Tentunya Najib, bakal PM ke 6 tidak akan mengaku sama sekali yang beliau telah dan akan menggunapakai pendekatan Mahathirisme untuk membangunkan kembali kekuatan UBN di negara ini. Barangkali, Najib mahupun penyokongnya akan berkata, “mungkin apa yang berlaku itu satu kebetulan”.
Tun Mahathir selalu berkata, “Melayu mudah lupa”. 3 patah perkataan itu selalunya ditujukan khas kepada orang Melayu yang menolak UMNO. Padahal, mengikut kajian sains, bukan bangsa Melayu sahaja yang mudah lupa. Semua jenis bangsa memang mudah lupa.
Keadaan ini berlaku kerana kotak memori dalam otak manusia hanya menyimpan sekitar 30% maklumat dalam satu-satu masa. Maklumat yang jarang atau tidak digunakan akan dikeluarkan semula dan 70% lagi ruang yang kosong itu diperlukan untuk memudahkan maklumat baru disimpan dalam akal kita.
Lebih menarik lagi, maklumat yang mudah disimpan dalam kotak memori akal manusia adalah maklumat yang melibatkan perasaan. Lalu, memang tidak menghairankan jika rakyat Malaysia boleh mengimbau kembali saat Tun Mahathir menangis di perhimpunan agung UMNO biarpun peristiwa itu sudah terjadi bertahun dahulu. Mungkin agaknya Tun Mahathir sudah tahu tentang kajian ini.
[Sedikit renungan: Bagi yang beragama Islam, antara hikmah orang Islam disuruh mengerjakan solat 5 kali dalam sehari adalah untuk memastikan orang Islam tidak akan terlupa yang dirinya itu Islam!]
Bagi yang sudah lupa, ada 3 ciri utama pemerintahan Tun Mahathir dahulu yang seakan mula dipraktikkan semula seperti:
1) Menyekat media pembangkang
Mulai semalam, penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan digantung selama 3 bulan tanpa sebarang alasan diberikan oleh KDN. Pergantungan dilakukan sewaktu pembangkang begitu memerlukan media cetak seperti akhbar untuk kempen mereka di PRK Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Perkara seperti ini sudah biasa berlaku sewaktu pemerintahan Tun Mahathir. Adakah ini bermakna, semua IP penulis blog pro-pembangkang juga sedang dikenalpasti oleh pihak-pihak tertentu?
2) Melarang rakyat daripada hadir ceramah politik pembangkang
Malam tadi, insiden polis menggunakan gas pemedih mata untuk mengusir rakyat daripada menghadiri ceramah politik pembangkang sudah berlaku kembali. Insiden seperti ini juga sudah biasa berlaku sewaktu Tun Mahathir menguasai kerajaan. Selepas penerbitan akhbar pembangkang digantung, apa lagi ruang untuk pembangkang menyampaikan mesej mereka kepada rakyat jika berceramah pun tidak boleh?
3) Melarang rakyat daripada mengadakan perhimpunan atau tunjuk perasaan
Lihat sahaja bagaimana tindakan polis yang menghalang perarakan aman kumpulan GMP daripada menyampaikan memorandum bantahan mereka kepada Yang Di-Pertuan Agong. Apa salahnya kumpulan GMP itu diberikan kebebasan untuk menyuarakan hasrat mereka kerana Agong adalah ketua bagi sekalian rakyat Malaysia tanpa mengira ianya adalah penyokong PPSMI ataupun penentang PPSMI. Yang Di-Pertuan Agong adalah Agong untuk setiap pemegang MyKad samada mereka itu ahli UMNO atau ahli PAS atau ahli DAP.
Melihat kepada senario yang berlaku kini, bibit-bibit Mahathirisme seakan sudah mewarnai kembali arena politik di negara ini. Ruang demokrasi yang dibuka sewaktu era Abdullah Badawi seakan mula ditutup kembali. Jika keadaan ini berterusan dipraktikkan, rakyat yang pro-pembangkang akan bertambah menyampah dengan kerajaan dan mereka yang atas pagar akan bertambah kasihan pada pembangkang.
