KERJA BODOH KE BANGANG?


Bukan 500 ringgit tapi 5 ribu ringgit digunakan untuk membuat patung besar Anwar Ibrahim di Batu Caves.

Pada Amiruddin (YB Dun Batu Caves), jumlah wang sebanyak itu bukanlah pembaziran seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Beliau dipetik sebagai berkata :

“Isu pembaziran yang dibangkitkan sesetengah pihak "tidak timbul" kerana gambar besar itu dibina menggunakan dana individu dan bukannya peruntukan kerajaan Selangor atau partinya. Saya sendiri menyumbangkan RM100 untuk menjayakan pembinaannya,"

Kenyataan yang dibuat oleh Amiruddin itu ternyata sesuatu yang bodoh dan tidak masuk akal.

Daripada dia bersusah-payah mengumpulkan dana 5 ribu ringgit untuk membina patung sebesar itu, adalah lebih baik jika wang sebanyak itu diagihkan kepada keluarga miskin atau menaja yuran tuisyen pelajar miskin yang menetap di Batu Caves.

Banyak lagi perkara lain yang lebih berfaedah dapat dilakukan dengan wang sebanyak itu daripada membina sebuah patung gergasi yang tidak tahu apa manfaatnya untuk penduduk Batu Caves.

Nampaknya, lepas ni PKR kena menghantar para pemimpinnya berkursus selama seminggu di rumah Nik Aziz supaya boleh ditarbiahkan kepala otak mereka. Kalau tak cukup seminggu, boleh ditambahkan jadi sebulan, setahun atau selama-lamanya.

Macam mana rakyat Malaysia nak terima PKR kalau ada pemikiran pemimpin mereka yang boleh menganggap zina itu sedekah atau membazir itu tak kisah.

Fikir-fikirkanlah…
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

19 comments:

  1. salam..
    ni kerje bodonang..hehehe.. ape ke hal depa dok sibuk buat patung..?? Tok guru kena explain skit kat depa ni hukum buat patung ni..ish..ish..ish... kalau ya pun hormat sgt kat PM to be... hormat dlm hati dh ler..hehehe..;-)

    ReplyDelete
  2. Eh... eh.... faham pulak kamu aflah? Yang selama ni kamu membabi-buta menyokong Anwar dan PKR tu kamu tak sedar ke? Kamu tu kalau kamu bagi diri kamu tu pada Anwar, depan belakang kamu tu disondolnya, kamu paham tak?

    ReplyDelete
  3. ni satu lagi tak bace brite betul2. dana di usahakan sendiri oleh orang perseorangan bukan duit krajaan negeri. ko bole halang ke dorang nak buat poster tu. tak kacau duit ko pun. jgn la hentam tak tentu hala. aku tahu sape yg kluakan duit tu. masa anwar menang kat permatang pauh diala yang pasang bunga api klcc tur. die memang suka anwar nak buek camno. jgn kata kan membazir kalau duit tu orang persendirian yang klua kay.lagi satu pada yg tak reti membaca foto anwar tu bukan PATUNG!!!! tolong cerdik skit.

    ReplyDelete
  4. pendudukbatucaves:

    YB Amirudin itu sendiri sudah mengaku dia sumbangkan RM 100 untuk "poster" yang menyerupai patung itu.

    ReplyDelete
  5. To Anon 12.51 am,

    Saya bukan penyokong yang membabi-buta. Saya cuma menyokong sesiapa juga yang membuat kebaikan. Tak kiralah samada dia itu Anwar, Pak Lah, Najib, Nik Aziz, Guan Eng ke, UMNO, PAS, PKR, DAP atau Pak Guard, Makcik Cleaner, Nurse, Waiter, pemandu lori, wartawan, tauke korporat, bloggers, penulis.. hatta Anon sendiri... kalau buat baik, mesti saya sokong!

    Untuk pendudukbatucaves,

    Mungkin saya kena tulis begini :

    Perbuatan menyumbang atau membelanjakan wang untuk memasang gambar besar tokoh-tokoh pujaan Malaysia di tepi-tepi jalanraya di negara ini yang memakan belanja ribuan ringgit untuk dipasang selama sebulan adalah satu perbuatan yang sangat mulia dan wajar dicontohi serta dijadikan amalan oleh pemimpin dan juga rakyat di negara ini.

