Najib minum arak secara terbuka?

Lihat gambar diatas? Apakah yang anda dapat saksikan? Gambar diatas diambil oleh Bernama sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Thailand bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, Abhisit.

Persoalannya, mengapakah Najib membenarkan gambar seperti ini disiarkan oleh Bernama? Bukankah ini akan menjadi peluru bagi parti pembangkang terutamanya PAS? UMNO tidak boleh biarkan gambar-gambar sebegini dijadikan peluru oleh parti pembangkang untuk menjatuhkan kita.

Fikir-fikirkanlah.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

21 comments:

  1. Biasanya bagi pemimpin yg beragama Islam hanya akan menghantukkan gelas, angkat dan letak balik ke meja tanpa meminumnya.

    Kalau hanya berdasarkan gambar, saya tak berani nak kata Najib minum arak.

    ReplyDelete
  2. fitnah itu satu dosa yang besar!
    bertaubatlah dengan segera.

    air kuning mungkin hanya 'chinese tea'dan bukan arak

    whisky dan brandy tidak dihidangkan dalam glass cocktail yang sedemikian rupa.

    mungkin wine akan dihidangkan dalam gelas cocktail tapi wine berwarna putih atau merah.

    kalau nak lawan Najib carilah isu2 yang lain dan dengan menjadi begini low class sekali

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Biasanya pertemuan antara Ketua negara disusun lebih awal dan rapi dan aturcara serta hidangan ditentukan agar tidak menyentuh sensitiviti agama dan budaya.
    Jangan melulu memfitnah. Islam tidak menghalalkan fitnah. Bertaubatlah.

    ReplyDelete
  4. cube cik aflah tanye sendiri kat najib ape yg najib minum tu..tak baik memfitnah.. walaupun sy di pihak pembangkang, tp sy tak anggap ini sbg satu medium utk menuduh najib minum arak..Islam menganjurkan kite utk usul periksa dan mendapatkan bukti yg sahih sblm membuat tuduhan dan keputusan.. wassalam.

    ReplyDelete
  5. Tiba-tiba hari ini kami terpanggil untuk memberi kenyataan mengenai isu gambar ini yang telah disensasikan oleh pembangkang. Datuk Seri Najib minum arak?

    Apabila kita lihat sekali, tanpa soal selidik kita akan membuat andaian sendiri bahawa memang benar itu adalah arak.

    Bagi mereka yang arif tentang lawatan protokol di peringkat antarabangsa, Negara-Negara ada menyediakan sejenis minuman buah khas buat tetamu yang beragama Islam. Minuman ini adalah sejenis Jus buah-buahan seperti Epal dan Nenas.

    Aik, Anwar Ibrahim tak tahu ke? Bukan dia selalu pergi luar Negara. Diakan ramai 'sahabat' dari luar negara.

    Hmm... Pembangkang fitnah lagi. Kalau setakat hendak menipu orang-orang kampung bolehlah. Jika orang yang profesional dan arif tentang perkara ini, dan kemudian mengiyakan fitnah, sememangnya orang ituterlibat dalam fitnah ini.

    Datuk Seri Najib tidaklah sebodoh itu. Beliau tidak akan melakukan sesuatu yang memalukan Agama, Bangsa dan Negara.

    Yang pembangkang, terus memfitnah. Ditayang gambar ini di seluruh akhbar-akhbar mereka. Tak ada nak siasat dahulu betulkah air yang Datuk Seri Najib minum itu ada kandungan arak ataupun tidak? Bukannya hendak dengar penjelasan Datuk Seri Najib terlebih dahulu mengenai air yang beliau minum pada ketika itu? Tahu-tahu, terus membuat andaian membabi buta.

    Niat murni Datuk Seri Najib ke Selatan Thailand untuk menyelesai dan membela umat Islam di kawasan tersebut telah disalaherti oleh Pembangkang. Pembangkang seolah-olah cemburu dan tidak puas hati dengan pendekatan Datuk Seri Najib yang lebih terbuka dalam isu Selatan Thailand.

    Kepada rakan-rakan blog lain, sila siarkan gambar ini dan beri penerangan di dalam blog anda. Kita tidak boleh biarkan Perdana Menteri kita dicemar dengan fitnah Pembangkang. Ayuh, kita terangkan pada mereka.

    Kalau saya kata Saudari seorang pelacur ok ke? Saya akan iklankan di semua akhbar bahawa NUR AFLAH ialah pelacur di kota metropolitan.

