ADUKA TARUNA LEBIH GENTLE DARI SESETENGAH BLOGGER


Foto di atas dirakamkan oleh Pink Turtle.

Aduka Taruna akhirnya menyerah diri di Balai Polis Kota Bahru petang tadi.

Pada saya, tindakan yang diambilnya itu adalah sesuatu yang betul dan selaras dengan permohonan maaf yang telah dibuatnya sebelum ini.

Dia bukan sahaja sanggup memohon maaf tapi dia juga sanggup dikenakan tindakan undang-undang jika didapati bersalah. Tindakan ‘gentle’ seperti ini wajar dipuji dan dijadikan contoh kepada orang lain juga.

Tidak seperti sesetengah blogger lain yang hanya berani mengutuk Aduka tapi berselindung di sebalik nama anonymous.

Malah ada juga blogger yang mengambil kesempatan dari kes Aduka ini dengan menulis pelbagai spekulasi sampah dan cuba mengaitkan Aduka dengan kumpulan tertentu yang tidak dapat dipastikan samada dakwaan itu benar atau rekaan semata-mata.

Pada saya, blogger seperti ini lebih hancing dan busuk daripada Aduka Taruna kerana menulis benda-benda yang tidak masuk akal. Tidak perlulah saya print screen apa yang ditulis itu kerana siapa yang makan cili, dialah yang akan terasa pedasnya.

Ya, memang Aduka telah melakukan kesilapan yang sangat besar, tapi blogger lain yang telah menuduhnya dengan pelbagai dakwaan palsu juga turut melakukan kesilapan yang sangat besar.

Jika apa yang didakwa oleh blogger itu tidak benar, maka Aduka Taruna boleh mengemukakan saman dan membawa kes itu ke mahkamah. Dia boleh menuntut saman malu atau saman fitnah.

Oleh itu, saya dengan rendah hati ingin menasihatkan kepada semua rakan blogger yang terasa dengan entri ini supaya berhenti membuat spekulasi yang bukan-bukan demi menyanjung tinggi entiti kebenaran di negara ini.

Dikemaskini: Sila baca artikel saya yang lepas dahulu untuk mengetahui pendirian saya tentang isu ini sebab anda akan tersalah anggap jika hanya berpandukan pada kenyataan yang dibuat oleh forumer MYKMU.









-->




Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

25 comments:

  1. Salam.

    Sebenarnya jika dibaca betul2 apa yang tersurat dari tulisan AT tu dengan diabaikan kekasaran bahasanya, ada point yang cuba AT sampaikan. Tapi dek kerana terlalu kasar bahasanya, mesej yang baik itu hilang. Semua nampak yang buruk semata. Sayang sangat.

    Pada pendapat saya, apa yang saya dapat saring dari bahasa AT yang kasar itu adalah satu kekesalan kerana jenayah Almarhum tidak dikebumikan dengan segera sedangkan ia dituntut dalam Islam. Kenapa disimpan lama tanpa sebab-sebab yang munasabah. itu sahaja.

    Sebab tu bahasa itu melambangkan akal dan budi kita. beginilah jadinya bila emosi. Semoga Allah permudahkan urusan AT. Dia sudah pohon maaf dan sudah pun menyerah diri. tidak pula memberi alasan macam-macam seperti sesetengah ahli politik. dah buat salah tapi tak mahu mengaku. malah buat2 tak tau, masih mahu pegang jawatan lagi.

    Ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Salam Nur Aflah,

    Saya sokong 100% n3 ini. Memang ramai "carmouflage" dalam ruangan komen.

    ReplyDelete
  3. AT dah mohon maaf baguih. Umno belum lagi. Siapa yang paling busuk?..

    ReplyDelete
  4. fulamak, dia nak reformasikan pas, tengok ayat kat blog dia pun teruk, janganlah pas ada orang macam ni..

    ReplyDelete
  5. Sorry... "camouflage" silap ejaan. hehehe..

    ReplyDelete
  6. melayu penuh dengan budi bahasa.berbahasa dengan baik menunjukkan peribadi sesorang.fikirkan begitu pulak

    ReplyDelete
  7. gentlemen..gentlemen juga ... apa pun kalau tak duduk dalam tak pa ... kalau dudok dalam alamatnya..pagi-pagi roti benggali cicah dengan teh 'o' laa jawab dia ... blogger lain pun hebat juga, cuma depa tak mau makan roti benggali cicah dengan teh 'o' ...

