BILA ORANG PAKLAH DICANTAS...

[SELEPAS DIKEMASKINI] Pencabar terkuat Muhyiddin Yassin, Mohd Ali Rustam berjaya dihalang daripada bertanding. Saingan kepada Mukhriz pula, Khairy sudah dibusukkan namanya!

Keputusan yang dibuat oleh Lembaga Displin UMNO hari ini ibarat mengudungkan kaki dan tangan Mohd Ali dan Khairy. Mereka kini ibarat si cacat yang hanya menunggu masa untuk dilemparkan ke tepi jalan. Bila Najib menjadi orang nombor 1 di negara ini, karier politik mereka sudah pasti akan dikuburkan.

Apa yang berlaku hari ini bukan kebetulan semata. Ianya sudah dirancang dengan rapi untuk memastikan orang Mahathir kembali berkuasa dalam UMNO. Hasil daripada keputusan hari ini, Muhyiddin dan Mukhriz sudah boleh senyum hingga ke telinga. Mereka tidak perlu gunakan wang untuk menang. Nampaknya, mereka sudah menemui kaedah baru.

Tulisan Tun Mahathir diblognya sejak kebelakangan ini jelas cuba mempengaruhi pembacanya agar bencikan tindakan flip dan flop Abdullah Badawi. Kes kenaikan harga tol dijadikan asas untuk mengukuhkan hujah beliau. Selepas itu, Tun menulis tentang peri pentingnya Najib memilih orang yang bersih sahaja untuk membantu Najib.

Dan kini, rakyat sudah tahu. Mereka yang ‘bersih’ pada pandangan Tun adalah mereka yang berada dalam kem Tun/Najib dan mereka yang ‘kotor’ adalah mereka yang berada dalam kem Abdullah Badawi. Persoalannya kini, benarkah Najib, Muhyiddin, Mat Taib, Mukhriz, Rafidah yang berada dalam kem Tun benar-benar bersih daripada segala amalan salahlaku atau politik wang?

Drama politik UMNO yang berlaku hari ini tidak akan tamat di sini sahaja. Kem Abdullah Badawi pasti akan bertindakbalas. Saya tidak terperanjat jika Abdullah Badawi memilih untuk mengadakan pilihanraya umum daripada membiarkan Tun Mahathir terus berkuasa di bumi Malaysia melalui Najib dan sekutunya.

Jika itu kaedah terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik Malaysia yang kian berpanjangan, tiada salahnya jika Abdullah Badawi bertindak menggagalkan peralihan kuasa minggu hadapan dengan membiarkan rakyat jelata menyelesaikan kemelut ini melalui peti undi.

Mungkinkah Abdullah Badawi punya idea lain? Sama-sama kita tunggu episod seterusnya.

Photobucket

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

17 comments:

  1. Saya mendoakan UMNO kembali bersih

    ReplyDelete
  2. semua orang UMNO adalah perasuah. mereka tidak peduli siapa bersih atau kotor. mereka akan mengatakan seseorang itu kotor sebagai alasan utk mencantasnya. itulah umno.

    ReplyDelete
  3. Salam Aflah,

    respon kepada Nevada, tak adil kalau menuduh ahli UMNO seluruhnya perasuah...Kalau ia dikira daripada MAJORITI PERWAKILAN UMNO yang sama waktu dengannya, saya boleh terima 'statement' saudara. Saya yakin AZLI SHUKRI pun setuju...AFLAH bagaimana pula?

    thx!

    ReplyDelete
  4. Saya masih keliru. Bagaimanakah persepsi bersih di dalam UMNO? Kalau dikatakan politik wang kotor bagi UMNO, rasanya UMNO sudah boleh dihukum gantung sebab mana-mana pemilihan dari pemilihan Ketua dan AJK Cawangan sehinggalah memilih wakil ke perhimpunan agung dan seterusnya ke MKT memang melibat wang.

    Tak percaya tanyalah mana-mana orang yang ihklas di dalam UMNO.

    ReplyDelete
  5. tulisan yang menarik dari seorang wanita yang nampak lemah lembut..

    apapun,

    pak lah pada pendapa saya masih belum lagi kalah..

    mungkin ini kaedah tun mahathir dan kem najib menjatuhkan kem pak lah..

    tapi mereka lupa pak lah adalah manusia yang suka membuat kejutan

    apa tujuan perjumpaan pak lah - anwar..

    sila anda baca komen tun mahathir ketika beliau di majlis bersama bekas2 wakil rakyat BN/ UMNO..

    mahathir sendiri kurang yakin najib akan menjadi PM..

    cuba kaitkan cadangan Hadi Awang mengenai kerajaan perpaduan..

    ku li telah menunjukkan minat..

    pak lah dan anwar mula berjumpa senyap2..

    percayalah..

    pakatan rakyat akan menjadi kerajaan bersama2 orang pak lah

    ReplyDelete
  6. Presiden UMNO dan PM adalah dua jawatan berbeza.

