DON’T JUDGE ISLAM BY ONE POST

To my friend Chicken Feet aka Kaki Ayam,

Terima kasih atas keprihatinan dan komen anda dan rakan-rakan lain di “Apa Kena Dengan Sister in Islam”

Di blog ini, anda bebas untuk menyuarakan sebarang pendapat mahupun perasaan anda terhadap apa yang saya tuliskan di sini. Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada percanggahan prinsip, pendirian mahupun pandangan.

Sepertimana kejadian manusia yang pertama (Adam a.s), pada waktu itu terdapat dialog antara malaikat dan Allah. Para Malaikat cuba mempertikaikan keputusan Allah yang mahu mencipta manusia sebagai pentadbir di muka bumi.

Para malaikat berpendapat,

“Kenapa Allah mahu menjadikan manusia sebagai pentadbir di muka bumi sedangkan manusia adalah makhluk yang suka bersengketa dan membuat bencana? Tidak seperti malaikat yang sentiasa tunduk dan patuh pada perintah Allah SWT”

Hujah mereka itu dapat disangkal dengan mudah oleh Allah SWT bila Allah mengajarkan beberapa benda yang tidak ketahui oleh malaikat akan namanya kepada Adam a.s. Setelah malaikat gagal memberitahu nama benda-benda yang ditunjukkan kepada mereka, barulah mereka sedar bahawa mereka hanyalah makhluk yang dicipta oleh Allah. Tidak mungkin makhluk yang diciptakan seperti manusia dan malaikat lebih tahu daripada apa yang Allah tahu.

Nah! Melalui peristiwa ini, kita dapat mempelajari sesuatu yang amat berguna. Manusia adalah makhluk yang sentiasa bersengketa dan berselisih pendapat sesama mereka. Tetapi, kenapa Allah mentakdirkan manusia sebagai pentadbir di muka bumi. Tentu ada sebab dan hikmahNya di sebalik keputusan itu.

Bila berbicara soal siapa yang akan masuk syurga dan siapa yang akan ke neraka, tidak ada manusia biasa di muka bumi ini yang boleh mengetahui tentangnya selain daripada Allah SWT. Nasib kita semua akan diadili di hadapan Allah ketika di padang masyar nanti dan beruntunglah mereka yang dapat masuk ke syurga Allah dan rugilah mereka yang terpaksa menghuni neraka Allah SWT.

Bagaimanapun, setiap manusia yang percaya pada kekuasaan Tuhan dan balasan hari akhirat tentunya akan sentiasa mahu mencari jalan yang akan membawa kepada kesejahteraan hidup di dunia mahupun akhirat. Persoalannya, ‘jalan’ manakah yang akan dapat merealisasikan impian itu?

Untuk menjawab persoalan itu, saya amat yakin dan percaya bahawa Islam adalah jalan yang terbaik dari yang terbaik. Saya juga yakin yang tidak semua manusia akan sependapat dengan saya. Jika tidak, takkanlah begitu banyak agama yang wujud di muka bumi ini. Kita boleh berhujah agama manakah yang benar dan agama manakah yang salah. Akan tetapi, kita tidak boleh memastikan 100% ‘siapakah’ yang akan mendapat hidayah dan petunjuk yang sebenar daripada Allah SWT.

Sebagai manusia biasa, saya juga tidak boleh mengaku bahawa apa yang saya cakapkan, fikirkan mahupun apa yang saya nyatakan sentiasa benar di sisi Allah SWT. Sebagai manusia biasa, saya tidak dapat lari daripada melakukan salah dan silap sepanjang kehidupan saya di muka bumi ini.

Apapun, saya tidak mahu menjadi pasif dan hanya berdiam diri atau memikirkan keuntungan diri sendiri sahaja. Saya cuba menyampaikan pandangan saya kepada pihak lain agar ianya boleh ditafsir dan didebatkan oleh pihak kedua ataupun pihak ketiga. Hakikatnya, pandangan saya akan diputuskan kebenarannya oleh Allah SWT dan saya sentiasa berdoa dan berharap agar saya sentiasa berada di jalan yang benar di sisiNya.