    Bagi yang punya banyak wang, anda dialu-alukan untuk memasang bunga api 'klcc' kerana itu adalah wang anda dan tiada siapa yang berhak untuk menegur perbuatan itu.

    Bagi yang miskin atau tidak ada wang, anda dijemput untuk melihat gambar-gambar besar di tepi jalanraya selain menonton bunga api klcc pada sebelah malam.

    Correct! Correct! Correct!

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Yang betul kita sokong, yang salah kita tegur..Barulah Harapan Malaysia!
    Tak begitu Aflah?

    ReplyDelete
  7. gua pun tak suka kerajaan sekarang ni tapi kalau pembangkang atau sesiapa nak buat poster ke patung dsai ke memang membazir le..elok buat kebajikan je..gua ingat dsai pun suka..

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Dalam PKR.... memang terdapat banyak gak pemimpin yang tangkap muat...... heheheh... cam yb perak yang kena tangkap rasuah.......

    Pemimpin atasan PKR okay.... cuma pemimpin tangkap muat ni dan penyokong yang tak ada kematangan fikiran ni...yang menyebabkan nama PKR busuk.....

    So.... apa nak buat ya..... Rasanyer pak anwar pun sedar akan hal ini ...... Dalam satu pakej itu sure ada yang tak sempurna..... cuma pak anwar kena gak usahakan untuk meminimakan ketidak sempurnaan ini sebab PKR akan jadi kerajaan....dan ketidaksempurnaan ini...bakal mengundang masalah kepada rakyat.

    ReplyDelete
  9. kalau gambar Dr.M atau Pak Lah atau Najib yang besar-besar di bill board ramai kata membazir. kalau Anuar semua kata tak membazir.

    Definasi membazir: kalau duit kerajaan membazir. kalau duit sendiri tak membazir, pasal duit sendiri melambangkan orang tu banyak duit. Ye ke?

    ReplyDelete
  10. KENA FIKIR JUGA.
    MCM ARTIS HOLLYWOOD.
    ADA GAMBAR.
    SINI SANA.
    KENA KUTIP DERMA PULA.
    LAINLAH KALAU DUIT SENDIRI.
    BUATLAH APA HENDAK BUAT.
    DI MALAYSIA INI SEMUA BOLEH.
    BUAT PATUNG HELANG SEBESAR-BESAR GERUDA,TIDAK MEMBAZIR.
    DUIT AKU.
    AKU PUNYA PASAL LAH.
    YANG KAU SIBUT TU BUAT APA.
    AYAH PIN DAH BUAT TEKOR BESAR.
    KENAPA ROBOH.
    HELANG BESAR KENAPA TIDAK ROBOH.
    AKAN DATANG BANYAK PATUNG-PATUNG AKAN MUNCUL.YANG BERUPA KUDA,AYAM KURA-KURA ,GAJAH(menganggu lalu lintas sebab tepi highway)...... AKHIR ZAMAN.Orang sudah sembah benda-benda itu semua termasuk atuk
    yang sering kita gunakan untuk membeli belah.Siang malam kita cari hingga lalai jadinya.

    fikir-fikir lah.

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Yang saya tidak faham ialah untuk apa mereka mengadakan gambar Anwar yang begitu besar. Adakah orang Malaysia yang masih belum kenal Anwar Ibrahim?

    ReplyDelete
  12. Dalam konteks komuniti masyarakat beragama Islam, pemimpin yand adil mesti juga menjadi pendidik yang baik. PKR kekurangan pemimpin berjiwa pendidik seperti ini berbanding PAS.

    ReplyDelete
  13. Gambar besar menyerupai patung salah disisi agama...?
    Membazir wang membinanya...?
    Gambar itu akan jadi berhala..?
    Akan ada orang datang menyembah gambari besar...?
    Siapa...Orang melayu, orang cina, orang india...?
    UMNO, MIC, MCA, PKR, PAS, DAP akan berkumpul dihadapan gambar itu..?
    Atau tiada isu politik untuk dibincangkan lagi....