    ReplyDelete
  8. Eloklah kalau ia mengaku silap. Kita semua tidak lepas dari salah dan silap. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita tulis. Kadang-kadang mengikut perasaan. Kadang-kadang kita terikut-ikut menulis untuk mencari populariti.

    Berkenaan dengan spekulasi pula di para akhir entri diatas, saya rasa anda selalu juga ada membuat spekulasi. Selalunya secara tersirat.

    ReplyDelete
  9. Salam Nur

    Uncle bersetuju dengan komen izi. Pemahaman uncle juga sama.

    Untuk makluman, Aduka bukannya Ahli PAS cuma cukup menyokong Islamic State. Beliau juga bukan Anak Negeri Kelantan sebagaimana dakwaan GOMO. Beliau ke Kelantan adalah atas jemputan kami beberapa orang bloggers kelantan untuk berbincang dan memikirkan nasihat dan tindakan yang paling baik menyelesaikan kes itu.

    Ini adalah kerana tidak ada yang cuba membantu beliau di sana baik dari segi nasihat atau tindakan yang sepatutnya diambil.

    ReplyDelete
  10. kalau dah salah tu salah la..
    tak payah la korang nak kait2 orang lain pulak..
    berani apa kalau camni..dah tak boleh tidor malam le tu...kecut perut..

    ReplyDelete
  11. bagus lah kalo, depa dah insaf, kita kalo buleh nak kuatkan ke eratan sesama bangsa(melayu),tok seh lah ada lagi ujudnye idea2 dan pandangan yang sensetif kepada keturunan melayu yang di pusakana oleh nenek moyang kite,bila kite marah kepada sesama bangsa..ha..mulah lah bawak diri sendiri-sendiri....Jadi,tok seh loh kita berpecah bilangan makin kecik,bangsa asing bilangan makin banyak,,tah mana datg tah ..tak mau balik-balik negeri asal..pas 4thn mintak di itiraf sebagai rakyat malaysia..so bilangan depa bertambah ramai..kite kena kuat kan tao, baru berkuasa,so harap-harap penulis blog lain pun amik leh pekara ni sebagai iktibar, dan kaji semula tentang (pekara 153)jangan sampai berlaku di negara jiran tentang (pekara 152) tak dipandang sedikit pun walau pun penduduk asal, tanah nenek moyang semua asal orang melayu punye..kite kena jaga hak melayu..

    ReplyDelete
  12. Macam ni gentlemen??? Dia menyerah diri sbb takut lunyai dikerjakan penduduk johor tu..punyalah jauh lari sampai ke kelantan...ke nk lompat ke siam tp x lepas? Whatever baik serah diri sblm mampos x berkubur... tgg la nasib ko aduka teruna...bykkan doa dan solat...

    pst: yg x pakai tudung tu bini ko ke? yg tu contoh pas reform ke?

    ReplyDelete
  13. Nur, Kau ni dah mengarut lah. Dah menghina jenazah pemimpin dengan perkataan "mampos" ini dah keterlaluan dan bukan seperti budak yang tidak ada pendidikan agama.

    Minta maaf kalau melakukan sesuatu perkara tidak baik secara tidak sengaja adalah perkara biasalah.

    Tapi minta maaf setelah melakukan sesuatu kesalahan besar secara sedar dan sengaja yang dikutuk Tuhan, dan hanya setelah dalam ketakutan yang amat sangat, ini gentlemen kejadah apa tu.

    Ini nama nya jantan yang dayus dan bodoh sombong. Hukuman penjara amatlah ringan berbanding penghinaan dia terhadap keluarga almarhum dan rakyat jelata.

    Bayangkan seseorang seperti Aduka Gatalmen ini mengatakan "mampos" kepada ayahanda Nur yang baru kembali ke rahmatullah, kemudian dengan senang say sorry to you. Apa perasaan you? Maybe you accept, tapi can everyone in your family accept penghinaan sedemikian rupa.

    Biarpun Nur sokong pkr yang dah nak karam atau Pas sekalipun, biarlah ada prinsip. Salah tetap salah. Biar hukuman jadi pengajaran. Ini bukan soal blogger2 lain yang tak gentlemen atau jantanmen. Ini soal agama.

    ReplyDelete
  14. ha3..ade jugak org nk tlg coverkn aduka bangsat ni..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum..

