RAKYAT MALAYSIA SIBUK DENGAN INTERNET?


Rakyat Malaysia meluangkan lebih masa bagi melayari internet dan menjadi semakin arif tentang laman-laman di internet seperti Facebook, Tagged, Twitter, permainan Dragonica manakala berkongsi fail secara online dan laman storan '4shared' menjadi lima carian terunggul mereka dalam Internet tahun ini.

Mengumumkan Zeitgeist tahunannya bagi Malaysia hari ini, Google berkata rakyat Malaysia menggunakan kedua-dua media tradisional dan baru untuk mendapatkan berita terkini dan gosip tentang selebriti, manakala Raja Pop, Michael Jackson dan ahli politik Elizabeth Wong meninggalkan kesan mendalam kepada orang ramai tahun ini.

Alat Google Zeitgeist memberikan sedikit kefahaman tentang apa yang orang ingin tahu di Malaysia dan tentang topik bagaimanakah yang menarik minat orang di seluruh dunia, berdasarkan carian unggul.

Sementara itu, kata enjin carian online itu, Formula 1 mengatasi bola sepak dan badminton sebagai sukan terhangat tahun ini, dengan tiga daripada lima sukan terunggul mempunyai kaitan dengan F1, manakala pasukan F1 1Malaysia mengungguli carian sukan yang terpantas peningkatannya.

Dalam satu kenyataan di sini Selasa, ia berkata kelembapan ekonomi juga menyaksikan rakyat Malaysia mencari pekerjaan secara online melalui laman web pekerjaan kendalian kerajaan, jobsmalaysia.gov.my.

Malaysia menyaksikan lonjakan besar carian iaitu sebanyak 49 peratus bagi 'jawatan kosong' pada 2009 berbanding 2008.

Google berkata rakyat Malaysia juga mencari barangan murah melalui internet dan mencari tawaran terbaik mungkin, dari barangan isi rumah dan harta hinggalah kepada perjalanan dan elektronik.

Contohnya, perkataan 'sale' meningkat cariannya sebanyak 21 peratus pada 2009 berbanding tahun lepas.

Google yang diasaskan pada 1998 oleh pelajar Ph.D. Stanford, Larry Page dan Sergey Brin, hari ini merupakan harta laman web terunggul dalam semua pasaran utama global.

Google beribu pejabat di Lembah Silicon dan mempunyai pejabat di seluruh Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. [SUMBER]

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Salam,

    betul ker rakyat malaysia ni juara internet? Cam tak percaya lah.. Tapi apa2 pun terima kasih artikel yang menarik..

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.