KENAPA MALAYSIAKINI DITABAL JUARA MEDIA INTERNET?
Saya tidak terkejut bila Malaysiakini ditabalkan sebagai juara media internet. Penglibatan mereka dalam bidang ini bukan baru. Sejak 9 tahun yang lalu, bermula dengan hanya menerbitkan 20 laporan sehari, nama Malaysiakini kian dikenali sebagai media yang bersifat berani, telus dan sensasi. Sekalung tahniah buat semua ahli keluarga Malaysiakini atas kejayaan ini.
Kejayaan yang dikecapi oleh Malaysiakini sekarang sewajarnya dicemburui oleh media arus perdana. Sewajarnya juga pihak-pihak yang menerajui media arus perdana dapat mempelajari sesuatu daripada kejayaan Malaysiakini. Bukan niat saya untuk memuji atau mengipas punggung Malaysiakini. Jauh sekali untuk menyatakan yang mereka tidak pernah membuat kesilapan ketika membuat laporan.
Cuma ada beberapa perkara yang wajar kita contohi seperti :
1) Sifat majmuk yang mereka tonjolkan ternyata dapat menarik perhatian pembaca tanpa mengira latarbelakang agama, bangsa dan juga pendidikan. Tidak seperti media lain yang lebih menjurus kepada bangsa atau kumpulan tertentu seperti Utusan Online (Melayu), The Star Daily (Cina), Harakah Daily (ahli PAS) dan KPMU.net (ahli UMNO). Malaysiakini ternyata dapat menonjolkan konsep “Malaysian” dengan jayanya dan memang wajar mereka menerima kredit yang lebih daripada para pembaca.
2) Mereka dapat memenuhi selera para pembaca sekarang yang inginkan sebuah berita yang tidak disunting ataupun diubahsuai untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Mereka membiarkan saja audien mereka menilai dan menganalisis sesebuah berita yang mereka sampaikan. Secara tidak langsung, mereka dapat membebaskan diri mereka daripada dianggap sebagai media pihak tertentu.
3) Sesebuah media sememangnya tidak dapat lari daripada elemen komersial dan juga sensasi untuk melariskan beritanya. Termasuklah Malaysiakini yang tidak dapat lari daripada elemen-elemen sebegitu. Mereka berjaya mencipta sebuah format berita yang sentiasa dianggap sensasi oleh para pembaca. Format sebegini tidak dapat diperolehi daripada media-media arus perdana dan ini sudah tentu akan meningkatkan lagi populariti mereka.
4) Media lain khususnya media arus perdana dilihat terlalu ‘mendewakan’ pihak tertentu sehingga mengundang rasa ‘meluat’ daripada para pembaca. Perlakuan sebegitu ternyata bertentangan dengan fitrah manusia yang sememangnya tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan juga kesilapan. Media arus perdana seharusnya lebih berani untuk menyatakan kebenaran biarpun ianya amat pahit untuk ditelan oleh pihak-pihak yang melakukan kesalahan. Malaysiakini ternyata tidak gentar untuk membongkar kesalahan mana-mana pihak sekalipun.
5) Akhir sekali, antara sebab utama mengapa Malaysiakini mendapat tempat di hati pembaca ialah kerana mereka menyampaikan berita-berita yang tidak dapat diperolehi oleh media lain. Inilah kelebihan mereka yang sukar digugat kerana mereka melaporkan berita dari perspektif yang sangat berbeza dari media arus perdana. Tanpa gambar-gambar separuh bogel pun, mereka berjaya menarik khalayak internet untuk sentiasa mendekati mereka.
saya setuju 100%. :)
ReplyDeletei think they went through alot during those turbulent times. from the days when their computers were confiscated to the times when they have to decide whether to go subscription based or free.
ReplyDeletei think they sacrificed a lot for the sake of a better informed society while at the same time managed to make ends meet.
which is why I always objected to sharing of password and userid even when I was offered one. The fact that they offer 2 weeks of free viewing during election period shows they are society oriented.
having said that, there are always areas of improvement. but so long they maintain their priority and the right attitude, netizens will support them all the way.