    Adu kata runa... Pernah dulu hamba pun menjadi follower blog dia. Kerana tidak tahan dgn sikap dan cara dia berblog terpaksa hamba berundur dari menjadi followernya. Hamba tidak ingin sentuh bab perkataan apa yang dilafaskan. Sesungguhnya seperti katanya dalam entri permohonan maafnya.. "yang salah tetap salah, yang betul tetap betul". Sepertimana yang kita sedia maklum, tujuan tetap tidak menghalalkan cara.

    Dalam soal dia menyerah diri. mungkin boleh disifatkan dia gentleman. Namun harus diingat dia bukan orang senang yang mempunyai banyak "cable". dia hanya peniaga pasar malam yang tidak mudah menjalankan hidup. Nak lari perlukan "cable" dan wang. bukan semudah lari 100m atau lari berganti. Mungkin itu salah satu sebab kenapa dia menyerah diri.

    Menyentuh berkenaan perjuangannya.. tidak semua hamba tolak. Banyak kebenaran yang dia ungkapkan.. namun sayangnya.. salah tetap salah.. benar tetap benar. tujuan masih tidak menghalalkan cara.

    Bila di imbas kembali maksud perjuangan, inilah hakikatnya. banyak cabaran yang perlu kita hadapi. Banyak rintangan perlu kita tempuhi. Tidak semua dari anda juga hamba mampu berjuang hingga ke akhirnya. Sesungguhnya hanya Allah yang lebih mengetahui.

    "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).

    buat saudaraku adu kata runa.. bersabar dan istikomah dalam mengharungi dugaan ini. Semoga menjadi panduan dan tauladan buat kita semua. wallahualam.

    ReplyDelete
  16. Cik Kak,

    Jangan buat lawak. Cik Kak macam nak angkat AT jadi hero. Salah tu. Apa yang dia buat tu salah.

    Dia dah menyerah diri, biar polis pulak yang handle.

    Jangan Cik Kak pulak yang tiba-tiba menjadi penyokong tegar pula. Bahay cik kak.

    Saya nasihat je. Kadang-kadang saya pun terlanjur!

    ReplyDelete
  17. Ginilah cik,

    Selagi beliau tak mohon ampun kpd tok guru Abdul Hadi tentang gambar karikaturnya setahun dua lepas, jangan harap hamba akan kata beliau gentleman.

    Kerana tok guru tidak pernah lapor polis tentang karikatur yg melampau menghina itu? adakah sebab itu beliau tak pernah mohon maaf?

    Hanya setelah ada ura2 hendak ditangkap, baru hendak mohon maaf?

    Cik pernah atau tidak melihat karikatur yg dibuat oleh Aduka ini sehingga hamba sudah tidak mahu tahu menahu tentang beliau?

    ReplyDelete
  18. kou jgn susah ati sgt aduka den ado...hi hi hi....ala pembunuh pun kadangkala terlepas dari jerat leher perundangan itu sendiri..ini semua kegoaan undang sanjungan manusia...itu sendiri...goodlucks..mamakcendulbatucave

    ReplyDelete
  19. ha hah ha..aduka taruna u gone to far u should be bashed up with... stick ...slapped right and left to be on feet again..u have no imunity to beg for life...if other's part of dunia likely in uee case to be shot at will... whatsoever...

    Dont turned urr back at me..slurrrrh ..looks delicious to me..finger lickin good..yummy yummy....at last forgive..am jokibg only..ampun maaf ku pinta okey...main main je nie

    ReplyDelete
  20. Gentle??? gentle? rasa nak tergelak pun ada, itu bukan genlte oii...itu namanya dah mati akal mau lari ke mana. Tak payah nak angkat macam hero plak.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum,

    saya tertarik dengan apa yang saudari sampaikan ini..saudari pernah baca posting aduka yang menghina Aisyah r.a dan Imam Syafie ???

    http://adukataruna.blogspot.com/2009/09/wahabi-perlis.html

    Bila saudari duk puji2 dia ni..adakah ini bermakna kita boleh kurang ajar terhadap isteri Nabi dan Imam Syafie???

    YANG SALAH TETAP SALAH..

    Bayangkan seorang perogol menyerah diri,boleh kah kita panggil dia gentlemen?

    ReplyDelete
  22. salam buat pembela dan pengkritik..(AT)

    1-MALAYSA PUN DAH TAHU,APA YANG TERJADI PADA (AT) KEATAS TINDAKAN YG BANGANG TELAH DIA SEBARKAN..