Jika Najib dan barisan kepimpinan UMNO yang baru benar-benar mahukan sokongan rakyat, hentikanlah pendekatan konfrontasi dan suburkanlah pendekatan diplomasi. Parti-parti komponen BN seperti MCA dan MIC wajar menggunakan suara mereka untuk menyedarkan UMNO kerana mulut pembangkang boleh ditutup tapi mulut peti undi perlu dibuka 5 tahun sekali.
Makna singkatan:
1) UBN = UMNO & Barisan Nasional
2) KDN = Kementerian Dalam Negeri
- Blogger Comment
- Facebook Comment
7 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Salam,
ReplyDeleteSaya berpandangan Tun Mahathir memberikan keselesaan dan ketenangan kepada majoriti rakyat. Memang diakui keterbukaan diamalkan semasa Paklah namun natijahnya...ramai ahli politik mengambil kesempatan dari keterbukaan ini sehingga menyebabkan kerisauan dan ketakutan dikalangan rakyat begitu terasa. Tidak ada gunanya keterbukaan jika mejoriti rakyat tertekan dengan berita yang saban hari menusuk jantung. Kaum Melayu dituduh bermacam2 dan Agama Islam begitu mudah dihina. Majoriti rakan2 Islam yang saya temui melahirkan keresahan dengan peristiwa2 yang berlaku yang berkaitan Agama Islam seperti penggunaan nama Allah, isu Murtad, ICJ dan sebagainya.
Sebab itulah Malaysia sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, saya percaya suara dan keterbukaan yang diberikan sudah memadai dan toleransi yang diterima semua pihak sudah amat mencukupi....BIARLAh sedikit kekangan dan sekatan itu dilakukan asalkan nikmat ketenangan dirasai kembali.
saya setuju dengan pakteh..
ReplyDeleteMemang betullah Najib akan membuat perubahan, berubah kepada cara lama, kembali kepada cara Dr Mahathir.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTak pernah terkejut kerana itu semua telah diskripkan
...Tahun ini tahun ke 63 UMNO kalau mengikut tahun 1946 sebagai tahun bermulanya UMNO jadi...tak terkejut kalau UMNO terus berkubur kerana saat-saat kewafatannya kian jelas kalau ia tidak diubah secara drastik....kita tunggu...
thx!
Pakteh,
ReplyDeletesepatutnya kita harus maju kehadapan dan bukan kembali kepada era yang terdahulu.Yang dipersoalkan bukanlah hak hak orang Melayu dan Bumiputera Sabah/Sarawak kerana itu sudah termaktub didalam Perlembagaan Malaysia tetapi dasar yang disalahgunakan diera Mahathir dengan mengamalkan dasar nepotisma dan kroni. Dalam soal Agama, Bila dan siapakah yang menghina Islam?. Saya percaya politician dari parti pembangkang tahu akan sensitiviti dalam soal ini. Setahu saya UMNO merekacipta cerita mensensasikan topik ini demi kepentingan politik. Fitnah seperti ini sudah menjadi budaya UMNO sejak era Mahathir.
KEMBALINYA ZAMAN MAHATHIR AKAN MEMUSNAHKAN MASA HADAPAN MALAYSIA.
saya setuju dgn pendapat malaysia sabahan walaupun duduk di seberang lautan segala kemungkaran jelas dihadapan mata kenapa mengkaji kemajuan duniawi lebihkan kemajuan hak rakyat manusia itu sendiri.Bukankah negara kita sekarang cukup maju nak maju mcm mana ada kereta terbang ,msnggunakan robot ,begitu percayalah kalau manusia rakus dengan wang ringgit utk membina atau mencipta sesuatu tanpa melihat banyak rakyat tersiksa...kerna menanggung beban mahluk yg ingin mencipta itu doa orang teraniaya doa orang yg inginkan keserdehanaan doa orang yg inginkan keadilan WALLAH HUALLAM
ReplyDeleteSebagai seorang keturunan "bangsawan" dan sebanyak sedikit mungkin masih bermentaliti feudal, memang mungkin sekali dalam gaya politiknya Najib akan banyak bersikap autoritarian.
ReplyDeleteWalaupun ini jangkaan saya saja, tapi tanda-tandanya sudah ada, kerana orang-orang KDN dan polis yang bakal mendapat "ketua" baru nampaknya memang suka jadi "alat" dan pengampu kerajaan.