Memang benar pada zaman ini, tidak semua muslim itu muslim. Tidak semua orang yang mengaku Islam itu benar-benar Islam di sisi Allah. Apapun, sebagai seorang muslim yang mengaku muslim, kita mesti mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah melalui Al-Quran, Sunnah Muhammad SAW dan juga pendapat ijmak ulamak. Misalnya dalam bab menutup aurat sepertimana yang saya sentuh dalam isu Sister in Islam.

Menutup aurat adalah kod etika pakaian yang telah ditetapkan untuk seorang muslim. Jika polis, kastam ataupun ahli parlimen begitu ‘rela’ mengikut kod etika pakaian yang telah ditetapkan ke atas mereka tanpa melakukan banyak soal, kenapa umat Islam harus mempertikaikan kod etika pakaian yang telah ditetapkan ke atas mereka? Bukankah lebih mudah untuk kita mengenali seorang muslim bila mereka mengenakan pakaian Islam sepertimana kita mudah mengenali polis yang memakai pakaian seragam polis.

Tentang penggunaan perkataan Sister, kita menetap di bumi Malaysia dan sudah menjadi kebiasaan bagi orang Islam di Malaysia sejak dulu yang menganggap ‘sister’ itu adalah gelaran yang diberikan kepada pendakwah wanita Kristian. Kita bukan tinggal di Eropah yang mungkin maksud ‘Sister’ itu membawa makna yang berbeza. Jika benar mereka ingin berdakwah, maka gunakanlah pendekatan yang sejiwa dengan budaya orang Malaysia.

Islam bukanlah agama yang menukar budaya sesebuah masyarakat tetapi Islam adalah agama yang memberikan panduan untuk berbudaya. Di negara China misalnya, orang Islam di sana masih lagi mengamalkan budaya mereka seperti yang kita lihat pada rupa bentuk masjid mahupun menu masakan mereka. Ini yang membuatkan Islam itu tampak indah dan sesuai dengan fitrah budaya manusia setempat.

Menyentuh tentang kaum Yahudi, saya suka menilai bangsa Yahudi dalam 3 fasa iaitu :

1)Fasa sebelum kedatangan Muhammad SAW

Dalam fasa ini, ada kaum Yahudi yang beriman pada Allah SWT dan menurut peraturan yang dibawa oleh Nabi-Nabi mereka. Sudah tentu, kaum Yahudi yang beriman pada ajaran yang dibawa oleh para Nabi pada zaman ini akan mendapat syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT. Ada juga yang ingkar dan telah menerima bala seksa yang tak terperi sakitnya ketika di dunia lagi.

2)Fasa pemerintahan Muhammad SAW dan Khalifah Islam

Dalam fasa ini, ada juga segelintir kaum Yahudi yang beriman pada ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ada juga yang menentang ajaran Muhammad SAW. Akan tetapi, setelah Muhammad SAW memerintah Madinah, Makkah dan seterusnya wilayah pemerintahan Islam diperluaskan oleh para khalifah Islam, kaum Yahudi ternyata patuh pada perjanjian antara mereka dengan Islam biarpun mereka tidak beriman pada ajaran Islam. Mereka menghormati peraturan yang telah ditetapkan seperti membayar jizyah. Kehidupan mereka pada waktu itu berjalan seperti biasa dan ada ketika sewaktu Madinah dilanda musim kemarau pada pemerintahan Umar Al-Khattab, kaum Yahudi tetap mendapat bantuan makanan daripada Umar. Cuma kisah ini tidak dibesar-besarkan oleh para pendakwah Islam. Kebanyakkan kisah yang suka dinyatakan oleh para pendakwah Islam ialah peranan Yahudi dalam mengucar-kacirkan pemerintahan Islam samada dalam tulisan mahupun ceramah mereka. Secara tidak langsung, orang Islam lebih terdidik dengan ‘kejahatan’ Yahudi.

3)Fasa selepas kejatuhan Khalifah Islam.

