PATUTKAH BOTA BUAT BEGITU?


Berita Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim meninggalkan UMNO dan menyertai PKR tentunya disambut gembira oleh penyokong Pakatan Rakyat. Ketika mendengar berita itu di Buletin Utama TV3 malam tadi, saya berkata dalam hati, “pandai juga bekas Adun UMNO tu pilih hari yang sesuai untuk mengumumkan keputusan itu.”

Apa tidaknya. Pengumuman itu dibuat ketika rakyat Malaysia sedang berada dalam situasi ‘mood’ raya. Kebanyakan rakyat Malaysia sedang bercuti bersama keluarga mereka. Secara tidak langsung, penghijrahan Adun UMNO ke PKR akan menjadi topik hangat di sepanjang tempoh percutian ini.

Bagi penyokong Pakatan Rakyat, tentunya mereka akan menjadikan isu ini untuk meyakinkan ahli keluarga mereka yang masih menyokong Barisan Nasional agar yakin dengan masa depan Pakatan Rakyat. Lebih-lebih lagi, Pakatan Rakyat baru sahaja menang di Kuala Terengganu.

Seperti dijangka, berita penghijrahan itu ternyata mendorong topik perbualan keluarga kami ke arah politik. Pakcik saya yang pulang beraya dari Ipoh menjadi rujukan kami untuk mengetahui senario politik di negeri yang terkenal dengan bijih timahnya suatu ketika dahulu.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini, sudah ada ‘cakap-cakap’ yang menyatakan, ada beberapa orang Adun UMNO akan melompat ke Pakatan Rakyat. Nampaknya cakap-cakap itu sudah terbukti benar. Katanya lagi, jangan terperanjat kalau ada lagi Adun UMNO yang akan berhijrah ke Pakatan Rakyat selepas ini.

Ada beberapa perkara lagi yang turut diperkatakannya. Namun, saya tak mahu mengulasnya di sini kerana saya kurang berminat untuk mengulas sesuatu yang bersifat ‘spekulasi’.

Saya lebih berminat untuk mengulas tindakan yang dibuat oleh Adun Bota itu. Sejujurnya, saya tidak berkenan dengan amalan melompat parti khususnya bagi mereka yang telah dipilih oleh pengundi. Saya tidak kisah kalau seseorang itu mahu melompat parti, tetapi ianya hendaklah dilakukan ketika bukan bergelar Adun atau Ahli Parlimen.

Atas apa alasan sekalipun, saya anggap tindakan melompat ini seperti mengkhianati pilihan pengundi di kawasan itu. Umum telah mengetahui, Datuk Nasarudin Hashim menang atas tiket BN dan berjaya mengalahkan calon PKR dengan majoriti 2,068 undi. Dalam kes ini, tidak dapat dipastikan samada Datuk Nasarudin menang kerana pengundi memilih beliau ataupun kerana pengundi memilih parti yang diwakili beliau.

Kes Datuk Nasarudin berbeza dengan kes Adun Bebas Sarawak, Ngemah Gabriel Adit yang menyertai PKR pada November tahun lalu. Sebagai calon Bebas, kemenangan Ngemah lebih bersandarkan kepada faktor individu.

Saya juga tidak fikir amalan melompat parti ini akan dipersetujui oleh semua ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional. Amalan sebegini boleh mendatangkan masalah di kemudian hari kepada sistem demokrasi di negara ini. Seingat saya, Tuan Guru Nik Aziz, Mat Sabu dan Karpal Singh pernah menyuarakan pendapat yang sama.

Untuk itu, sewajarnya Datuk Nasarudin mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan dirinya bersedia untuk melepaskan jawatan Adun Bota pada bila-bila masa serta sanggup bertanding di masa hadapan dengan menggunakan tiket PKR jika terdapat mana-mana pihak yang mahu bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bota.

Dalam senario politik masa kini, saya tidak fikir UMNO bernafsu untuk bertanding dalam pilihanraya kecil sekali lagi. Jika UMNO mengalami kekalahan sekali lagi, ianya boleh mengundang lebih banyak acara lompat parti dan sekaligus, bakal menyukarkan lagi usaha UMNO untuk mendapatkan semula sokongan rakyat.

