehebatan DSAI memang tiada tolok bandingnya. Saya mula mengikuti DSAI sejak beliau menjadi presiden Abim dan mengetahui kehebatannya sebagai student leader UM melalui artikel2 berkenaan dirinya.

    Sebagai presiden Abim beliau telah dikenali hampir diseluruh dunia terutama mid-east. Semasa menuntut di US saya terbaca banyak artikel yang menulis tentang beliau sebagai bakal menjadi new breed of outstanding leaders of Asia. Ini kerana kemampuan DSAI sebagai muslim mampu menyatukan negara2 arab yang bersengketa di samping menjadi orang tengah diantara islam dan barat(kristian). Sebab itu menyedari hal ini Mahadir memujuk DSAI masuk Umno sebelum PAS berjaya menyunting beliau.

    Tetapi kenapa di negara sendiri manusia sehebat DSAI dijadikan sebagai sampah, dihina, dianiaya malah hendak dihapuskan dari muka bumi ini??? Apa dah hilang akal ker manusia di negara ini??

    Jangan kita ulangi sejarah hitam kisah todak menyerang temasik (singapura) dan hal sikitol bersengkokol dengan musuh ketika Melaka diserang. Belajarlah daripada sejarah.

    Saya bukan ahli politik atau penyokong kuat PKR atau PR. Saya hanya manusia biasa yang ingin melaksanakan perintah Allah, amal ma'aruf nahi mungkar.

    Begitu juga DSAI yang sanggup hidup mati memperjuangkan nasib negara ini untuk kesejahteraan kita rakyat. Kalau bukan kerana semangat juang yang kental didalam diri DSAI, lebih baik dia duduk di istana raja Qatar menjadi penasihat ekonomi negara tersebut. Hidup senang lenang.

    Jadi saranan saya bersama2lah kita menyokong DSAI untuk menghapuskan penjenayah dan musuh no. 1 negara iaitu BN dan yang sejenis dengannya supaya maruah rakyat dan negara dapat diterbilang, dicemerlang dan digemilangkan. InsyaAllah

    ReplyDelete
  15. Tak payah le nak perbearkan kes liwat ni dari satu komen ke satu komen. Mengaibkan orang kalau betul haram hukumnya inikan pula tak tahu usul periksa..Bertaubatlah..Banyak cerita lain yang lebih berfaedah. nanti tak larat nak tanggung di akhirat. Dahlah fitnah merata-rata kat Malaysia ni..ada pula orang yang suka jadikan isu..Aku ingat ko tutup je blog ni sebab aku tengok ko bukan nak cari kebenaran tapi seronok buat isu dan gosip sana-sini.

    ReplyDelete
  16. salam crower,

    Ternyata anda juga belum cukup matang dalam membuat penilaian. Andaian tetap andaian dan mungkin betul mungkin tidak.

    ReplyDelete
  17. bakpo dok bedebat denga ore hok buto, pekok atau tuli. kalu doh ore umno totok, darah pung kalu toreh lengan tu musti kluar kala umno. meme otok gelap gelito. ngikut jah kejo. pok loh kato gapo pun yo!yo! najib kato dio x wat, yo! yo! pahtu lagu mano tue? x soh dok basuh la otok puak2 umno laknatullah nie. umno terang2 parti hok tolok agama. sebab tu dale nama lagi dio letok kebangsaan di depe. agama letok mano ? tobat la puak2 buto tuli pekok wei... sapo bilo mung nok tutup pitu hati mu pada agama Allah. x payoh nak tggu tuo baru nak kenal mesjid, baru nok blaja solat... mano ,mung tahu kalu lo nie Allah ambik kelik nyawa hok dio bui pinje? mung nak kato gapo ? KUBUR MASING2??? masalahnyo puak2 hok hidup lagi la dok keno nyusoh ko mung keno baca Yassin ko mu. ho la nok suruh ringan sikit azab kubo ko mung... jadi sblm mung nok tolok kebenaran undang2 Islam,m sblm mung nok tolok kebenaran ajaran Islam, sedarlah wahai umno totok...

    ikhlas dari hok nok bebel,
    mustakim

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.