KERAJAAN LULUSKAN JUGA KONSERT RIHANNA


Kerajaan meluluskan penganjuran Konsert Rihanna, yang akan diadakan 13 Feb ini di Stadium Putra Bukit Jalil, walaupun Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantah konsert itu.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Mohd Shafie Apdal berkata: "Mereka (Dewan Pemuda PAS) boleh bantah tapi keputusan akhir di tangan kementerian."

Beliau berkata apa yang penting ialah pihak penganjur telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan kementerian.

"Perkara utama yang kami lihat ialah sama ada konsert itu selaras dengan budaya Malaysia, tetapi memandangkan industri hiburan sangat dinamik dan kreatif, kita perlu membenarkan rakyat kita mendapat akses untuk itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Tahun Baru China 2009 di sini hari ini.

Selasa lepas, Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan menyuarakan rasa kesal terhadap syarikat komunikasi tempatan menganjurkan konsert 'Rihanna Live in Kuala Lumpur'.

Mengenai penyiaran berita wilayah selama 30 minit bermula 1 Feb ini oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), Shafie berkata perkara itu satu perkembangan yang sihat untuk membolehkan kerajaan memaparkan berita dari negeri khususnya di Sabah dan Sarawak.

"Penyiaran ini membolehkan masyarakat di seluruh negara tahu perkembangan di negeri-negeri ini (Sabah dan Sarawak) kerana kita perlu menghebahkan perkara sebenar yang berlaku di sana," katanya.

Sumber: Bernama

Kepada semua umat Islam di negara ini, saya harap anda tidak akan pergi ke konsert itu kerana jelas lirik lagu Rihanna mempunyai unsur-unsur yang menyokong dasar Zionis. (Anda boleh lihat buktinya di sini)

Sekiranya anda benar-benar komited mahu melumpuhkan pengaruh Zionisme di dunia kini, elok sangatlah jika anda memboikot konsert itu.

Bayangkanlah penderitaan saudara seagama kita di Gaza yang menjadi mangsa kekejaman Zionis.



Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Makluman : SABTU 7 Mac 2009 Tarikh Perhimpunan Raksasa Menentang PPSMI oleh GMP

    ReplyDelete
  2. saudari juga harus menboikot internet dan blogspot kerana ia satu produk amerika.

    ReplyDelete
  3. Salam Aflah dan krew2nya...,

    Kenapa ada juga manusia yang nak bagi komen macam si unimportant person sorg ni...

    macam la tak tahu nak menilai mana yang baik mana yang buruk, mungkin budak ni masih lagi mumaiyyiz kerana tak faham konteks dan fokus boikot konsert seperti ini....

    diharapkan pada masa akan datang tiada lagi komen kurang cerdik seperti ini datang dari seorang yang tahu menilai sesuatu isu...

    p/s: Kalau dah mumaiyyiz tu tetap mumayyiz...
    thx!

    ReplyDelete
  4. Kerajaan barangkali memilih untuk meluluskan konsert itu kerana tidak mahu Malaysia mempunyai imej sebagai sebuah "negara Islam" ala-Taliban.

    Ini tentu bukan pilihan yang terbaik, tetapi mungkin lebih baik daripada mengikut kehendak PAS yang lekas sangat hendak menjadikan Malaysia sebagai karbon copy negara Islam Taliban

    ReplyDelete
  5. negara tajaan PAS ala taliban..?

    tengok la fakta sikit bang..tengok keterbukaan PAS di Kelantan.Jangan main 'taram' aje.

    taliban..
    apa buruknya dgn taliban? negara mereka mmg sentiasa berperang,hidup dlm kemiskinan, kurang prasarana serta kurang terdedah dgn teknologi semasa. Dan akibat dari itu juga, ilmu fiqh Islam mereka masih di tahap lama, spt di zaman kuno.

    x pelik lah keadaan mereka mcm tu.

    sekuno2 mereka pun, mrk mendapat kemuliaan sbg umat yg sentiasa berjihad.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.