Setelah beberapa hari hanya memetik dan memberikan komen ringkas mengenai apa yang berlaku di negara ini, kali ini saya ingin membicarakan lebih lanjut mengenai topik “Pelan Peralihan Kuasa”.
Terdapat 2 pelan peralihan kuasa yang mendapat perhatian rakyat sekarang iaitu pelan 16 September Anwar dan pelan 2010 Pak Lah. Kedua-dua pelan ini telah menimbulkan ‘ketidaktentuan’ politik negara serta membimbangkan banyak pihak. Sedar atau tidak, keadaan ini telah membuka ruang untuk pemimpin, rakyat mahupun orang luar berdebat dan berspekulasi tentang hal ini.
Bagi para penyokong fanatik Anwar Ibrahim, tentunya apa yang dikatakan oleh Anwar adalah benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka. Sudah tentu bagi penentang Anwar, apa yang dikatakan oleh Anwar adalah salah, tidak ada yang tidak salah, melainkan salah belaka.
Nah! Tepuk dada tanya selera. Dimanakah anda berada?
Saya lebih suka jika kita semua berfikiran ‘terbuka’ tapi kritis. Ertinya, kita mendengar apa jua yang diperkatakan oleh mereka, tetapi dalam masa yang sama, kita harus menggunakan akal fikiran kita untuk menilai dan mengkritik mana-mana kenyataan atau perbuatan yang difikirkan bercanggah dengan tuntutan agama, kepentingan rakyat dan juga kestabilan negara.
Malangnya, kebanyakan dari kita lebih suka menjadi pengikut daripada menjadi pemikir. Budaya sebegini seharusnya dihapuskan agar pemimpin di negara ini tidak lagi berasa mudah untuk ‘memperbodohkan’ para pengikutnya. Jika generasi pengikut yang berfikir dapat dijelmakan, sudah tentu tiada lagi pemimpin di negara ini yang akan bertindak sesuka hati atau melakukan sesuatu yang boleh menjerat kedudukan mereka.
Pertama, saya ingin merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Anwar dan Pak Lah tentang isu 16 September hari ini. Anwar menyatakan, surat sudah dihantar kepada Pak Lah untuk membincangkan pelan peralihan kuasa secara aman dan teratur. Pak Lah pula menafikan yang butiran surat tersebut berkaitan peralihan kuasa. Dalam hal ini, tentu salah seorang dari mereka telah berbohong kepada rakyat. Mungkin Anwar dan mungkin juga Pak Lah. Jika kita tahu siapakah yang berbohong dalam hal ini, adakah kita mahu menerima lagi pemimpin yang berbohong?
Kedua, Anwar menyatakan kuota yang diperlukannya sudah mencukupi. Pak Lah pula mempersoalkannya kerana padanya, jika Anwar sudah cukup ‘korum’, sudah pasti Anwar dan para pengikutnya akan menyerbu pejabatnya di Putrajaya. Ulasan yang dibuat oleh Pak Lah ini terlalu lemah dan tidak konstruktif. Takkanlah Anwar atau penyokongnya akan menyerbu Putrajaya kerana peralihan kuasa hanya boleh berlaku di Parlimen dengan persetujuan Agong. Kemudian, Pak Lah meminta Anwar menghebahkan senarai ahli parlimen yang mahu melompat itu kepada umum. Ini juga permintaan yang tidak masuk akal kerana takkanlah Anwar mahu ‘memberi peluang’ kepada musuhnya mengetahui rahsia besarnya.
Sepatutnya Pak Lah harus berkata yang dirinya sudah bersedia untuk bertemu dan mendengar penjelasan Anwar. Beliau patut meminta Anwar mengemukakan bukti kukuh jika benar Anwar sudah memiliki senarai ahli parlimen yang mencukupi. Minta Anwar bawa semua ahli parlimen yang mahu melompat itu ke Putrajaya. Berikan jaminan yang tidak akan ada apa-apa tindakan yang akan diambil ke atas ahli-ahli parlimen itu. Pak Lah perlu berani berhadapan cabaran ini. Selepas perjumpaan itu, adakan sidang akhbar bersama dan nyatakan kepada umum, apa yang sebenarnya berlaku.
Jika Anwar gagal membawa bukti kukuh untuk membuktikan dakwaannya benar, maka rakyat sudah tentu akan menilai sendiri permainan politik Anwar. Selepas itu, Anwar harus berjanji yang dirinya tidak akan berusaha lagi untuk menjatuhkan kerajaan BN melalui cara ‘melompat’ dan tunggu sehingga pilihanraya umum yang ke 13 pula. Minta Anwar menumpukan kepada kerja-kerja mentadbir 5 buah negeri yang kini diperintah Pakatan Rakyat. Buktikan yang Pakatan Rakyat benar-benar membela rakyat dan bukannya ‘memeningkan’ rakyat.
Jika Anwar benar-benar mempunyai bukti kukuh mengenai pelan peralihan kuasanya, sudah tentu Pak Lah tidak dapat berbuat apa-apa kerana lambat laun, peralihan kuasa itu akan terjadi jua. Sekurang-kurangnya, Pak Lah akan dihormati sebagai pemimpin yang tidak tamakkan kuasa dan sanggup berundur secara terhormat jika peralihan kuasa itu tidak dapat dielakkan. Jika ditakdirkan kerajaan BN terpaksa mengalah kali ini, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana pada akhirnya nanti, rakyat jua yang akan menilai dan menentukan kerajaan sekali lagi pada PRU yang ke 13. Biasanya, orang yang buat salah sahaja yang akan bimbang.