Bagaimanapun, jika UMNO benar-benar yakin masih mempunyai penyokong kuat di kawasan itu serta mampu memenangi pilihanraya kecil di situ, inilah peluang terbaik bagi UMNO untuk memulihkan semangat penyokongnya serta bangkit dari kekalahan lalu.

Apapun, keputusan muktamad terletak pada pengundi di kawasan DUN Bota samada mahu merestui tindakan Datuk Nasarudin ataupun mahu pilihanraya kecil diadakan di kawasan itu.

Tentunya persoalan yang menarik selepas ini, adakah UMNO berani bertarung dalam satu lagi pilihanraya kecil jika Datuk Nasarudin bersedia melepaskan jawatan yang sedang disandangnya sekarang?

Secara peribadi, saya fikir UMNO hanya akan mengutuk tindakan Datuk Nasarudin dan tidak berani mengambil risiko kalah sekali lagi.

Anda pula bagaimana?

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

13 comments:

  1. Ikut peraturan SPR, ADUN yang letak jawatan, tak boleh bertanding 5 tahun, so tak patutlah Nasarudin letak jawatan.

    Sebelum ini, ada banyak kes, BN 'membeli' Adun pembangkang. Maka kes ini bagi BN semacam "giliran aku pula yang kena".

    Orang politik samada BN atau PR sentiasa alu-alukan mana-mana ADUN/MP masuk parti depa dan mengutuk siapa yang masuk parti lawan. Ha ha.

    Tak sama idealism dengan kenyataan.

    ReplyDelete
  2. Tuan,

    Sepertimana kata orang putih "Two wrongs do not make a right". Kita meluat bila BN membeli, dan kita sepatutnya meluat juga kalau orang BN melompat.
    Banyak yang diperkatakan tentang "perubahan" yang melanda suasana politik di negara ini tapi nampaknya yang masih tak berubah di kalangan ahli politik kita ialah apabila kehilangan kepentingan dan "rezeki" di satu tempat, maka lompat ke tempat lain (ingat Kapt. Azhar?). Sebenarnya, perjuangan politik masakini dan kebelakangan ini adalah semata mata perjuangan perut saja.
    Tak payah lah cakap berjuang untuk rakyat kerana semua sudah tahu itu sebenarnya berjuang untuk kepentingan diri. Semoga yang berlompat kali ini akan mencapai segala yang diidamkannya melalui janji manis saudara Anwar bin Ibrahim, satu satunya politikus yang merupakan lambang raksaksa politik kepentingan diri.

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan pandangan sdr, ada kebenarannya.

    ReplyDelete
  4. Siapa Dato' Nasa? Maaf. Saya tak kenal dan itu sudah cukup menggambarkan dia adalah politikus biasa-biasa sahaja.

    Apapun, tahniah buat PKR yang semakin kuat dan padat. Sama kuat dan hebat dengan parti Tua seperti PAS, UMNO dan DAP.

    Dan, salam mesra buat penulis blog ini yang cun (usha sikit...hehehe)

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Saya kira apa yang dilakukan oleh Datuk Nasarudin adalah perkara biasa saja.Walaupun tindakan beliau boleh dibahaskan dari segi moral, tapi dalam politik biasanya "kepentingan" dan"pragmatisme" jugalah yang menjadi penentu.

    Perkembangan politik mutakhir menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat bukanlah tidak ada masa depan. Sebaliknya, BN sudah semakin senget dan ada tanda-tanda mungkin akan tenggelam. Oleh itu, beliau mungkin tidak perlu disalahkan, sekiranya beliau melompat ke kapal lain, kerana tidak mahu hanyut dan tenggelam bersama BN.

    ReplyDelete
  6. syabas untuk DSAI kerana strategi politik PR adalah yang terbaik masa kini di malaysia...

    BN dibawah DSAAB ...cool and stady..

