OBAMA BUKAN PRESIDEN KITA
Dalam video di atas, Silvan Shalom yang merupakan bekas Menteri Luar Israel cuba memberitahu kita yang Barack Obama adalah penyokong kuat Israel sejak Presiden Amerika ke 44 itu bergelar senator lagi.
Dia juga memberitahu, krisis sebenar di Timur Tengah adalah disebabkan oleh pertelingkahan antara kumpulan Islam Moderate dengan kumpulan Islam Ekstremis. Dia melabelkan Iran, Syria, Hamas dan Al-Qaeda sebagai kumpulan ekstremis yang lebih dikenali dunia sebagai ‘pengganas’.
Jangan terpedaya dengan dakyah Israel!
Dalam Islam, tiada kumpulan moderate atau pengganas. Islam adalah agama yang berteraskan kepada Al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulamak. Islam mengajar umatnya supaya bersabar, besederhana dan ada ketikanya, umatnya perlu bertindak tegas.
Ertinya, Islam adalah agama yang fleksibel dan setiap tindakan yang perlu diambil oleh umatnya bergantung kepada tuntutan dan juga keadaan semasa tanpa membelakangkan hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Jika seseorang muslim itu melakukan sesuatu yang dicegah oleh Islam seperti memusnahkan tempat awam dan membunuh orang awam, itu adalah jenayah yang amat berat dan tidak boleh diterima sebagai suatu tindakan yang diajar oleh Islam.
Oleh itu, bila Israel memusnahkan tempat awam dan membunuh ramai orang awam Palestin, itu juga merupakan kesalahan jenayah yang amat berat. Warga dunia perlu mengutuk tindakan kejam Israel dan penduduk awam Palestin sewajarnya mendapat pembelaan dari warga dunia.
Kini, Israel sedang berusaha memecah-belahkan umat Islam dengan melabelkan negara tertentu sebagai moderate dan ekstremis. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menimbulkan syak-wasangka dan perasaan benci-membenci sesama muslim.
Israel tentunya gembira jika jarum halus mereka itu berjaya menghasut umat Islam supaya bersengketa sesama mereka. Sekarang ini pun, sudah ada umat Islam yang bersangka buruk pada Iran, Hamas, Arab Saudi, Mesir dan lain-lain lagi. Strategi mereka kali ini tidak ubah seperti yang pernah berlaku di Madinah dahulu. Kaum Aus dan Huzraj bersengketa kerana ‘permainan politik’ kaum Yahudi.
Dalam zaman moden ini pula, jarum halus Israel itu berjaya menghalalkan tindakan Amerika ke atas Iraq dan juga Afghanistan. Alasan mereka yang kononnya Iraq memiliki senjata kimia adalah satu pembohongan yang amat jelas dan nyata. Malah, kebanyakan hasil laporan serangan 11 September jelas menunjukkan penglibatan rejim Zionis dalam insiden itu.
Dan kini, mereka sedang giat melabelkan Hamas, Hizbullah, Syria dan Iran sebagai pengganas yang perlu dibenteras. Pelobi mereka di Amerika sedang berusaha keras untuk mendapatkan sokongan daripada Presiden baru Amerika, Barack Hussein Obama untuk menganyang habis-habisan kumpulan yang Israel anggap sebagai pengganas itu.
Obama yang sedang dibebani tugas untuk memulihkan kembali ekonomi negaranya tentunya akan menghalalkan saja tindakan Israel jika Israel dapat membantunya memulihkan kembali ekonomi Amerika.
Kepada semua umat Islam di negara ini, berhati-hatilah dengan dakyah Israel dan ingatlah, Obama adalah Presiden Amerika dan bukannya Presiden Islam.
Presiden umat Islam adalah Nabi Muhammad SAW dan Presiden sekalian alam ini adalah Allah SWT. Kembalilah kepada Islam dengan sepenuh hati dan amalan.
Mamang pun...cuma mungkin dia lebih 'berlembut' dgn orang Islam. Tentunya dia tidak jauh berbeza dengan presiden amerika yang lain (sebelumnya). Sebab dasar2 negara amerika telah tetap, dia penerus dan penggerak dasar2 tersebut.
ReplyDelete