Biarpun ada pendapat yang menyatakan empayar Khalifah Islam jatuh pada 1924 sewaktu kejatuhan kerajaan Uthmaniah, namun saya fikir kaum Yahudi sudah dipengaruhi oleh fahaman Zionisme lebih awal dari itu. Fahaman Zionisme yang dibawa oleh beberapa pemimpin dan kapitalis Yahudi telah menyebabkan dunia menjadi kucar-kacir. Tidak dapat dinafikan, usaha kumpulan ini untuk menguasai dunia telah menyebabkan pola fikir masyarakat dunia menjadi kecamuk dan berantakan. Contoh yang paling jelas bila kumpulan Zionis ini cuba menguasai ekonomi dunia melalui Perjanjian Marshall dan juga dalam persidangan Bretton Woods sehingga mewujudkan Bank Dunia dan IMF. Mereka juga menguasai media dunia dan kian agresif membuat propaganda untuk melemahkan akidah umat Islam dan juga akidah penganut-penganut agama lain.

Memang tidak adil jika kita melabelkan semua Yahudi itu jahat jika kita menilai kaum itu melalui 3 fasa di atas. Malangnya, kesilapan pendakwah dahulu yang lebih suka menghukum semua Yahudi itu jahat menyebabkan manusia mempunyai persepsi yang salah terhadap kaum Yahudi.

Kini, ada juga orang Yahudi yang menentang fanatisme dan kezaliman yang dibawa oleh fahaman Zionisme berdasarkan kepada prinsip moral sejagat. Bagaimanapun, manusia zaman ini perlu menolak dan membasmi gerakan Zionisme habis-habisan agar kehidupan manusia sejagat dapat dipulihkan.

Saya lebih senang melabelkan gerakan Zionisme dan pendukungnya sebagai ‘terrorist’ sebenar yang perlu dibasmi. Kenyataannya, kumpulan minoriti ini sudahpun menguasai dunia dan lihatlah bagaimana negara China yang dulunya tebal dengan fahaman komunisme, kini telah membuka pintu ekonomi mereka kepada golongan kapitalis yang berpaksikan kepada ajaran Zionisme. Memang benar China sedang maju sekarang, tapi tidak mustahil nasib negara China akan sama dengan Russia dan akhirnya berpecah pada masa akan datang jika mereka tidak berhati-hati.

Secara peribadi, saya berpendapat hanya ada satu cara untuk membasmi fahaman Zionisme iaitu dengan kembali memperkasakan ajaran Islam yang sebenar dan menghapuskan semua pertubuhan ataupun kumpulan yang berkaitan dengan Zionisme.

Malangnya masih ramai lagi yang sangsi dengan kemampuan Islam untuk mentadbir kemelut yang sedang melanda pada zaman ini. Mungkin mereka menganggap Islam hanya retorik ataupun sekadar sebuah agama. Mereka terlupa bahawa Islam adalah “the way of life” dan bukannya “part of the life”.

Kesimpulannya, untuk menilai Islam yang sebenar, kita mesti sentiasa mempelajari akidah dan syariat sebenar yang dibawa oleh Islam. Jangan mudah melabelkan orang Islam sebagai mundur atau ketinggalan zaman. Memang benar terdapat orang Islam yang miskin di Sudan atau Malaysia, tapi ada juga orang Kristian yang miskin di Filifina dan Mexico, orang Budha yang miskin di China dan orang Hindu yang miskin di India. Peliknya, tidak ada berita tentang orang Yahudi yang miskin.

Tentu ada yang tak kena?
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

12 comments:

  1. Salam...

    Panjangnyer... Hm, bace kakiayam, jgn x bace... keh!keh!

    p/s : sis, singgah je ker td, x drop komen ponnn... ;)

    ReplyDelete
  2. I just posted a reply to you, chickenfeet aka kakiayam under the original posting, however for your ease of reference I hereby repost my earlier posting under this heading :-

    Dear Chicken Feet aka kakiayam,

    1. Covering up the aurat for Muslim women is mandatory in Islam as stated in the Al-Quran and Hadith (for Muslim men there are also specific areas of aurat which is mandatory for them to cover). By not following or adhering to such requirements, one is to be considered as opposing or going against Allah S.W.T's commands. This may pose a doubt as to the faith of a Muslim in Islam due to the fact that she does not conform to the requirements in Islam.