    ..biarkan siluncai terjun dengan labu labunya,... biarkan ... biarkannn...

    ReplyDelete
  7. Lompat sikatak lompat,
    lompat tinggi-tinggi
    lompat YB UMNO lompat
    apa nak tunggu lagi

    ReplyDelete
  8. Saya rasa patut..manusia ni kalau dah tak suka tak leh paksa.. so biarlah kan... , yang penting yang masih berjuang.. ni teruskan... :)

    ReplyDelete
  9. Lupa lak.. kenapa ADUN Bota... pilih PKR??? kenapa tak pilih PAS????

    ReplyDelete
  10. Salam!

    macam ni la, kalau seorang wakil rakyat tu belot kepada BN maka ayatnya begini " seorang wakil rakyat dari pembangkang telah MENYERTAI UMNO" tetapi bila berlaku sebaliknya ayatnya pulak begini " seorang wakil rakyat telah melompat parti dan berpaling tadah"

    Kita yang bercakap dari luar susah juga kalau pentafsiran yang kita buat berdasarkan apa yang kita faham tetapi sekiranya kita tahu apa yang mungkin sebenarnya berlaku mungkin pendapat kita berubah...jadi kita sepatutnya terima keputusannya kerana beliau sudah fikir habis untuk buat keputusan tesebut..

    Satu yang saya yakin, dia tidak dibeli oleh PKR...sebab PKR mana ada duit...lainlah BN, duit memang banyak, bagi projek kepada kroni ketika kempen PRK KT berapa punya banyak...

    lagi satu Dato' Nasa ni kalau ye pun dia kecewa kerana tidak dilantik semula sebagai Pengerusi FELCRA mungkin ada baiknya dia tinggalkan BN kerana janji pemimpin atasan kepada seorang YB pun tak boleh dilaksana apatah lagi nak tunaikan janji kepada rakyat yang ramai????Kecewanya bertambah lagi dengan kekalahan dalam pemilihan atas sebab politik korup yang keterlaluan dalam UMNO, ini mungkin jadi faktor yang berkenaan....

    fikirkan...

    thx!

    ReplyDelete
  11. APE TG KITA NK HERAN SANGAT SAL DATUK NASA? TEMAN SEKAMPUNG DGN DATUK NASA? DIE N ISTERINYE MEMANG KAYE!!! TEMAN N ORG BOTA KIRI MENYOKONG DATUK NASA.

    ReplyDelete
  12. salam semua,

    yeke teman dengo dato' nasa dapat offer jadi exco kalu dedua ADUN PKR tu lekat kes rasuah itu ari (kompem la sbb dah kata "rezki") dan dapat projek kerajaan negeri? tolong komen sket sesape yang tau. deme ni bukan leh harap sangat, org plotik ni kuat menipu, tapi deme tak kate gitu, deme kate deceiving.tengok le ghumah pemimpin-pemimpin beso setiap parti politik malaysia.beso-beso semue.ate ghumah dato' wan mutalib terengganu tu beso tade sape kate pape pun.ghumah khalid ibrahim, kroni anwar yang jadi kaye raye sbb kawan anwar, tade sape kate pape pun?kite yang beriye komen sana sini, tulih blog macam profesen kite ni, rumah entah sendiri ke sewa, entah flat ke teres.jadi teman nak nasihatkan sedare-sedare semua, jgn lupe al-quran dan sunnah. mane yang betui ikut, yang salah buang. ini idok, penyokong umno, selain umno dia buang (tu pun dia buang calon die sendiri juge), penyokong pas kalu buboh selipa cap bulan pun dia pangkah, same la dengan dap dan pkr.mangkor!kalau tidak cemana la orang buleh menangkan calon pkr d bukit gantang aritu.ntah sesape calon tu.pangkah juge orang umno dek marahkan taol rosli.yang pas ni konon calon deme ni terbaik.iye ke?cek sket tengok.

    wallahu alam

    ReplyDelete
  13. jom pakat jengok....
    www.harapankubangpasu.blogspot.com

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.