MASJID PUN DIBEDIL ISRAEL

Masjid dan kawasan ibadat umat Islam tidak terkecuali daripada menjadi sasaran serangan tentera Israel di Genting Gaza yang memasuki hari keenam semalam.

Tindakan menyerang masjid dan tempat ibadat umat Islam itu dibuat selepas Israel mendakwa terdapat pejuang Palestin yang menyalahgunakan kawasan berkenaan sebagai pusat pemerintahan tentera dan stor simpanan senjata.

Ketua Khidmat Keselamatan Shin Bet, Yuval Diskin memberitahu Kabinet Israel semalam bahawa pemimpin Hamas bersembunyi di masjid dengan anggapan tentera Zionis tidak akan menyerang mereka di kawasan suci tersebut.

Keadaan itu menyebabkan tentera Yahudi turut menjadikan masjid-masjid sebagai sasaran serangan.

Setakat ini serangan itu memusnahkan lima buah masjid dan dua dewan ibadat.

Israel sebelum ini sering menjadikan tempat suci umat Islam ini sebagai sasaran walaupun tindakan itu berpotensi untuk menyemarakkan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia.

Terbaru semalam, serangan oleh pesawat perang Israel telah memusnahkan Masjid Tel Al-Hawa.

Penduduk Palestin dan jemaah masjid berkenaan membantah keras tindakan tersebut dan menafikan ia digunakan sebagai markas tentera.

“Tindakan itu merupakan satu penghinaan terhadap seluruh umat Islam,’’ kata seorang penduduk, Iyad Akram.

Sementara itu, Perdana Menteri, Ismail Haniyeh berkata, Israel perlu menghentikan serangan ke atas Gaza sebelum sebarang cadangan melaksanakan perjanjian damai dapat dipertimbangkan oleh Palestin.

Katanya, serangan ganas tentera Zionis ke atas wilayah Palestin perlu ditamatkan tanpa sebarang syarat dan selepas itu barulah rundingan damai dilakukan.

“Kedua, kepungan perlu dihentikan dan semua pintu sempadan perlu dibuka semula kerana kepungan itu merupakan ibu kepada semua masalah di Gaza,” tegas Ismail.

Ismail dalam nada tegas turut menyatakan, pejuang Islam yang mengawal Genting Gaza akan menang dalam peperangan menentang Israel.

“Kami ingin memberitahu penduduk Palestin di Gaza dan di mana jua bahawa kita akan menang dalam peperangan ini.

“Kemenangan semakin hampir dan insya-Allah ia lebih cepat daripada yang anda semua fikirkan,” tegas beliau.

Perdana Menteri itu menyatakan perang ini bukan serangan biasa tetapi merupakan peperangan sebenar di luar batasan moral, prinsip dan juga undang-undang.

“Perang ini merupakan satu peperangan menghapuskan penduduk Palestin di Genting Gaza,” katanya.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. "...Israel sebelum ini sering menjadikan tempat suci umat Islam ini sebagai sasaran walaupun tindakan itu berpotensi untuk menyemarakkan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia...."

    If i knew they are using the masjid as the rocket launching place, then seriously this shows how much disrespect they have for their holy place. And if they show such disrespect to their holy place, what about outsiders? What does Israel gain by enraging the muslims? Would Israel be that stupid? Think about it.

    "..Penduduk Palestin dan jemaah masjid berkenaan membantah keras tindakan tersebut dan menafikan ia digunakan sebagai markas tentera...."

    It's not the first time that Muslims make use of the mosque to fulfill what they considered God's purpose. If they can kill the innocents and themselves in the name of Allah, what makes you think they won't hide inside the mosque?

    "....Sementara itu, Perdana Menteri, Ismail Haniyeh berkata, Israel perlu menghentikan serangan ke atas Gaza sebelum sebarang cadangan melaksanakan perjanjian damai dapat dipertimbangkan oleh Palestin..."

    Awal awal Israel mintak Hamas menghentikan serangan rocket. Apasal tak ikut? Awal awal Israel mintak Hamas sign peace treaty, apasal tak nak sign? Sekarang pulak nak mintak syarat? Yang degil to siapa?

    "...Ismail dalam nada tegas turut menyatakan, pejuang Islam yang mengawal Genting Gaza akan menang dalam peperangan menentang Israel...."

    aduhai...dah kasi hentam teruk teruk pun masih tak nak mengaku...

    "...“Kemenangan semakin hampir dan insya-Allah ia lebih cepat daripada yang anda semua fikirkan,” tegas beliau..."

    Yang menang dapat apa? Yang kalah rugi apa? Pikir-pikir lar....pemimpin yang buta...


    “Perang ini merupakan satu peperangan menghapuskan penduduk Palestin di Genting Gaza,” katanya.

    But all these are well within expectation when Hamas begin to get aggressive with Israel... You don't mess with a country stronger than you and expect symphathy...

    It's pretty obvious that the Hamas leader only priority is the war and aggression against Israel. The palestinians interest and well being is far far below the list. And I think you would agree with me on this...

    Perhaps you could try to read this -
    http://scottthong.wordpress.com/2008/12/29/there-is-no-humanitarian-crisis-in-gaza-palestine-3000-rockets-prove-it/


    KaKiaYam

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.