    2. By now you may ask, what about those who cover up but their other actions reveal that they are "un-Islamic" in other ways ? The answer whether one is Islamic or not is a question which can only be answered in certainty between Allah S.W.T and the particular Muslim in question as this relates to "faith", i.e something which cannot be seen or accounted for by the naked eye. I for one have known Muslims who cover their aurat but their conduct reveals that they have gone against the teachings of Islam in some ways. I have also known Muslims who do not cover their aurat but their conduct showed that they observe other requirements in Islam, such as praying 5 times a day. Be that as it may and notwithstanding what I have mentioned above, covering the aurat is and remains compulsory for all Muslims.

    3. What Nur Aflah meant (or at least by what I meant in my earlier posting) is that since the name "Sisters In Islam" in itself potrays the Islamic virtues and since covering the aurat is mandatory in Islam, they must use this organisation to promote the awareness of such mandatory requirement amongst Muslims. I for one, do not and dare not label any Muslims as "un-Islamic" just because they do not cover up their aurat, however the fact remains that by not covering up, they have committed a sin in terms or aurat.

    I hope my explanation has addressed your concerns over this issue.

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera Nur,

    Sekali lagi saya nak ingatkan Nur supaya jangan mengaitkan atau membandingkan Agama orang lain apabila membuat posting. Jawab saja dengan cara Islam tanpa merujuk atau mengaitkan Agama yang lain.

    Apakah ini sudah menjadi budaya penulisan Nur?

    ReplyDelete
  4. i have posted my response at the previous post.

    Yes, I have read your posting thoroughly. It was lengthy but there are many questions that have yet to be answered. It seems to me you delve more on the issue of Jews and Zionism.

    Poor Jews? How would I know? But to say that there are no poor Jew just because we have not heard of a Jew being poor, is a irresponsible sweeping statement.

    As for the issue of covering aurat, you should know by now that I have no questions when it comes to Islam teachings. I don't question Islam, but I question the views hold by Muslims.

    "...Sebagai manusia biasa, saya juga tidak boleh mengaku bahawa apa yang saya cakapkan, fikirkan mahupun apa yang saya nyatakan sentiasa benar di sisi Allah SWT..."

    I read your blog often, so these explanation of your imperfections and fallibility is not necessary. Just don't use it as an excuse. I am not saying you did, just an advice.

    "...Memang benar pada zaman ini, tidak semua muslim itu muslim. ..."

    My sister, if you can differentiate between a Jew and Zionist, I too know the distinctions between Muslim and Islam.

    Good day.

    KaKiaYam

    ReplyDelete
  5. By the way, would like to direct you to a very Islamic website that will fight for Islam till the very last drop of blood.

    http://pembelamelayu.com/?p=799

    Until now, I still could not understand why would a so called pious muslim insist that the land they are stepping on belongs to them and them alone?

    And I thought we are all descendants of Adam and Hawa...sigh.....

    ReplyDelete
  6. Dear chickenfeet aka kakiayam

    For ease of reference I'm posting my reply to yours under this topic:-

    1. You wrote in your second para :-

    "The same goes for all the commandments of God. Tell me which commandments of God that is optional? My point remains, why put such an emphasis on the outer look and why should you deduce a person faith in such a reckless way?"

    Answer : If you read carefully, I do not deduce nor would I dare to deduce a person's faith by the outer look. What I am trying to say is that, whatever and however a Muslim carries his or herself, the covering of aurat remains mandatory in Islam and if this is not followed, he or she has committed a sin relating to aurat and this shall remain so long as the aurat is not covered as a blatant disregard towards the commands of Allah S.W.T.

    2. The problem with Islam today is that it has been "hijacked" by individuals or groups, each with their own agendas and not solely based on faith. I have observed that these groups can be categorised into 2 groups. The 1st group will tend to have the "holier than thou" look by :-

    (a) pretending to be "pious" by their outer look (e.g spotting a goatie/beard, serban etc);

    (b) referring to excerpts of the Al-Quran & Hadith and interpreting and twisting them which fits their agenda;

    (c) resorting to violence under the pretext of "Jihad"

    The 1st group can be found in abundance, not only in Malaysia but in many other countries. You may, if you wish to, categorised PPIM under this category. I for one cannot categorise them yet as I have no knowledge on their activities. One this that I am certain is that Islam teaches us to live peacefully amongst each other, even with non-muslims. We are only directed to resort to aggressive measures when agression is resorted against us. As Muslims, we must respect the rights of others (Non-Muslims) as they must respect our rights. There is no difference in terms of race in Islam.

