Menurut Rosyam, pihaknya mula mengesan bakat Azeez ketika PRK Bagan Pinang dahulu. Buat masa ini Rosyam tidak dapat memberikan apa-apa komen tentang tawaran tersebut kerana Azeez dikatakan sedang menunggu tarikh sebenar penggambaran untuk drama terbarunya yang bertajuk “Cinta Kota Siputeh”. – [Sumber]
Bung-Zizie akan muncul dalam Sehati Berdansa 4?

“Kita harap pasangan itu tidak keberatan untuk menyertai rancangan Sehati Berdansa kerana program ini sememangnya mendekatkan para peserta dengan peminat mereka, disamping dapat mendermakan wang ke persatuan kebajikan yang mereka pilih...” demikian kata penerbit rancangan itu kepada pemberita siang tadi. – [Sumber]
Tawaran watak Malika masih terbuka buat Rosmah

Pihak JS Picture diberitakan terpaksa mencari pengganti Sheila atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Setelah meneliti beberapa bakat baru dalam dunia hiburan tanahair, Rosmah dikatakan calon yang paling sesuai untuk melakonkan watak itu.
Bagaimanapun, pengurus Rosmah yang dihubungi memberitahu, Rosmah kini sedang sibuk dengan rakaman album terbarunya yang dijangka keluar pada Mac tahun hadapan. Antara lagu yang dijangka popular dalam album baru itu adalah lagu ‘I said relevant question’ ciptaan bersama Rosmah dan Shahrizat serta lagu “Dah Selamat…” ciptaan YB Ledang. – [Sumber]
Drama popular Nur Kasih akan disambung?

Menurut Khabir, drama baru ini akan menggunakan teknik cinematografi yang sama dengan Nur Kasih tapi jalan ceritanya tidak sama. Jadi, drama baru ini bukanlah sambungan drama Nur Kasih.
“Tapi, saya yakin drama baru ini akan meletup juga kerana hero dan heroin drama ini sedang popular sekarang.” katanya lagi.
Bila ditanya siapakah hero dan heroin untuk drama itu, Khabir berkata, “Ariffahmi dan Nik Amalina”. - [Sumber]
-->

salam,
ReplyDeletesy tertunggu2 zizie-Bung dlm sehati berjalan.oops berdansa
nice..hahaha
ReplyDelete