ANWAR ATAU SAIFUL YANG TERSEPIT SEKARANG? Malaysiakini
Anwar Ibrahim
,
Islam
,
KPMU.net
,
mahkamah
,
Mstar
,
Saiful Bukhari
Memetik laporan Malaysiakini hari ini “Anwar bawa isu liwat ke JAWI” dan laporan KPMU.net “Kenapa Anwar takut sahut cabaran Saiful” membuatkan saya kian yakin dan percaya yang isu ini dapat diselesaikan secara baik.
KPMU.net melalui pendeta menulis :
“Anwar kini telah failkan aduan di Jabatan Agama Islam bersama isterinya. Beliau sekali lagi mengulangi bahawa beliau tidak perlu bermuhabalah atas nasihat alim ulama di dalam dan di luar negeri. Tidak berdosa jika Anwar bermuhabalah untuk mencuci nama baik beliau. Beliau mencabar tertuduh bermuhabalah tetapi beliau sendiri enggan melakukannya.”
Manakala laporan Malaysiakini melalui Abdul Rahim Sabri menulis :
"Dalam Islam, lelaki yang dituduh (melakukan liwat) adalah tidak bersalah. Siapa yang menuduhnya harus membawa saksi, bukannya seseorang (yang dituduh) untuk bersumpah sebab sumpah adalah sebahagian daripada pembuktian. (Bersumpah) ini bukan untuk beliau (Anwar) membuktikan bahawa beliau tidak bersalah. (Tetapi) ini adalah untuk penuduh untuk membuktikan beliau bersalah," jelasnya.
Dan ini pula adalah pendapat beberapa tokoh agama negara tentang isu ini yang dipetik dari laman Mstar :
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata “Lafaz sumpah wajar dijadikan jalan terakhir selepas mereka yang saling tuduh-menuduh tidak dapat membuktikan kebenaran dakwaan itu melalui proses lain dalam mencari keadilan.”
Mufti Johor, Datuk Noh Gadut berkata “Isu fitnah seperti dakwaan kes liwat yang sedang hangat diperkatakan ini wajar ditangani di mahkamah (syariah) kerana ia akan membabitkan lebih ramai pihak berwibawa dalam menentukan keputusan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak,"
Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata “Bersumpah dengan menjunjung Al- Quran bukanlah kaedah Islam. Bukan itu yang dianjurkan oleh Islam. Nabi pun tidak pernah buat begitu. Bersumpah dengan menjunjung Quran adalah tradisi orang Melayu.”
Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat berkata “Bersumpah atau bermubahalah merupakan langkah paling akhir yang perlu dibuat selepas proses perundangan dijalankan. Biarlah pihak mahkamah siasat dulu. Bersumpah adalah langkah yang terakhir,"
Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria berkata “Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah kerana ia tidak menepati undang-undang Islam. Yang menuduh (Saiful) kena mengemukakan empat orang saksi di mahkamah. Kalau tidak boleh dikenakan sebatan 80 kali.”
Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman berkata “Perbuatan bermubahalah (sumpah laknat) adalah bercanggah dengan ajaran Islam terutama jika ia membabitkan unsur-unsur politik.”
Bersandarkan kepada pandangan yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh agama tersebut, maka sewajarnya semua pihak (termasuk pendeta KPMU.net) membiarkan isu ini diselesaikan di Mahkamah Syariah. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh mahkamah syariah nanti tentunya akan mencatatkan satu precedent yang tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan Islam di negara ini sebelum kejadian ini.
Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum tiga tahun penjara atau denda RM5,000.
Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan aduan fitnah kes liwat terhadap beliau di Mahkamah Syariah.
Beliau berkata “Saya tak akan campur tangan walaupun mahkamah ini (Mahkamah Syariah) berada di dalam bidang kuasa saya, biarkan hakim-hakim yang berwibawa membuat ketentuan mengikut enakmen perundangan.
Beliau juga yakin hasil siasatan polis yang telah dijalankan boleh digunakan sebagai bukti dalam membantu siasatan yang dijalankan pendakwaraya Mahkamah Syariah. Bila ditanya sama ada pihak polis akan menghentikan siasatan terhadap kes ini, beliau bagaimanapun tidak pasti mengenai perkara tersebut.
Nur Aflah : Bagi saya kes ini sudah selesai. Biarkan Mahkamah Syariah menjalankan tugas mereka. Kita sambung perbincangan isu minyak.
Siapa yang kepanasan sebenarnya....yang paling banyak berkata-kata dan beraksi....itulah yang paling merasakan "sepitan" isu ini...kita semua tahu.....kini ia mengadu kes ini ke Mahkamah syariah....jika ianya melibatkan dirinya....ia akan mengadu kepada Mahkamah Syariah, Ulama dalam dan luar negeri, mengadu kepada amerika, mengadu kepada australia...mengadu kepada rakyat...inilah sikap yang tertuduh...hanya memikirkan dirinya yang sudah terbayang-bayang akan dirinya bakal PM yang kelak akan di kenali Bakal PM yang 2 kali dituduh meliwat....dia sentiasa ingat dirinya sahaja, tapi dia lupa kepada pembohongan dan fitnah yang dilontarkan nya atau melalui orang-orang suruhannya yang menuduh orang lain dengan bermacam-macam tuduhan....dan orang lain yang dituduhnya pula tidaklah pula "melata" sepertinya...tetapi berserah kepada Allah semata-mata, biarlah Allah sahaj yang menentukannya.....