    MASALAHNYE..KALO DIA NAK MINTAK MAAF PUN BELUM TENTU DI MAAFKAN, KERANA KELANCANGAN BAHASA KELUARGA DIA MENGHINA DAN MENCABAR INSTUASI RAJA-RAJA MELAYU...BAGAIMANA PULA PANDANGAN RAKYAT JOHOR?DIA BOLEH TANGGUNG KE KEMARAHAN RAKYAT JOHOR..SO THE BEST WAY IS BUANG NEGARA SAHAJA..COZ DIA PUN TAK RETI UNTUK MENGHARAGI HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU..

    DAN KITE PUN TAK BERMINAT ,UNTUK MELIHAT SAMPAH MASYARAKAT YANG BOLEH SUKA-SUKA MEMPERSENDAKAN AGAMA ISLAM DENGAN MELUKIS KARKATU (SITI AISYAH) BEBERAPA TAHUN DULU...DAN MENGHINA SULTAN MELAYU LEBIH-LEBIH LAGI LEPAS SELANG SEHARI KEMAGKATAN BAGINDA,UNTUK BERADA DI MALAYSIA NEGARA KITE YG TERCINTA..INI

    SO LAGI BAGUS,DIA PELU DI BUANG NEGARA BERSAMA SELURUH KELUARHA DIA SEKALI..

    ReplyDelete
  23. PARTI-PARTI POLITIK SUDAH TERKELUAR DRP BATASAN AGAMA.
    HANYA INSTUASI RAJA-RAJA MELAYU BOLEH SELAMATKAN AGAMA ISLAM.

    POLITIK ITULAH YANG MENGHINA AGAMA.
    (Agama Islam dihina tanpa batas hukum oleh golongan politik,hukum Islam dipinggirkan)

    Raja-raja Melayu dihina kerana politik.
    Melayu terhina di negara sendiri.

    Apakah tujuan berpolitik
    Kalau sekadar untuk menghina.
    KERANA POLITIKLAH RAJA-RAJA MELAYU DIHINA.
    SERAHKAN KEADILAN ITU KEPADA RAJA MELAYU.
    KALAU BETUL KITA, UNTUK TEGAKKAN HUKUM ISLAM.
    KERANA PARTI-PARTI POLITIK SUDAH BANYAK MEMBUAT ANGKARA DOSA-DOSA TANPA BATAS KERANA MENFITNAH DAN MENGHINA BANGSA SENDIRI.....
    BY MEE

    ReplyDelete
  24. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.Apa yang telah dilakukan adalah kesilapan.Namun kita perlu bersyukur krn mgkn dia nak berubah.
    Tidak kiralah dia menghina sesiapa pun sultan@agong atau sesiapa maka ia tetap salah.
    Seandai setitis darah atau maruah ISLAM tercalah wajiblah umat ISLAM mempertahankan.
    Namun sedarlah kita bahawa Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.Apa yang perlu di lakukan oleh dia adalah bertaubat(taubat konsepnya luas,korang JANGAN JUMUDKAN PULA).
    Jika seorang umat Islam yang pernah membunuh 100 umat Islam pun Allah bagi pengampunan ini kan jika kata2(ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN).Siapalah kita untuk bercakap "PI MAMPOS KO DALAM PENJARA" dan sebagainya kerana kita pun pernah buat silap dan kita xlayak menghukum sesiapa.Kerana kita bt dosa pun kita tetap nak bertaubat dan tetap berharap Allah ampun kan kita.(Ada sesiapa nak terima pembalasan di akhirat?Jika nak,sila kan...)
    Apa yang dilihat ada bloger yg comment menghina AT tetapi takut memaparkan diri.Sedarlah kita pun xsempurna dan penah bt dosa,xlayak nak maki orang lain.Amalan kita pun xcukup terjaga dgn btl2 malah ilmu kita pun xsetinggi mana tapi ada juga yg sibuk hina orang(macam mulia sangat).

    p/s:Orang yang xpenah bt dosa pun xlayak menghina AT.Kalau kita hina dia,kitapun lbh kurang dgn dia.

    ReplyDelete
  25. Analogi buat AT dikongsi
    Jika ditangkap ‘A’ pencuri
    Bukan nilai ringgit perhati
    Kerja ‘curi’ itulah dijauhi

    Ada lagi selain AT peragai
    Kalau hanya AT dihakimi
    Mata rakyat peka perhati
    Dakwa jugalah yang baki

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.