    ReplyDelete
  6. Sian cik aflah....nampak sgt tak cerdik...memalukan anuwar je

    ReplyDelete
  7. Orang kampong pun tak sebodoh yang kita anggapkan.Presepsi mengaggap bahawa orang kampong kolot dan di ketogorikan kelas bawahan adalah satu sistem kasta yang kita namakan secara tidak lansung.Sekarang orang kampong moden.
    Tak semudah itu menipu.Hanya pegang gelas je.Bukan gambar minum.Ini pembodohan yang bodoh.Sebenarnya mereka yang menggambarkan adalah yang memang bodoh.Hendak memperbodohkan orang tidak bodoh.Maka ianya bodoh.

    ReplyDelete
  8. jadi kesimpulanye di sini:

    islam menitikberatkan nilai-nilai islam tulin kepada semua penganut islam yg bershada.Dengan membuktikan proses secara islam itu adalah bersesuaian untuk digunakan bagi mengadili sesuatu kes untuk sepanjang zaman dengan berpandukan:

    i)saksi atas kejadian.
    ii) status saksi, (islam,normal,merdeka,tidak di bawah pengaruh,dan lain2(semak tentang syarat2 saksi dalam islam)
    iii) tidak menjatuhkan hukuman sebelum di hakimi,

    Jadi apa yg terjadi pada tomahan/fitnah kinayah di atas, merupakan suatu kesalahan yg serius... melibatkan kestabilan politik,kedudukan dan mandat seorang pemimpin yg memerintah negara kte pada hari ini,dan pandangan masyarakat islam yg lain terhadap diri beliau..

    So sebelum masalah ni jadi lagi besar...baik ko padam je bahagian ni.. dari saudara islam..

    642248

    ReplyDelete
  9. Lagipun PM tidak sebodoh itu membiarkan gambar ini di paparkan di berita BERNAMA. Pihak pembangkang bukan nak membangunkan negara tapi asyik mencari kesalahan peribadi individu. Seolah semuaya halal pada mereka dan jahat bagi pihak lain. Bermuhasabahkah diri...

    ReplyDelete
  10. hanya budak2 yg slalu keja dgn FnB(food and beverage)saja boleh tersenyum sinis apabila melihat pic ni.

    tambah tersenyum lg apabila ada orang yg membela vvip kononnya x minum. Cuba la g keja part time kat mana2 bar popular kat kl. Pastu baru dtg bg comment.

    ReplyDelete
  11. xkan la abhisit x tahu yg dato sri najib tu islam..xkan la die nak bagi arak..aiya..fikir2 kanlah..dan jgn buat fitnah

    ReplyDelete
  12. dari gambar mmg kita tak boleh nk hukum sbb gambar boleh di superimpose..tapi cuba saudara n saudari bercampur ngan org2 VVIP ni pasti kamu semua akan terkejut ngan perangai VVIP ni..saya katakan demikian krn saya pernah bekerja ngan org VVIP..saya juga tak sangka begini rupa perangai org2 VVIP ni..tak perlu saya sebutkan nama2 VVIP ni semua cukup sekadar saya sebut nama DATO AZIM ZABIDI..dulu dia adalah ketua pemuda UMNO wilayah persekutuan..dulu dia juga adalah CEO di BSN..buat parti di rumah bkt dsara siap dihidang air IBLIS ni..renung2kanlah kalau org spt dia boleh minum arak apatah lagi pembesar2 yg lain..ini bkn tuduhan tetapi kenyataan..

    ReplyDelete
  13. hai....budaya melayu/islam xdak pon ajar hantuk2 gelas nie.kat mana la dia blajar

    ReplyDelete
  14. kena kat batang hidung sendiri... macam2 ayat pembelaan.. kalo sendiri memfitnah orang.. macam2 hujah untuk menyokong kenyataan fitnah.. (PLASTIK semua neh)

    ReplyDelete
  15. Maaf kepada saudara-saudara semua di atas,

    saya bukan untuk mempertahankan cik aflah ya tetapi untuk menyatakan pandangan dan pandangan ini tidak menuduh najib tetapi sekadar hendak memaklumkan bahawa dunia realiti sekarang ini. kepercayaan kepada semua pemimpin umat Islam (sekarang bukan dahulu)yang mereka cukup menjaga tatasusila dan mematuhi ajaran Islam kini sudah lama terpesong. Sebahagian dari mereka tidak lagi segan silu melakukan perbuatan terkutuk yang dilarang oleh Islam secara terang atau bersembunyi. Minum arak juga sebahagian darinya dan menjadi lumrah kehidupan bagi sesetengah pemimpin Islam. Jangan kita terlalu naif dalam hal ini. kita tidak tahu. salam

    achmad abdollah
    notoracist@gmail.com

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. Kalau bab najis pun tak tahu, memang kurang pengetahuan agama.. org yang alim pun blh tergoda dgn serab anika godaan, apalagi dgn Najib yang tak ada pengetahuan agama.."peice of cake"..

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.