Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua…
Tahun 1429 Hijrah dan 2008 Masihi sudah pun melaburkan tirainya. Ianya sudah menjadi lipatan sejarah dan kenangan buat kita semua. Alhamdulillah, kita semua masih lagi diberikan kesempatan dan waktu oleh Allah SWT untuk bertemu dengan tahun 1430 Hijrah dan 2009 Masihi.
Ada di antara kita yang tidak diberikan kesempatan itu dan sewajarnya kita semua bersyukur.
Kedatangan tahun baru ini menyaksikan dunia sedang bergolak dengan pelbagai isu, masalah dan bencana yang kesemuanya disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri. Lebih dari itu, segala permasalahan itu diizinkan oleh Allah SWT untuk berlaku agar setiap lapisan manusia dapat mempelajari dan memperbaiki sesuatu. Di negara ini, berita penahanan penyampai berita TV swasta menjadi topik hangat awal tahun.
Tirai politik 2009 dibuka dengan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Malam ini, PAS dijangka akan mengumumkan calonnya [siaran langsung di sini]. Kelewatan PAS mengumumkan calonnya telah memberi ruang kepada BN untuk menggambarkan seolah-olah PAS Terengganu sedang menghadapi masalah dalaman. Pada saya, itu bukan masalah sebenar PAS Terengganu. Masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka ialah untuk memilih calon yang terbaik daripada ramai calon yang baik dan layak mewakili kawasan itu.
Realitinya kini, PAS bukan lagi sebuah parti yang hanya mempunyai ulamak dalam bidang agama. Ianya sudah menjadi parti yang hampir memiliki ‘kesempurnaan’ untuk menjadi pemerintah. Pemimpin dan ahlinya kini terdiri daripada ulamak yang pakar dalam pelbagai bidang. Sebut sahaja apa bidangnya. Doktor, jurutera, arkitek, peguam, pensyarah, akauntan dan pakar IT sekalipun sudah dimiliki oleh PAS.
Ternyata dasar pemerintahan Islam yang berteraskan kepada Al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulamak yang diperjuangkan oleh PAS selama ini telah berjaya menarik minat dan perhatian pelbagai golongan rakyat untuk turut sama menyertai perjuangannya. Perkembangan ini sekaligus memberikan tamparan hebat kepada UMNO yang selama ini begitu selesa mengekalkan dasar sekular yang diperkenalkan oleh penjajah. Mahu atau tidak mahu, UMNO terpaksa bersaing dengan PAS untuk memenangi hati dan kepercayaan pengundi Melayu dan Islam. Namun begitu, kita berharap UMNO dan PAS akan saling bersaing dalam suasana yang sihat serta tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Pendekatan Islam Hadhari yang cuba diperkenalkan oleh UMNO ternyata tidak berjaya menarik hati pengundi Islam. Sebaliknya, pendekatan itu terus dikecam dan natijahnya, UMNO terus dilabel sebagai parti yang ‘mempergunakan’ Islam untuk survival politiknya. Komitmen UMNO untuk terus menolak hudud hanya menguntungkan parti itu dari segi mendapatkan sokongan pengundi bukan Islam. Sebaliknya, pengundi Islam akan menjauhi UMNO dan terus mempertahankan tindakan dan dasar PAS.
Jika UMNO mengubah prinsipnya tentang perlaksanaan hudud, berkemungkinan besar PAS akan hilang banyak sokongan terutamanya daripada pengundi ‘atas pagar’. Bagaimanapun, banyak lagi dasar dan pendekatan lain yang perlu diubah oleh UMNO untuk menarik sokongan pengundi PAS. Dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu ini misalnya, UMNO dilihat gagal menampilkan calon yang benar-benar ‘berkarisma’ untuk menyaingi calon yang bakal dipilih oleh PAS. Di mata pengundi kawasan lain, calon UMNO sudah ditolak mentah-mentah hanya kerana sekeping gambarnya yang sedang berkaraoke.
