BERSEDIAKAH MELAYU JIKA DEB DIHAPUSKAN?

Bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau bersedia menamatkan layanan istimewa terhadap kaum majoriti orang Melayu - ikrar yang digunakan oleh pihak pembangkang, yang mengakibatkan parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Bagaimanapun, program itu yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang diperkenalkan pada 1971, mesti ditamatkan 'secara beransur-ansur', kata Najib dalam wawancara dengan Televisyen Bloomberg yang disiarkan hari ini. Jika kita tidak berubah, rakyat akan mengubah kita," kata Najib, 55, di pejabatnya di Putrajaya.

"Dalam tempoh masa tidak lama lagi, kita akan menyaksikan semua elemen Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan diganti," kata Najib tetapi beliau tidak menyatakan bila ianya akan dilakukan.

DEB digubal oleh bapa Najib, yang juga perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein - melalui peruntukan pekerjaan, rumah murah serta faedah yang lain. Kira-kira 65 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia adalah orang Melayu.

Menurut Bloomberg, dengan menawar untuk memansuhkan DEB, dalam tempoh masa yang tidak ditetapkan, dan menggantikannya dengan sistem berasaskan keperluan, Najib dilihat mengambil pendekatan hampir sama dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga menyokong satu sistem yang berasaskan keperluan.

Sumber : Malaysiakini






Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. Salam,

    Setahu saya, DEB sudah dihapuskan pada tahun 1990 -- diganti dengan Dasar Ekonomi Nasional(?). Akan tetapi, oleh kerana matlamat DEB masih belum tercapai, maka digembar-gemburkanlah bahawa "semangat" DEB masih tetap diteruskan dan DEB seolah-olah masih wujud sehingga kini.

    Tapi apakah program yang konkrit -- untuk menghapuskan kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat, yang menjadi matlmat DEB -- rasanya tidak begitu jelas, kecuali agaknya mengagih-agihkan tender dan projek kepada kaum keluarga dan orang-orang UMNO yang menjadi kroni tokoh-tokoh politik yang berkuasa.

    Jadi sama ada DEB dihapuskan atau tidak, bagi orang Melayu yang merupakan rakyat biasa, kesannya mungkin sama sahaja.

    ReplyDelete
  2. Salam
    Mengagihkan kekayaan ekonomi kepada melayu untuk mencapai hanya 30 % kepada kaum bumiputera tidak berjaya sampai sekarang.
    Macam mana hendak capai wawasan 2020.?
    Saya juga kena fikir masalah rakyat sampai tengah malam hingga pagi.Tidak boleh tidur rasanya.Saya ini jenis orang yang suka berfikir.
    minum kopi lak.....................
    hari -hari saya dengar lagu wawasan.
    macam burung nuri yang pandai berkata-kata menyampah aku dengar tapi dekat kantor saya banyak burung gagak dan merpati.
    bila dengar lagu wawasan dia sama nyanyi bunyinya wek-wek san.
    dia juga pandai perli
    katanya was-was-was-was two-two-two-two-cong-cong agaknya bunyi macam keletong.
    Dasar Ekonomi Nasional(?)Apa pula ceritanya.
    Tinggal dasar sahaja.Siapa yang jalankan.
    Saya rasa dah pindah kepada Alibaba.
    siapa yang pindah
    kan .Siapa lagi kalau tidak tauke tauke UMNO pindah kan saham-saham 5 bil. kepada GLC.KHAzanah warisan UMNO.
    Datuk Seri Anwar Ibrahim. sistem yang berasaskan keperluan. Siapakah yang perlu,jangan ada lagi kroni tertentu.Kayu pengukur(Bloomberg) berpatah balik.
    ke 50 tahun lepas.Nampaknya kebelakang kita, tidak akan berjaya melepasi NEGARA MAJU 2020.
    Kecewa saya,kecewa.Sebenarnya wawasan 2020 tidak ada maktlamat yang jelas.
    Kapsul 2020 sudah berubah......
    kita akan menjadi negara miskin menjelang tahun 2020.kerana maktlamat tidak sekata tidak selari dengan keperluan sebagi sebuah negara maju.
    kerana perbuatan pemimpin yang tidak proaktif
    JIWA KOSONG DAN TIDAK BERHALUAN.
    SEPERTI PASUKAN BOLA SEPAK NAMPAK SEMACAM KRONI,PILIH KASIH
    SALAH TUUUU..........
    KASIH MEMANG KENA PILIH.KENA YANG PERANGAI MACAM ORANG YANG GILA KUASA MCM ABANG UMNO TU......
    PATAH LAH HATI................
    ABANG Anwar TETAP JADI IDAMAN.

    mARI BELjar peribahasa kita:

    Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya.

    Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.

    "umno dulu kini dan selamanya"

    ReplyDelete
  3. DEB, hapus atau tidak sama sahaja...
    terpulang pada 'melayu'.

    ReplyDelete
  4. kejayaan DEB yang ketara untuk bumiputera adalah dari segi pendidikan..ekonomi???faham-faham sendiri-untuk kroni dan yang tekun berusaha mencari dengan pelbagai pendekatan(ada juga yang bukan kroni berjaya dengan DEB..tapi sikit matlah)...wallahualam

    ReplyDelete
  5. No komen pasal DEB. May be Tok Jib nak perkenal Dasar Ekonomi Najib plak (DEN) pas ni...

    Apa dasar pun, klu tak bertunjangkan hukum Tuhan, Ikut Suka Aku, biar mcm mana baik dan cantik pun awalannya, akan diperlihatkan kepincangannya, kebatilannya, kelemahannya, keburukannya, kejahatannya, ketakmenjadiannya... satu persatu ila akhiran. Terimalah...

    ReplyDelete
  6. Bila Khalid MB Selangor dan Guan Eng CM Penang memperkatakan pasal DEB, satu negara riuh rendah, sekarang Najib bercakap pasal DEB, apa mende ni.

    ReplyDelete
  7. Salam hormat
    Semasa Yang Berhormat Saudara Lim Guan Eng mengutarakan isu DEB seluruh kepimpinan BN sibuk mengutuk beliau bahawa DEB untuk orang melayu tidak bolih dihapuskan dan berbagai bagai kencaman telah dibuat oleh pemimpin melayu .Setelah 51 tahun merdeka masih lagi melayu ditakuk lama, apa salahkah saudara Lim Guan Eng pekatakan dengan dasar itu ?.
    Saya cukup kagum dengan tindakan beliau yang begitu berani dan cekap membela nasib melayu P.Pinang . Dulu pemimpin melayu umno apa buat, lihat saja .
    kini ternyata guru guru kafa siapa yang membela , bukankah bangsa cina yang membela dan kini serambi Mekah pula ada diP.Pinang.
    Berbalik kepada DEB, kenapa bila Najib nak hapuskan DEB tiada siapa berani nak komen . kenapa .....kenapa...kenapa.....
    Saya sangat bersetuju kalau DEB dihapuskan, selama ini pun orang orang melayu seperti saya tiada mendapat apa apa feadah pun yang kaya terus kaya dan yang miskin terus menderita.
    Yang penting kita terus berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.t

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.