    ReplyDelete
  14. Kerja bodoh ke bangang?

    Nur Aflah patut tujukan pada diri sendiri soalan diatas rasanya....

    Bodoh ke bangang kita nie untuk komen isu2 yang macam tu... Saya rasa buang masa je lar. Terang2 dalam berita tu cakap di taja oleh pihak persendirian, sapa lar kita nie nak suruh pihak tu pi taja tuisyen ka atau kerja2 kebajikan yang lain... Gambar sama ka dengan patung? Tolong Nur Aflah tanya kat alim ulama tgk... Risau gak saya, kat rumah saya banyak gak gambaq2 saya, isteri dan keluarga.. Mana nak tau kalau x boleh, terpaksa saya buang.. Tak mau saya jadi bodoh atau bangang macam Nur Aflah kata tu.. Tolong tanya tau..

    Anak Kedah.

    ReplyDelete
  15. sy terpanggil gak nak komen,amirudin komen 5000 rm tu pembaziran sebab buat poster anwar,tapi kalau sponsor poster muat gambar dia mungkin itu bukan pembaziran sebab dia umno,budaya umno guna duit rakyat berjuta juta rm tak pulak dia komen kata pembaziran,nak habaq kat hang rakyat la nie cerdik drpd hang tu kami gheti nilai!!jangan tunjuk kat oghang yg hang tu bodoh!kesian kat diri hg tu nak jd pemimpin konon ! otak tak cukup ada ati nak komen nak cr publisiti murah nak jadi terkenal komen benda remeh temeh
    nasihat kaum kerabat parti hangpa tu jangan bazir duit rakyat,tang poster anwar 2 biaq pi la duit depa hang dengki ka kah..kah..kah..mabuk punya yb

    ReplyDelete
  16. Isunya ialah gambar tersebut adalah gambar full body, dibuat daripada plywood, dan dipotong mengikut bentuk badan, dan dianggap tidak membazir.

    Saya tak akan pergi sembah gambar tersebut, anda juga tak mungkin pergi sembah, dan ratusan ribu orang lain. Tetapi mungkin ada 2, 3 orang yang pelik sikit cara berfikir mereka akan pergi.

    Isunya ialah kalau tak mahu perkara remeh2 macam ini jadi isu, ABAIKAN AJE PERKARA2 REMEH TUH! Yang pi sibuk buat billboard tuh buat ape. Cari masalah baru? Banyak lagi urusan yang belum selesai. Kalau nak marketing, marketing la cara bijak. RM5000 tuh kalau betul2 digunakan untuk marketing, saya rasa lebih besar pulangannya.

    Sekarang RM5,000, dah memerintah besok2, RM50,000, bila dah lupa daratan, RM500,000.

    Nak mencegah budaya macam ini kena lah mula dari sekarang.

    Saya nasihatkan penyokong mana2 lah, jgn jadi macam penyokong2 UMNO. Nganggukkkkkkk....

    P/S: Marah dengan pak-pak angguk. Baru masuk PKR dari UMNO gamaknya.

    ReplyDelete
  17. mungkin tindakan buat gambar besar itu tindakan kurang bijak.tetapi komen sebagai membazir oleh pemimpin2 tidak tepat.ini kerana wang ini dikutip dari penyokong anwar itu sendiri dan RM5000 sahaja.terdapat bukti kerajaan dan pemimpin sesuatu parti menghabiskan berjuta2 malah mungkin berbilion ke arah sesuatu yg tidak berfaedah yg tidak menguntungkan rakyat kita nak panggil apa pulak.jika wang kerajaan digunakan dengan betul kita tak akan jumpa golongan miskin tegar seperti rancangan bersamamu

    ReplyDelete
  18. bertambah lagi satu patung dewa kat batu caves....patung dewata Anwar....Astagfirullahalazim.....

    rizanskywalker@live.com

    ReplyDelete
  19. Baik sembah patung dari sembah sultan yang memang malaun. Atleast kalau patung tu banyak cakap kita bolih sepak dia, kalu sultan kita sepak, alamat masuk dalam le kita.

    So jum kita buat patung banyak2

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.