    Najib memang dah confirm jadi Presiden UMNO. PakLah dah confirm takkan jadi presiden UMNO lagi.

    Antara Muhyiddin dan Mad Mohd Taib, salah seorang akan jadi Timbalan Presiden UMNO. Nak jadi TPM, atas budi bicara PM dengan perkenan SPB Agong.

    Agong pun dah ucap terima kasih kepada Paklah atas khidmat sebagai PM semasa merasmikan sidang Parlimen baru-baru ini. HRH had subtly bid Paklah farewell and thank you for the services rendered. Paklah pun dah sebut,Najib pun dah sebut bahawa tarikh peralihan akan diumumkan secara rasmi. Bolehlah dikatakan confirm DS Najib is the real "PM in waiting"

    Ironinya, mengapakah masih ada suara-suara sumbang dari mantan PM dan lain-lain yang seolah-olah mahu mewujudkan ketidaktentuan politik dalam negara? Mengapa masih mahu menimbulkan syak dan keraguan dikalangan rakyat berhubung dengan pelan peralihan kuasa yang sudahpun diperakukan akan berlaku oleh mereka-mereka yang terlibat? Tidak cukupkah kekucarkaciran politik yang terpaksa ditanggung oleh rakyat sejak sekian lama? Siapa yang untung dalam semua ini?

    Mengapa perlu timbul persoalan "orang Paklah dicantas? "Siapa orang Paklah?, "siapa orang Najib?""? Jika benar apa signifikannya mencantas orang Paklah? Paklah dah tak jadi Presiden, apa untungnya? Apakah Paklah sama seperti Dr Mahathir yang masih ingin mempengaruhi perjalanan parti yang kini ditinggalkannya? Apakah Paklah meninggalkan warisan penyokong dalam UMNO untuk memberi tekanan 'check and balance' kepada DS Najib? Kalau ada untuk apa lagi, untuk siapa, untuk Khairy?

    Kini timbul pula, cakap-cakap mengenai 'unity government' oleh Hadi Awang dari PAS.Ku Li sokong. Anwar pun sokong jika memenuhi syarat. DAP tak berapa sokong. Nik Aziz dari PAS tak sokong walau Hadi yang cadang. Kononnya Paklah akan terus jadi PM unity government atas sokongan parti-parti bukan BN dan sebahgian MP BN orang Paklah. sekali lagi ada orang paklah dan bukan orang paklah. Realitinya bolehkah kerajaan ini ujud? PAS sama PAS pun masih bertelagah. Sanggupkah Anwar jadi pengikut sahaja? Will DAP join the band wagon? Will this government survive if it ever formed? Is Paklah willing to sacrifice the stability we are enjoying just for him to stay in office? Kalau benar dia terlalu gilakan kerusi PM masakan dia menarik diri dari terus mempertahankan kerusi Presiden UMNO dan menyerahkan nasibnya kepada perwakilan UMNO untuk menentukan?

    Banyak persoalan yang perlu dijawab. Teka teki ini akan terjawab juga akhirnya.Kita tidak boleh membuat kesimpulan hanya berdasarkan kepada momokan-momokan dan kata-kata orang itu dan orang ini sahaja. Kita jangan terperangkap dengan desas-desus dan canang-canang orang.Kita perlu membuat penilaian sendiri berdasarkan pengamatan yang teliti dan mendalam tanpa dipengaruhi prejudis yang diwar-warkan oleh mereka yang cuba mencari untung atau cuba memuaskan diri mereka sendiri.Nilai individu-individu atau puak-puak yang berkenaan nescaya kita akan mendapat jawapannya. Berkeyakinanlah kita sebenarnya berkemampuan untuk menapis kebenaran dari segala ini.

    ReplyDelete
  7. soalnya, adakah mereka memberi? Jika benar kenapa salahkan hukuman? Jika tidak masakan mereka didapati salah? Apa jadi jika kes ini dikendalikan oleh SPRM dan jika didapati salah maka hukuman lebih berat termasuk penjara, pecat keahlian dan lucut jawatan KM - ini yang sewajarnya - jangan salahkan orang lain. Pemimpin bukan saja mesti bersih tetapi juga mesti nampak bersih. Tapi KJ dan Ali memang nampak hitam!

    ReplyDelete
  8. Salam Aflah, satu soalan aje. Najib tu bersih ker? Saya tak percaya.

    ReplyDelete
  9. Sri Intan, UMNO adalah satu satunya pertubuhan yang terbersih di Dunia. Yang tak bersih ialah PR kerana bertungkus lumus membongkar kebersihan yang dilakukan oleh Umno. NAJIB ADALAH ORANG YANG PALING JUJUR DI DUNIA SELAIN DARI SAIFUL. MEREKA BERDUA INI BERSUMPAH DENGAN AL QUARAN.

    ReplyDelete
  10. sapa yang bersih....ANWAR...tak payah cakapla...

    Penyokong PR memang berminat jadi NUJUM PAK BELALNG.....

