BONUS UNTUK KHIR TOYO LEBIH MULIA DARI KORBAN?


Tiada apa yang perlu dihairankan bila Dr Khir Toyo menyokong tindakan GERAK yang membuat aduan kepada SPRM untuk meminta badan itu menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah serta penyalahgunaan kuasa dalam urusan pembelian lembu korban kerajaan Selangor yang diterajui Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Memang menjadi tugas Khir Toyo sebagai ketua pembangkang di Selangor untuk menjadikan isu ini sebagai ‘modal’ bagi memperlekehkan kewibawaan kerajaan baru negeri Selangor yang sedang diterajui PKR.

Mungkin pada perkiraan Khir Toyo, dengan pendedahan ini, populariti kerajaan Pakatan di Selangor dan nama Tan Sri Khalid Ibrahim akan terjejas di mata rakyat Selangor. Malangnya Khir Toyo telah terlupa tentang perkara di bawah ini:

“Pada tahun 2007, Khir Toyo telah menerima RM 100 ribu daripada PKNS sebagai bayaran bonus kerana menjadi Pengerusi PKNS selain menerima elaun tahunan berjumlah RM 15 ribu.” [sumber asal di sini]

Yang perlu dihairankan adalah kenapa Khir Toyo mahu ‘mensensasikan’ kes ini kerana 46 ekor lembu korban yang bernilai RM 110 ribu itu jelas memberikan manfaat kepada beribu umat Islam di Bandar Tun Razak biarpun sumber pembayarannya datang dari anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

Jumlah wang yang diterima Khir Toyo seorang dengan jumlah wang yang digunakan untuk membeli daging korban itu lebih kurang sama. Nampaknya, Khir Toyo sendiri telah terkena getah jerat yang dipasangnya sendiri.

“Syarikat negeri beri duit pada kamu, kamu senyap. Bila syarikat negeri buat ibadah korban, kamu bising!” Bayangkan kalau ayat ini diungkapkan oleh Wak Jono di Sungai Besar, apakah nasib Khir Toyo pada PRU ke 13 nanti?

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai tindakan GERAK kerana mereka tentunya mempunyai ‘alasan’ tertentu untuk membawa kes ini ke SPRM. Jika Gerak merasakan niat baik Kerajaan Selangor mahu memberikan lembu korban itu tidak betul dari segi kaedah perlaksanaannya, itu hak mereka untuk membuat aduan.

Sememangnya dalam Islam, amalan yang diterima adalah amalan yang benar dari segi niat dan juga kaedah yang digunakan.

Misalnya, kalau seseorang itu memberi derma dengan menggunakan wangnya sendiri tetapi niatnya hanya untuk menunjuk-nunjuk, amalan itu tidak akan diterima oleh Allah. Begitu juga kalau seseorang itu berniat untuk menderma tapi menggunakan sumber yang haram juga tidak dikira sebagai amalan yang diterima oleh Allah.

Contoh lain yang paling mudah, bersukan adalah salah satu ibadah dalam Islam. Tetapi kalau orang yang bersukan itu tidak menjaga auratnya, perbuatan itu tidak dikira sebagai ibadah yang diterima oleh Islam.

Bagaimanapun, saya merasa sedikit terkilan dengan tindakan GERAK kerana pada saya, tiada salahnya jika Tan Sri Khalid mahu mengagihkan lembu itu di kawasan parlimennya sendiri kerana yang menerima daging korban itu adalah orang Islam. Lagipun, terdapat ramai penduduk Bandar Tun Razak yang bekerja di Selangor biarpun mereka tinggal dalam Kuala Lumpur. Malah mereka juga membayar zakat pendapatan di Selangor serta banyak membantu menggerakkan ekonomi Selangor.

Lalu, saya melihat tindakan yang GERAK lakukan ini lebih bermotifkan politik (Perkara ini telah diulas Pak Bakaq aka penarik beca) dan secara tidak langsung, tindakan ini boleh menjejaskan kredibiliti Islam di mata rakyat Malaysia.

Salah satu punca kelemahan Islam pada waktu ini adalah kerana umat Islam kini telah terpedaya dengan perancangan Zionis dan telah dipecah-pecahkan dalam wilayah masing-masing.

Sila lihat penjelasan Ustaz Zaharuddin dalam video di bawah ini:



TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Beginilah sikap penyokong pas totok. Cuba alihkan isu, nak bela khalid ibrahim kerana khalid ibrahim dalam pkr, kawan pas. Kalau siapa saja berkawan dengan pas, semua jadi baik. Dalam nak membela khalid, hentam org yang kritik khalid. itulah cara pas dari dulu. Agaknya kalau khalid ibrahim tu MB umno, dah tentu masak kena lanyak oleh penyokong pas totok. Habis tu, macam mana nak kata pas perjuangkan Islam? Adus ...

    ReplyDelete
  2. cacamerba, cuba andaikan yang khir atau khalid tidak tergolong dari mana-mana parti. Katakanlah kedua-dua mereka ini dalam satu kelompok yang sama, satu kelompok yang dikenali sebagai orang Islam. Kemudian baca balik artikel ini dengan jiwa yang merdeka, dan dengan pemikiran yang positif.

    ReplyDelete
  3. Sebagai orang Selangor, saya kenal siapa Khir Toyo dan tahu latarbelakang Khir Toyo.Apa yang dilakukan oleh beliau, bolehlah diumpamakan seperti "Mengapa dulang paku serpih, mengata orang?..." (Anda sambunglah sendiri).

    ReplyDelete
  4. Mengata orang, dia yang lebih. Bukan orang tak tau, malah semua orang dah tau siapa Khir Toyo.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.