KALAU BERANI, GANTUNGLAH ALI RUSTAM...
Khabarnya, beberapa minit sahaja lagi, keahlian Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam UMNO akan digantung dan secara automatik, beliau akan hilang kelayakan bertanding dalam pemilihan minggu depan.
Pagi tadi, beliau sudahpun bermesyuarat dengan Badan Perhubungan Negeri serta bertemu dengan Tuan Yang Terutama Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob.
Diberitakan juga, isi perbincangan pagi tadi berkisar tentang keputusan Lembaga Displin & Tatatertib UMNO (LDU) yang bakal diumumkan beberapa minit sahaja lagi.
Jika benar keahlian Mohd Ali Rustam akan digantung sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh media hari ini, penyokong beliau sudahpun bersedia untuk bertindakbalas.
Ini kerana, keputusan penggantungan yang bakal dibuat oleh LDU itu dilihat sebagai agenda kem Najib & Mahathir untuk membersihkan kem Abdullah Badawi daripada bertanding minggu hadapan.
Ada beberapa tindakan drastik yang bakal diambil oleh penyokong Mohd Ali Rustam nanti. Antaranya, termasuklah tindakan keluar dari UMNO/BN dan menyokong Pakatan Rakyat.
LDU tentunya sedang meneliti musibah yang bakal dihadapi oleh UMNO jika mereka berhasrat untuk meneruskan tindakan yang mahu dikenakan terhadap Mohd Ali Rustam.
Dikhabarkan juga, SPRM sudah bersedia untuk mendakwa Mohd Ali jika penyokongnya bertindak di luar batasan bagi mententeramkan kedudukan UMNO. Bagaimanapun, perkara ini belum dapat disahkan lagi.
TERKINI - ALI RUSTAM TIDAK DIGANTUNG TAPI HILANG KELAYAKAN BERTANDING, KHAIRY DAN KHIR TOYO LEPAS!
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan kerana didapati terlibat dengan politik wang.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn, di sini, sebentar tadi.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran.
Selain itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.
Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, Mohd Ali didapati bersalah Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja.
Beliau berkata, sebanyak 29 kes disiasat oleh Lembaga Disiplin dan 15 daripadanya didapati bersalah.
Katanya, ahli-ahli Umno lain yang didapati bersalah adalah Datuk Japlin Akim (Kota Belud), Salmah Pin (Bandar Tun Razak), Saadun Basirun dan Rosli Hasan (Bukit Katil).
Kesemua mereka digantung keahlian selama tiga tahun. [mSTAR]
Nur Aflah: Nampaknya, LDU tak berani gantung Mohd Ali.
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Salam Aflah,
ReplyDeleteMengenangkan kerusi TPM yang sudah terlepas dari jangkauan orang Melaka yang terkenal dengan kesetiaan kepada pemimpinnya, maka berakhirlah hayat politik Ketua kabilah Bani Rustam di muka bumi ini....
Cuma, hairan juga bila adik KJ tak kena hukuman yang sama....Inilah keadilan dalam UMNO
Saya akur akhirnya...
Sedih mendengar perkhabaran itu. Saya akui apa yg dikatakan oleh perfectwater. Malah ada seorang ustad (dia lebih kepada pakatan) di sebuah ipta negara, orang Melaka adalah masyarakat yang susah dipesongkan dari UMNO. Kesetiaan pada UMNO memang sukar ditandingi. Sebab tu Pakatan susah bangun di sini. Walaupun terbabit dgn politik wang, tapi rakyat Melaka masih sayangkan Tok Ali. Tok Ali pemimpin yang bt kerja. Tengok ajelah kemajuan Melaka hari ni. Bangga jadi rakyat Melaka dan penyokong Tok Ali.
ReplyDelete