Episod pelan 16 September ini harus ditamatkan segera. Anwar dan Pak Lah harus berlaku jujur kepada rakyat. Dalam percaturan politik, ada pihak yang menang dan ada pihak yang akan kalah. Sebagai pemimpin yang beragama Islam, matlamat baik sekalipun tidak akan diakui oleh Allah SWT jika kaedah yang digunakan bertentangan dengan tuntutan Islam seperti menipu, menyalahgunakan kuasa atau tidak menetapi janji.
Usah biarkan kemelut ini berterusan dipolitikkan atau disensasikan oleh media, internet mahupun blog. Tamatkan episod ini dengan cara yang terbaik agar ianya dapat dicontohi oleh pemimpin lain di masa-masa yang akan datang. Banyak lagi tugas yang perlu diutamakan seperti memulihkan ekonomi, menarik kembali pelabur luar, meningkatkan taraf hidup rakyat, membasmi kemiskinan dan …
Bersambung …
- Blogger Comment
- Facebook Comment
6 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Ya, setuju. kita mesti menjadi pemikir yang kritis bukan menjadi pengikut fanatik yang menyokong membuta-tuli
ReplyDeletePada pendapat saya mengenai BN, parti ini mempunyai pemimpin yang terlalu lemah, Pak Lah tidak tahu membuat keputusan yg tepat mengenai sesuatu isu, dia dikelilingi oleh orang2 (menteri2 yg 'incompetence'), tiada ketegasan. Mungkin disebabkan oleh faktor2 berikut:
1. PakLah dipilih menjadi PM bukan secara 'demokrasi'. Pemilihan dibuat oleh Chedet atas dasar imej "MrClean" Paklah.
2. Paklah dilantik jadi PM ketika tahap ekonomi Malaysia dan seluruh dunia secara amnya sedang menghadapi proses pemulihan. Ketika itu Malaysia boleh dikatakan "economically stable".
3. Paklah belum pernah diuji dengan krisis ekonomi sepanjang kariernya sebagai PM. Bila diuji, kelam-kabut dibuatnya.
4. Kebanyakan orang2 penting UMNO yg menjadi menteri2 menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti ataupun menang atas dasar "rasuah". Ini merbahaya kerana ia mengikis tahap daya-saing/competency ahli2 UMNO yg lain yg betul ikhlas dan benar2 mempunyai kualiti kepimpinan yg tinggi.
(cont'd)
Pendapat saya mengenai Pakatan Rakyat:
ReplyDelete1. Pakatan Rakyat (PAS, Keadilan, DAP) terlalu bergantung kepada seorang individu yang berusia 61 tahun= Anwar Ibrahim.
2. Anwar memang saya akui secara peribadi adalah seorang pemimpin yang berkaliber, mempunyai visi yang tinggi, mempunyai formula tersendiri untuk rakyat Malaysia, ekonomi, mengatasi masalah dalaman negara ditambah pula dengan kebolehannya bersahabat dengan semua kaum di Malaysia.
3. secara peribadi saya menyokongnya, namun begitu saya ada kekhuatiran kerana Pakatan Rakyat tiada pengganti seperti beliau. Jika dia sudah tiada (meninggal dunia, sakit, uzur, ataupun dihumban ke ISA) saya rasa komponen Pakatan rakyat akan berpecah.
4. Saya tak nampak pemimpin2 lain dalam PAS, DAP, Keadilan yg dapat menyatukan semua kaum di Malaysia untuk menyokong Pakatan Rakyat seperti yg dibuat oleh Anwar.
Sekian, ini adalah pandangan peribadi. tq,wassalam.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteHanya masa akan menentukannya. Apapun semua rakyat Malaysia mahukan Kerajaan yang mantap, jujur dan mempunyai visi jangka panjang bagi Malaysia.
he he anwar is charismatic leader ...ha ha hampa buat lawak...anwar tak lah hebat mana pun...sebab masyarakat keliling fikir anwar hebat... masyarakat suka di cucuk hidung.. masyarakat lemah otak...mereka sukarela otak mereka di rogol dan di suntot...oleh orang yang sebenar tak lah hebat...cuma hebat bercakap jer...
ReplyDeleteso jgn salahkan anwar tak berjaya...salahkan diri sendiri yg mudah terpedaya...
kakakakakakaka...
salam
Usah biarkan kemelut ini berterusan dipolitikkan atau disensasikan oleh media, internet mahupun blog. Tamatkan episod ini dengan cara yang terbaik agar ianya dapat dicontohi oleh pemimpin lain di masa-masa yang akan datang. Banyak lagi tugas yang perlu diutamakan seperti memulihkan ekonomi, menarik kembali pelabur luar, meningkatkan taraf hidup rakyat, membasmi kemiskinan dan …
ReplyDeleteDAN TAHU PUN SAKIT.....
ORANG MISKIN LAGI SAKIT.
ORANG KERJA KILANG
BURUH BINAAN
PETANI KAMPONG.
SELAMA INI ADA KAH HENDAK MENINGKATKAN TARAF HIDUP MEREKA?
TOLONG JAWAB
AHLI-AHLI PARLIMEN BERTINDAK MACAM ORANG TIDAK WARAS ADA YANG TIDUR.
ADA YANG JADI MACAM IBRAHIM ALI....
ITUKAH YANG KITA HENDAK CONTOH.
Selama Imam Hadhari memegang tampuk pemerintahan Negara, imam ini belum pernah menunjukkan kewibawaannya sebagai pentadbir yang baik.Sungguh malang negara kita punyai pemimpin yang tiada visi.
ReplyDelete