ZAMZARINA DITUDUH LARIKAN ANAKNYA SENDIRI

Adnan Derahman iaitu bekas suami kepada personaliti televisyen RTM, Zamzarina Zambri mendakwa, bekas isterinya itu telah membawa lari ketiga-tiga anak mereka dari rumahnya.


Beliau yang bercerai dengan Zamzurina pada 26 Januari 2008 berkata, berdasarkan keputusan bersama sebelum ini, ketiga-tiga anaknya itu sepatutnya bersekolah di Shah Alam dan menetap di rumahnya di Seksyen 8 di sini. Katanya, persoalan siapa yang berhak terhadap penjagaan anak perlu diputuskan oleh mahkamah.

Bagaimanapun, kata Adnan, 37, keadaan berubah sebaik sahaja dia pulang ke negara ini pada 25 November lalu daripada menghadiri satu persidangan di Australia. Beliau mendapati semua anaknya tidak lagi berada di rumah.

"Semasa sampai di rumah saya di Seksyen 8, saya mendapati anak-anak dan sebahagian besar perabot dan barang lain milik saya telah dibawa keluar oleh bekas isteri saya (Zamzurina) tanpa pengetahuan saya.

"Saya kemudian menghubungi anak sulung setelah SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) yang dihantar tidak berbalas tetapi mereka tidak memberitahu di mana mereka berada ketika itu," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.


ADNAN (dua dari kiri) bersama tiga anaknya, Adriana (dari kiri), Adam dan Alif yang didakwa dilarikan bekas isterinya, Zamzarina.

Adnan seterusnya memberitahu, kes tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja. Pada 23 Disember lalu, beliau mendapat tahu daripada pihak sekolah mengenai usaha bekas isterinya itu yang mahu memindahkan ketiga-tiga anaknya ke sekolah lain. [Sumber asal: Kosmo]

"Jika anda berminat dengan artikel yang dimuatkan di blog ini, dapatkannya terus ke peti email anda. Klik je kat sini!"
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.