    Namun SI LUNCAI dah terjun dgn 16 SEPT nya....biarkan....biarkan...

    ReplyDelete
  11. Dia yang satu,
    salam aflah..
    Umumnya yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti tapi dalam persoalan pemimpin ini kita rakyat biasa kemampuan nya pun setakat mana.. oleh yang demikian tiada pemimpin yang nak hancurkan tanah airnya sendiri.. yakin aje..berserta doa agar semuanya Damai serta aman

    ReplyDelete
  12. Salam,

    UMNO ialah parti lama dan tua yang sudah banyak penyakit. Di kalangan pemimpin kanan parti itu memang sukar untuk dicari seorang pemimpin yang benar-benar bersih. Di kalangan pemimpin muda pula barangkali sukar hendak dicari pemimpin yang mempunyai idealisme yang tinggi dan tidak terlalu mengejar pangkat, kuasadan kekayaan.

    Malangnya kita belum ada parti lain yang boleh mengalahkan dan menyingkirkan UMNO. Inilah masalah kita, orang Melayu.

    ReplyDelete
  13. Saya harap perhimpunan tahunan UMNO kali ini ditangguhkan untuk menyelesaikan kemelut rasuah dan politik wang yang melanda. Ini akan mengurangkan kebencian rakyat terhadap parti itu, dan juga memberikan ruang kepada parti pemerintah dan pembangkan untuk memulihkan ekonomi. Itu lebih penting. Jika mahu bertarung, biarlah hanya di pilihanraya.

    Sekian.
    Sila lawati laman web saya... terima kasih.

    ReplyDelete
  14. So corrupt is UMNO and also other parties (MIC/MCA) too. No one is the Mr Clean not even AAB. Sudah la..selagi seorang yang dikaitkan dengan politik, tangan dia mesti 'di-clorox'.

    We the Rakyat are the sad case cos they use us for their 'kekayaan'. Go out there and see where the poor are, they are still poor! Whilst the rich and kaya-raya become more kaya-raya! Langkawi island, perth nasi kandar, shopping trip overseas...where did they get this money? Ask yourselves this question and then if you can use your common sense ask the questions all normal sundry rakyat are asking...is the PM-to-be really so clean? Was the ex-PM clean? Is UMNO really very clean? Is Khir really so clean? Is khairy also clean?

    Semua pun sama! Their greed (power & money) gets the better of them on OUR EXPENSE.

    Power & Money bersamaan dengan EVIL.

    ReplyDelete
  15. Saya setuju dengan tulisan ini, marilah kita sama-sama bergabung dan menjadi pressure group kepada kerajaan, bukan kita tidak sokong UMNO api kia benar-benar mahukan perubahan bukan rampasan kuasa- kita lihat saja apa yang akan berlaku esok . mohin saya copy artikel ini dlm blog saya. sila layari http://www.walkdtalk.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Surat terbuka buat ayahanda Tun Mahathir

    Assalamualaikum Ayahanda Tun Mahathir Tun Mohammad.

    Izinkan saya menyusun jari yang sepuluh kerana menulis surat terbuka kepada Ayahanda yang mana saya terpanggil untuk menulis bagi meluahkan perasaan hati saya yang terbuku selama ini sehingga saya membuat keputusan untuk terus menulis kepada Ayahanda. Ayahanda sememangnya pemimpin amat kami sanjungi dan setahu saya ,BN adalah parti yang disokong oleh keluarga kami sejak dari zaman arwah datuk saya lagi. Kini arwah datuk dan arwah ayah telah pun meninggal dunia, ayahanda adalah pemimpin idola arwah ayah dan juga arwah ayah. Tidak hairanlah kami sekeluarga sanggup bertikam lidah , bertekak dengan saudara mara yang menghina dan mengherdik Ayahanda ketika ayahanda masih menjadi Perdana Menteri dahulu.

    Ketika Ayahanda membuat pengumuman untuk bersara , kami sekeluarga bagaikan tidak percaya dan kami sekeluarga begitu sugul dan amat bersedih. Sukar untuk mencari Ayahanda ketika menjadi Perdana Menteri dahulu. Namun setelah Ayahanda bersara dan jika saya tidak silap Ayahanda hanya berehat tidak sampai setengah tahun, Ayahanda sudah mula berpolitik kembali . Kami ketika itu sememangnya menyokong segala apa yang Ayahanda cakapkan , sememangnya Ayahanda adalah seorang yang bijak yang mempunyai daya fikir yang kuat dan matang. Pemikiran ayahanda sememangnya menjangkau ke hadapan sekurang-kurangnya 10 tahun ke hadapan. Sememangnya sukar untuk kita mencari pengganti seorang lagi Tun Mahathir Mohammad. Memang sukar untuk kita mencari dan tidak mungkin akan kita ke temui lagi.selanjutnya

    ReplyDelete
  17. NAJIB PERLU ADA IDENTITI SENDIRI MENERAJUI UMNO DAN NEGARA baca selanjutnya

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.