POKOK MANGGA MELAKA DILAMBAK SISA BABI
KURANG AJAR! Daging babi habis dijual, sisanya dibuang merata-rata.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan penduduk berang apabila kira-kira 50 kilogram sisa babi dibuang di Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga, di sini.
Sisa bangkai itu termasuk lemak, isi perut dan kulit dilonggok begitu sahaja bersebelahan sebuah tong sampah besar di kampung berkenaan.
Salah seorang penduduk, Murad Naim, 40, berkata, sisa babi itu disedari penduduk petang kelmarin.
Ujarnya, perbuatan itu dipercayai dilakukan peniaga daging babi yang berhampiran.
"Mereka yang membuang sisa babi ini sudah melampau kerana melonggokkan sisa babi di luar tong sampah," katanya ketika ditemui, di sini semalam.
Seorang lagi penduduk, Azlan Madin, 44, berkata, beberapa ketulan sisa babi itu turut dibawa kucing ke sekitar kawasan perumahan.
"Ada sisa babi dijumpai berhampiran rumah penduduk. Saya takut sisa babi ini dibawa masuk ke dalam rumah oleh kucing tanpa disedari," katanya.
Bagi Mohamad Fauzi Mat Noh, 32, pihak yang membuang sisa babi itu tidak mempedulikan sensitiviti masyarakat Melayu yang beragama Islam di kampung berkenaan.
"Majoriti penduduk kampung ini beragama Islam. Sepatutnya, sisa babi tidak dibuang sembarangan," katanya.
Sumber: Kosmo
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
Isu babi di Melaka barangkali tidak akan selesai selagi pemimpin Melayu yang berkuasa di negeri itu dan juga "di Pusat" tidak berani dan tidak mampu mengambil satu tindakan yang agak tegas.
ReplyDeleteTapi kalau mereka takut atau tidak berani mengambil apa-apa "risiko politik", selagi lagi itulah masalah itu akan berlarutan, dan orang Melayu yang terus setia menyokong parti pemerintah di kawasan itu terpaksalah menanggung akibatnya secara berterusan pula.
La.. babi lagi.. tak habis-habis.. melaka dengang babi... ish2.. ish2..
ReplyDeletekebelakangan ini saya liahat isu babi semakin menjadi-jadi di Melaka.Tempat kejdaian orang buang sisa babi tu dekat sangat pulak dengan taman perumahan saya. Dulu tak pernah pulak terjadi atau terdengar cerita najis tersebut digantung atas pagar orang melayu atau dibuang berserepah melata tempat. Betul ke orang Cina yang buat kerja tu atau kerja orang yang nak melaga-lagakan antara Cina dan Melayu.kalau macam tu jangan cari pasal, jangan bermain api nanti membakar diri. Cukuplah sekali 13 Mei.Biarlah kita hidup aman damai, saling hormat menghormati antara satu sama lain. walupun kita berlainan bangsa dan agama tetapi kita ada satu jiwa iaitu ingin hidup aman damai dan senang cari makan.
ReplyDeleteSaya harap pihak berwajib kena siasat perkara ni dan bawa kemuka pengadilan.
Satu siasatan yang rapi perlu dijalankan.
ReplyDeleteOrang Islam tidak makan babi kerana Allah mengharamkannya.
Cerdik pandai hanya menyelidik apa keburukan dan mudarat yang ada pada babi, hakikatnya pengharaman memakannya dari Allah.
Bagi yang selain daripada orang Islam, mereka bebas memakannya.
Kita sebagai orang Islam tidak boleh memandang hina kepada mereka.
Cuma, apabila pertembungan ini berlaku, seharusnya kedua-dua pihak kena saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Pihak berkuasa seharusnya mengambil jalan yang paling bijaksana.
i think it's not hard to find out who is responsible for these...
ReplyDeletebut what baffles my mind is the frequency of these thing happening...
and why no one is being held responsible for it...
ada udang di sebalik batu ni.....
KaKiaYam