KERAJAAN PERAK CABAR PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN?

Tindakan kerajaan negeri Perak memberikan tanah hak milik kekal kepada penduduk kampung baru dua hari lepas, jelas telah mencabar Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Tanah Negara, kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ramly Zahari.

Beliau berkata tindakan itu bercanggah dengan ketetapan dalam Klausa 76 (aa) Kanun Tanah Negara yang menetapkan hak milik tanah kekal hanya diberikan bagi maksud tujuan penggunaan Kerajaan Persekutuan untuk tujuan awam dan tujuan tertentu yang terhad.

"Jadi saya harap Jabatan Peguam Negara meletakkan status tidak sah sekiranya ia (hak milik kekal) itu telah dikeluarkan ataupun (letak status) tiada hak milik," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan negeri Perak yang mula mengurniakan tanah hak milik kekal kepada penduduk kampung baru dua hari lepas walaupun telah diarah menangguhkannya sehingga Majlis Tanah Negara (MTN) membuat keputusan berhubung perkara itu.

Ramly berkata klausa berkenaan dimasukkan dengan semangat untuk pembangunan penduduk di negara ini dalam jangka waktu yang lama apabila menyedari bahawa keluasan tanah tidak bertambah tetapi jumlah penduduk bertambah dari tahun ke tahun.

Katanya memasukkan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) dalam senarai pemberian tanah hak milik kekal, kerajaan negeri Perak yang diterajui DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah terdesak untuk menjadi 'popular' dan akibatnya pendirian yang dibuat mula menunjukkan ia tidak betul dan mewujudkan percanggahan yang lebih besar.

Anggota Dewan Undangan Negeri Pangkor Datuk Zambry Abdul Kadir pula mempersoalkan kenyataan kerajaan negeri bahawa pemberian hak milik kekal boleh memberi pulangan ekonomi dan pendapatan kepada negeri serta memberi nilai ekonomi kepada tanah berkenaan.

"Kalau hanya untuk pulangan ekonomi kepada negeri kenapa hanya Kampung Baru sahaja yang diberikan (hak milik kekal) sedangkan terdapat banyak Rancangan Perumahan Tersusun dan kampung tradisional yang tidak berstatus kekal.

"Menyedari kesilapan dan tembelang mereka, lalu cepat-cepat mereka masukkan RPT," katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri memberi diskaun 80 peratus terhadap harga premium tanah berkenaan.

"Bila saya tanya baru-baru ini dalam (perasidangan) Dewan Undangan Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham (Exco kanan kerajaan negeri) dengan selamba menjawab bahawa agenda ini bukan agenda DAP tetapi agenda rakan parti yang diketuai Menteri Besar".

Di seluruh negeri Perak, terdapat 60,000 penduduk di kampung baru dengan kira-kira 80 peratus keturunan Cina.

Sementara RKT terdiri daripada 73,703 penduduk dengan pecahan 44.02 peratus Melayu, Cina (37.93 peratus) dan India (18.05 peratus).

Pada minggu lepas, MTN membuat keputusan akan mengadakan mesyuarat khas tidak lama lagi bagi membincangkan kertas kerta cadangan kerajaan negeri Perak kerana Dasar Tanah Negara telah menetapkan ia hanya diberikan bagi maksud tujuan penggunaan Kerajaan Persekutuan, tujuan awam dan tujuan tertentu yang terhad.

SUMBER: BERNAMA

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!



Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.