BN SABAH PULA BERGOLAK


Pemimpin-pemimpin Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kedua-duanya komponen Barisan Nasional, diminta menghentikan perbalahan mereka mengenai satu kerusi Parlimen kerana ia boleh menjejaskan semangat berpasukan dalam BN Sabah.

Datuk Liew Vui Keong, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), sebuah lagi komponen BN dari Sabah, berkata pertikaian antara Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup dan Presiden PBS Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan adalah sesuatu yang tidak sihat dan perlu dicegah daripada berpanjangan.

"Ia perlu dihentikan dan diselesaikan dalam semangat BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pemimpin masyarakat di sini hari ini ketika diminta mengulas pertikaian itu yang bermula berikutan kenyataan Pairin bahawa pemilihan calon BN bagi kerusi Pensiangan, jika berlaku satu pilihan raya kecil nanti, tidak seharusnya dibuat secara automatik, dan ini tidak disenangi oleh Kurup.

Kurup memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas tetapi Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 8 Sept tahun yang sama, mengisytiharkan kemenangan Kurup adalah batal dan tidak sah.

Kurup, yang telah membuat rayuan berhubung kes itu, mencabar Pairin untuk berdebat mengenai isu itu.

Liew ada baiknya kedua-dua pemimpin itu hanya menunggu keputusan mahkamah mengenai rayuan itu.

Sumber: Bernama

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.