ADUN WAKAF MEMPELAM JADI CALON PAS


Dilihat sebagai pengumuman mengejutkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Wakaf Mempelam lima penggal, Mohd. Abdul Wahid Endot akan mewakili Pakatan Rakyat bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu bulan ini.

Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu dan juga Bendahari PAS Terengganu.

Pemilihan calon PAS itu, yang dilihat sebagai keputusan mengejut oleh banyak pihak, diumumkan di Kuala Terengganu pada pukul 10.55 malam tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi yang membuat pengumuman itu di Stadium Negeri di Batu Burok berkata, memilih calon PAS memang sukar tetapi "satu-satunya yang berada dalam fikiran kami merupakan calon yang berkebolehan."

Abdul Hadi berkata, beliau sendiri yang memilih Mohd. Wahid yang menjadi ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990, dan ia mendapat restu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Menurutnya dalam pemilihan calon itu, beliau mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk mengadakan isytisyarah (pandangan daripada orang ramai) dan istiqarah (sembahyang dan minta petunjuk).

"Sangat susah pilih calon Pas kerana caloncalon yang diketengahkan semuanya baikbaik... tiada rasuah, tiada politk wang dan tiada penyelewengan politik," katanya.

Antara nama yang disebut mempunyai peluang cerah unutk menjadi calon PAS sebelum ini ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan ADUN Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan bekas graduan jurusan sains perikanan dan marin dari Universiti Putra Malaysia.

Dengan itu, Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu itu dijangka menghadapi saingan calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

BN mengumumkan calonnya dua minggu lalu dan persaingan kali ini dijangka empat penjuru termasuk dua calon Bebas.

Wakaf Mempelam merupakan salah satu bahagian DUN dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Tiga DUN yang lain ialah Bandar, Ladang dan Batu Burok.

Hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu adalah pada 6 Januari ini dengan 11 hari berkempen.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Razali Ismail, Aahli Parlimen bahagian itu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands pada 28 November lalu.

Jumlah keseluruhan pemilih berdaftar sehingga 4 Disember lalu dan layak mengundi ialah seramai 80,229 termasuk 1,035 pengundi pos.

Sebanyak 36 pusat mengundi disediakan di Parlimen Kuala Terengganu.

Sumber: MSTAR



Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.