    The 2nd group, embraces the "modern and intellectual" concept. Mostly these groups do not have any significant political agendas however based on their movement or approach concerning Islam leaves a very big question mark. Case in point, the S.I.S. Feel free to browse this link :-

    http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=584&Itemid=284

    In a nutshell, what SIS is trying to say based on their own interpretation of Al-Quran is that covering the head as an aurat is not mandatory in Islam. This is evident in their conclusion in the said article when they wrote :-

    "(1) The BEST garment is the garment of righteousness.
    (2) Whenever you dress , cover your chest (bosoms).
    (3) Lengthen your garment. "

    In addition, they also wrote :-

    "None of these "Hijab" words are used in the Quran in reference to what the traditional Muslims call today (Hijab) as a dress code for the Muslim woman.

    God knows that generations after Muhammed's death the Muslims will use the word "Hijab" to invent a dress code that He never authorized. God used the word "Hijab" ahead of them just as He used the word "Hadith" ahead of them.

    Hijab in the Quran has nothing to do with the Muslim Women dress code."

    What they have failed to realised, either intentionally or not, is that in Islam, when there is a doubt, one must refer to Al-Quran, if the doubt persist, they must refer to the Hadith, and if the doubt still persist, they should refer to Jumhur Ulama' whey they will issue a fatwa which is based on the requirements of Islam while balancing the same with the interest and well being of the Ummah.

    The issue of aurat in Islam has long been decided by adopting the Al-Quran, Hadith and the Jumhur Ulama, that is covering the aurat (including the hair) is mandatory in Islam.

    ReplyDelete
  7. Dear Chicken Feet aka kakiayam (..continuation),

    3. Personally for me, having the word "Sister" is not wrong. What's there in a name. The important thing is the purpose and the intention. If the word "Sister" is used to attract the younger generations, by all means proceed. But, the intention, their purpose and their knowledge in Islam must be clear at all times before addressing the issues. Should they have any questions in Islam, they could always resort to Majlis Agama Islam for advice.

    ReplyDelete
  8. Dear Chicken Feet aka kakiayam (..continuation)

    4. I agree with you that the "upside down" cross refers to the opposite of Christianity, which is the anti-christ. I know this for certain because Ozzy Osbourne has often been accused of being an anti-christ due to the fact that he has often been seen with clothes depicting the "upside down" cross.

    ReplyDelete
  9. Crower - "...Answer : If you read carefully, I do not deduce nor would I dare to deduce a person's faith..."

    I directed that para to Nur Aflah, not you. Should have written that specifically.

    As for the other response which you have come up with, I would have to say that these are my position too... :)

    But for the aurat issue, let's just say that from the onset, I have already stated that I do not wish to question Islamic principles and practice. That's not my purpose in the beginning and will never be.

    Unless I delve deep into the theological aspect of Islam, I will just be engaging for the sake of doing so.

    Shalom.

    KaKiaYam

    ReplyDelete
  10. hohohoho....

    lepas tgk gambar sister nur, aku dah tak tau apa nak tulih.

    ko kena pakai purdah la sis..

    perggh...

    ReplyDelete
  11. apa isu nya...... hujah panjang....apa nak di sampaikan sebagai pengajaran...0 result.

    aurat tutup dah wajib...clear

    SIS alahai apa susah cakap jer ngan makcik makcik dalam gambar tu...mereka bukan nya rigid...manusia juga....cakap dengan hikmah jgn cakap dengan cara menghukum.... ni tak lepas tu jarak kan diri .... seolah olah mereka tu musuh macam lah mereka golongan yang tak boleh di sentuh.....mereka pun masih makhluk ALLAH ada fitrah manusia yang baik.....

    ALLAH pinjam kan zat zat nya pada alam ini ...gunakan lah ... sifat kasih, sifat lembut, sifat mendengar....macam macam ada ...tapi guna sifat dengki, khianat, derhaka, maki hamun


    sifat iblis... nak bincang macam mana?

    at last takder apa.

    ReplyDelete
  12. Allo,

    I think only the Taliban dress code is the REALLY Islamic one!

    Talk about being frivolous.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.