Biarpun Nobisha menyatakan Wan Farid sudah mula menjadi midfielder, namun seorang midfielder yang baik belum tentu akan membawa kemenangan kepada pasukannya. Lihat sahaja bagaimana England, German, Portugal dan Belanda gagal dalam saingan Piala Dunia biarpun mereka memiliki pemain midfielder yang terbaik. Kekuatan sesebuah pasukan terletak pada keseluruhan pasukan itu dan bukannya bersandarkan kepada populariti atau kebolehan beberapa orang pemain sahaja. Dalam PRK Kuala Terengganu, pasukan PAS dilihat lebih berkemampuan daripada pasukan UMNO. Jentera UMNO tentunya tidak dapat mengelak daripada menggunakan kesempatan ini untuk berkempen dalam pemilihan UMNO pada Mac nanti.
Kehadiran pasukan ‘belasahan’ seperti AKIM dan BEBAS dalam pertandingan kali ini memang memeriahkan lagi suasana di Kuala Terengganu. Bagaimanapun, kehadiran mereka dilihat mampu menggugat keputusan perlawanan. Lihat sahaja bagaimana pasukan pilihan seperti Thailand dan Singapura boleh tewas di tangan Vietnam dalam pertandingan Piala AFF. Biarpun permainan bolasepak tidak sama dengan pilihanraya kecil, namun ramai penganalisis politik dan pemerhati dari dekat yang menjangkakan kehadiran AKIM dan BEBAS boleh mempengaruhi majoriti yang bakal diperolehi oleh PAS atau UMNO. Berkemungkinan besar kemenangan PAS atau UMNO nanti kerana bilangan majoriti yang dicuri oleh AKIM + BEBAS + Undi Rosak.
Apapun, keputusan PRK Kuala Terengganu memang amat dinantikan oleh rakyat di negara ini kerana keputusan itu bakal memperlihatkan sejauhmana kemampuan UMNO mengembalikan kepercayaan rakyat kepada mereka dan sejauhmana kemampuan PAS melebarkan pengaruh mereka dalam arena politik tanahair.
Buat semua, cukuplah dulu mukaddimah ini dan selamat menyambut tahun baru.
Semoga kehidupan kita semua pada tahun ini akan lebih berjaya daripada tahun-tahun yang sebelumnya selain mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT.
Amin…
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
3 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
alah sape menang pun sama jer....
ReplyDeletetempat aku....ahli parlimen dan adun pakatan .... urgh haram nampak muka.... masa nak pilihan raya jer war war sama dengan adun bn dulu. kong kali kong. suasana lepas pilihanraya pun asyik kata mengater jer....aku tuntut hak aku di akhirat nanti...akan aku dakwa mereka di hadapan ALLAH TAALA nanti...
nak jadi khalifah parlimen dan adun
tapi muka tak nampak. jumpa orang petani jual keropok lagi senang..."abe nak kepok..muroh jo. " lagi senang bertembong budak budak jual buku d restoran...
patutnya buat lah kaedah management by walking.
ini tak...nak jumpa pergi pejabat apasalahnya bukak pejabat bergerak hujung minggu pergi ke tempat orang ramai..ke tesco ke balai raya ke ke dewan ke ke masjid ke. ada 365 hari buat lah seminggu sekali. nak turun minyak ajak demo tau lah ...tapi bn jugak yang turun minyak... asyik nak demo jer dari aku darjah 6 tahun 74 aku tengok demo sampai ke tua asyik demo demo... nabi dulu ada demo ker. aku pun dah tak heran lepas nih aku pun dah takda...generasi muda 30 tahun ke bawah korang nak warisi politik berdemo lantak korang. aku tengok orang melayu mcm tu jugak. cina yang hebat...ekonomi dia orang maju, sekarang politik lagi depa maju.
tahniah orang cina. saya kagum semangat juang anda semua.
Salam,
ReplyDeleteSatu ulasan yang saya kira menarik. Saya suka ulasan begini, bukan kerana propakatan tetapi ada hujah dan kewarasan. Ulasan yang "lembut" dan bersahaja.
Sama-samalah kita lihat nanti rakyat atau pengundi KT memilih mana yang mereka berkenan. PRU12 menunjukkan orang Terengganu mengekalkan status quo!
Kita berharap pengundi KT, yang saya kira pengundi kelas menengah akan mentukan pilihan berdasarkan merit dan kewarasan. Ini akan menjadi indikator terhadap hala tuju politik Terengganu pada PRU13.
Wassalam.
Isu hudud menaikan populariti Pas.
ReplyDeleteTidak memberi kesan kepada pengundi bukan Islam.
no worry.