Abdul Samad Ismail yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad bukanlah nama asing bagi penulis dan wartawan di negara ini. Ramai tokoh-tokoh hebat dalam bidang kewartawanan sekarang pernah berguru dengannya.
Saya pernah terbaca ringkasan kisah hidupnya dalam majalah Mastika suatu masa dahulu. Arwah Pak Samad cukup 'digeruni' oleh pekerja bawahannya. Biarpun beliau sangat terkenal dengan kata-kata kesatnya, tetapi saya percaya, itulah yang akan dirindui oleh anak muridnya selepas ini.
Jasa dan tunjuk ajar Pak Samad terhadap dunia penulisan dan kewartawanan akan terus subur dan diingati sampai bila-bila. Hari ini, negara kita kehilangan seorang lagi tokoh kewartawanan yang unggul selepas Allahyarham Rahim Kajai.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Pak Samad dan Al-Fatihah buat Abdul Samad Ismail (1925-2008).
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
1 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Al-Fatihah utk rohnya. susah nak cari penulis segigih Allahyarham
ReplyDelete