WANITA MABUK BONGKAR RAHSIA?


 
Foto oleh Ondscene
 
Sehari selepas mayat anak perempuannya ditemui terapung dalam kolam tadahan banjir dengan leher masih dijerut sehelai kain, Selasa lalu, seorang wanita yang disyaki masih mabuk datang ke balai polis membuat laporan mendakwa teman lelakinya sudah dua hari melarikan kanak-kanak berusia 12 tahun itu.

Berikutan tindakannya yang mencurigakan, polis menahan wanita berusia 34 tahun terbabit beberapa jam selepas dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di sini, kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Teman lelakinya, seorang buruh berusia 34 tahun turut ditahan sejurus tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, jam 4 petang semalam, selepas diarahkan polis untuk datang berikutan wanita terbabit mendakwa dia melarikan kanak-kanak itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua suspek terbabit dan yakin hasil siasatan terhadap mereka akan menyelesaikan kes berkenaan.

Katanya, ketika diambil keterangan, anggota polis curiga dengan gelagat wanita terbabit dan menahannya untuk siasatan lanjut.

“Ketika diambil keterangan, wanita itu dipercayai di bawah pengaruh alkohol. Bagaimanapun, selepas siasatan disambung dia mendakwa anaknya tidak pulang ke rumah selepas dilarikan teman lelakinya.

“Berpandukan maklumat itu, kami mengarahkan lelaki terbabit hadir ke IPD Sentul dan ditahan sejurus dia tiba. Tindakan itu diambil berikutan kami mengesyaki kedua-dua mereka tahu mengenai kejadian menimpa kanak-kanak berkenaan,” katanya.

Kedua-dua mereka direman enam hari bermula semalam.

Bagaimanapun, katanya, polis terpaksa menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan sama ada wanita itu ibu mangsa.

Ini berikutan kanak-kanak terbabit baru berusia 12 tahun dan belum mempunyai dokumen pengenalan diri lengkap dan cara terbaik untuk membuktikan kesahihan dakwaan itu adalah dengan membuat ujian DNA yang dijangka selesai dua minggu.

Wanita terbabit dipercayai kaki botol dan tidak mempunyai pekerjaan kini direman enam hari bermula semalam manakala polis akan mendapatkan perintah mahkamah bagi tindakan sama pada lelaki terbabit untuk membantu siasatan kes pembunuhan kejam itu.

“Wanita terbabit juga akan disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak tetapi siasatan hingga kini diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan kejadian menyayat hati apabila tiga pekerja pembersihan di kolam tadahan banjir Kampung Boyan, Lorong Gurney, Jalan Semarak, menemui mayat seorang budak perempuan dalam keadaan separuh bogel tersangkut pada perangkap sampah.

Lebih mengejutkan apabila kanak-kanak terbabit turut mempunyai tanda-tanda serangan seksual sebelum dibunuh, bagaimanapun belum disahkan berikutan polis masih menunggu laporan penuh daripada jabatan patalogi dan kimia.

Ketika ditemui, sehelai kain yang digunakan untuk menjerut mangsa masih terikat ketat di lehernya.

Kesan melecet turut dikesan pada kedua-dua lutut kanak-kanak itu dipercayai akibat kesan seretan ketika dia dibawa ke kolam tadahan itu untuk dibuang. [Harian Metro]

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.