ReplyDeleteSedara atau sedari diatas lu citer apa beb?? Lu ni islam ke kafir laknat?? Faham ke tak faham artikel cik nur kita diatas?? Kalau confused jangan tulis crap macam orang tak sekolah. Yang lu sakit ati sgt pd sinuar tu apasal? Bontot lu pun kena sondol? Buat je polis repot kalau nak terkenal macam sisaipol giler tu
ReplyDeleteAda lebih baik dibawa kepada mahkamah jenayah. Saksi 4 orang tidak lagi terpakai kerana jika perbuatan itu tiada sesiapa yang nampak maka ia akan bebas melalui mahkamah syariah. Bijaknya dia hendak melepaskan diri. Didalam mahkamah jenayah pula, bukti seperti dna akan membuktikan beliau terlibat, tanpa perlu mempunyai mata siapa yang nampak. Mahkamah syariah telah ketinggalan zaman didalam hal ini.
ReplyDeleteDSAI telah membuat satu preseden yang amat merbahaya...lain kali akan ada orang yang kena tuduh merogol seseorang akan menuntut hak yang sama di mahkamah syariah..dan jika ini berlaku semua perogol akan terlepas kerana ada lah mustahil untuk mendapatkan empat orang saksi sebagai syarat pembuktian kesalahan..wallahuaklam.
ReplyDeletewa x faham ada org marah2 pasal ada comment yg x backup anuar...hahahah... anuar 2 teman gay lu ke? wa sokong bab anwar harus dibicarakan di mahkamah jenayah. wa nampak anwar ni mcm takut je dgn sume ni...hahaha.. org yg benar x yah takut, tul x?
ReplyDeletenak cr saksi 4 org susah nak dapat coz sodomy ni org wat tmpt tertutup...xde org wat kat tepi jln plak..
Kau org semua nak kebenaran atau fitnah,nak islam atau civil law.Kedua-duanya terbuka luas.Adat org tertuduh membela diri,macam mana cara itu dia punya pasal,kalau kau org kena nanti kau diam kan diri berserah aje pd Allah,ok?.Jgn main ini,hidup ni macam roda.Anwar dah kena hampir mati dulu,memang patut pun dia buat berbagaai persediaan.
ReplyDeleteAdat org menuduh pula kena cari bukti,ikut Islam 4 org sakasi,ikut civil law,polis engah buat siasatan,mungkin belum cukup bukti.jadi apa yg kau org cakap ni?.nampak sangat ramai yg bahalol,dan ikut sentimen.Nak sokong Saipul itu kau org punya hak tapi jangan kau org pula yg dapat dosa kering.Apaaa ra kau org ni?.Atau,jangan-jangan kau org ni memang dah jadi caching kepanasan dgn tindakan Anwar tu,kau org memang sebahgian dari konspirasi,kalau tidak apsal marah?.
Kalau kita yg kena baru kita tahu,kalau pada tuhan pun kita boleh mengadu ini kan pula pada ulamak dll.
kepada east43street..
ReplyDeletelu skola x skola ni..ke lu mmg x skola sejak lahir..mahkamah syariah ketinggalan zaman lu kate..jgn ikut hati sgt brade..kang gua lempang kang..nk kene lempang ke?
Slm..
ReplyDeletekpd east43street and the gang..kalian semue ni islam ke? berani kamu mempersoalkan hukum allah..astaghfirullah..anda semua tahu tak setiap hukum yg allah dah tetapkan itu adalah yg terbaik utk umatnya. kamu semua SIAPA untuk mempertikai hukum Allah?..subhanallah..siap kata mahkamah syariah ketinggalan zaman lg tu...tak takut kena petir ke?? anda bckp bgtu seolah memperlekeh hukum Allah...sedarlah skit..kamu lbh bkuasa dr tuhan ke? mengucapla byk2....
BUAT PECACAI UMNO DLM NIH SPT EAST43STREET DAN LANUN2 NYA..BACA BAIK2..
ReplyDeleteJUST NAK BGTAU.. KAT SINI BKN SOAL BACKUP TAK BACKUP ANWAR...YG JD SOALNYA..KORANG NI DAH PERSENDA HUKUM ALLAH..PERTIKAI HUKUM ALLAH..PERKECIL HUKUM ALLAH...NAK JD KAPIR KE? KE MEMG KAPIR TALI BARUT YAHUDII KORANG NI..AKU MEMG TAK SUKA KLU HUKUM ALLAH KENA PERSENDA. ADE KANG YG KENE NI. HAPRAK TOL PUNYE TALI BARUT UMNO. DR DULU MEMG ISLAM TAK SIMPAN KAT HATI..
Lu orang yang kutuk DSAI tu kenapa ? biarlah mahkamah yang tentukan.Malaysia kan negara Islam bukan islam hadari. Biar saja mahkamah syariah yang memutuskan. Macam manalah lu orang sebagai penganut islam tidak dapat menerima hukun yang diturun olih Allah. Tak belajar ke ? atau hati telah menjadi batu
ReplyDeleteWahai pengutuk pengutuk dan pefitnah pefitnah semua sedarlah bahawa dunia ini tempat sementar , akhirat juga lah tempat yang kekal buat selama lama nya.Dari itu marilah kita bertakwa kepada Allah dan KERJAKANLAH APA YANG DISURUH DAN TINGGALKANLAH SEGALA APA YANG DILARANGNYA.
teruskan katuk mengatuk ... daus nak lempang eeee e e beso ke tapak tangan ko tu... daus. samseng konon aper samseng cyber ke. yang maki pd yang tak sokong anwar knapa marah sangat...anwar pun manusia ..... ada juga kesilapan tak besar kecik...yang taksub wat per... hal mahkamah syariah ....toksah kecoh la...
ReplyDelete