NAJIB KIAN SELESA, ANWAR MULA TERTEKAN
Najib semakin mengukuhkan kedudukannya untuk menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO pada Mac 2009. Setakat 25/10/2008, Najib sudah mendapat 66 pencalonan. Pencabarnya, Tengku Razaleigh Hamzah masih belum menerima sebarang pencalonan. Trend ini dijangka kekal dan mencerahkan peluang Najib untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.
Kedudukan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6 semakin mustahil untuk direalisasikan. Rentak bicara Anwar mula mengendur. Beliau tidak mahu lagi membicarakan misi 16 Septembernya. Penganalisis politik beranggapan, Anwar sudah hilang sokongan daripada ahli parlimen BN yang dijangka akan melompat. Peralihan kuasa Abdullah – Najib yang telah disegerakan adalah faktor utama Anwar gagal mendapat sokongan yang secukupnya.
Biarpun Anwar telah mendedahkan pelbagai skandal yang melibatkan Najib, namun kedudukan Najib sukar digugat dalam masa terdekat. Kesan pendedahan itu mungkin dapat dirasakan semasa PRU ke 13 nanti. Bagaimanapun, tempoh yang lama itu tentunya akan membenarkan Najib membuat pembetulan bagi meraih kembali sokongan rakyat terhadap dirinya. Anwar pula terpaksa bertarung dengan pendakwaan kes liwatnya di mahkamah. Jika Anwar kalah dalam kes itu, peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri akan terus terkubur.
Sehingga kini, Parti Keadilan Rakyat yang diketuainya masih gagal membawa sebarang pelaburan baru ke negeri Selangor yang diperintah oleh PKR. Dengan keadaan ekonomi dunia yang kian meleset serta kuasa kerajaan negeri yang memang terhad, Anwar perlu bekerja keras untuk memastikan pelaburan baru dapat dipujuk ke negeri Selangor. Jika tidak, kegagalan ini akan menjadi modal kepada Najib untuk memperlekehkan kredibiti Anwar sebagai pemimpin yang dikenali di seluruh dunia.
Anwar perlu mengelakkan dirinya daripada dikenali sebagai pemimpin yang cakap tak serupa bikin. Jika tidak, momentum rakyat untuk menyokong perubahan akan bertambah layu dan ini akan menyukarkan lagi usaha Pakatan Rakyat untuk mengambil-alih teraju kepimpinan di negara ini.
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Assalamualaikum Cik Nur Aflah,
ReplyDeleteRealiti nya memang ler nampak macam tu. Imej Najib nampak terserlah sementara DSAI semakin lama semakin nampak jauh dan aspirasi Pakatan Rakyat untok mengambil alih BN sudah nampak saperti mimpi ditengah hari.
Tapi teman masih percaya PR masih dapat memberikan tentangan hebat cuma mencari masa, suasana dan keadaan yang tertentu.
Buat masa ini, bukan lah masenyer PR untok mengambil aleh. Why should they ?. Ekonomi dunia sedang meruncing, ekonomi tanah air sudah tidak ketentuan dan dengor kabor ramai yang hilang pekerjaan kerana sharikat menjadi bankrap. Let the BN sort this mess, they are in government.
Tapi tidak dapat dinafikan Najib is in the centre of attention. Teman admire keterampilannya. Very confident, his English is extremely good and he projected himself as a Leader in waiting. Despite all the bad publicity that he had in ther past and present, they do not have an adverse effect on his popularity.
How good Najib is as the Pm of Malaysia is something that the rakyat will need to wait and find out. If he failed, then there is no doubt that BN will also be doomed.
As a Malaysian living abroad, l keep an open view about the whole saga. Not all BN are all bad. What people are opposing are the evil that they do but l believe that the people must not let BN rule as a majority, they need PR to check and balance.
Jacques.ah.
Actually Najib popularity is only among UMNO members, even his popularity was only due to the UMNO division leaders who are mainly people who was with Najib during his UMNO youth era. Don't be suprised if TR can get the nomination for the UMNO presidency, the result of the contest will show Najib popularity.
ReplyDeleteBut among Malaysians, Najib is not popular, he is tainted, no matter what he does, rakyat are always suspicious and he may face problem internationally and that will be bad for Malaysia.
Pakatan Rakyat still have time, though the mood on the ground is slowing down but the spirit and the urge for CHANGE is still strong and hopeful that Pakatan will deliver.But changing of gomen is not priority at the moment since the nation is facing economic threat that is fast approaching. Any responsible citizens would want to focus and direct all attention to solve and look for alternatives plan to ensure the nation remain intact. Only UMNO members are too busy scrambling and chasing after power-they are power crazy.Najib will not be a good leader unless he clears up all allegations pitted against him. The best exit for him is to resign.dh9753
salam,
ReplyDeletesesiapa pun jika ada kuasa memang nampak hensem,ceria,berketerampilan,berduit,berpengaruh.
bila dah hilang segalanya, hampeh.
Sabar DSAI, masa akan sampai insyAllah giliran awak pulak. Tp jgn lupa pulak bila dah dongakke langit jgn lupa rumput di bumi
najib selesa sebab ada mp raba punggok!
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteAnwar lambat bertindak kerana takut di ISA.
dalam politk kalau lambat ibarat hanggat -hangat tahi ayam.
Pengikut pun jadi letih.
Letih anwar letih letih sampai boleh
anak ibrahim janggut air liur meleleh
Kalau UMNO dah terok mcm ini pun tidak boleh ,kena tunggu pru ke 13,dia merancang kita pun merancang tapi allah adalah sebaik perancang.
WE all together support you ANWAR
Anda sudah lanjut usia...........
Kalau takut bermain ombak jangan berumah ditepi pantai,kalau takut bermain politik jangan ambil resikonya. kata-kata berbalas pantun.
peribahasa kita hari ini
Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas.
Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (gabak = redup.)
WHAT..... Nur Aflah,NEXT.......
Pun tidak, pun tidak...
ReplyDeleteTok Jib tak selesanya, rimas, panas, lemas, rasa nak demam, penat, letih, cuak, dsb.nya la tu... cayala..
Tok Nwar tertekan? tak de lah! Maintainnnnn... Kalut2 pun nak pi mana. Pi mai pi mai dok tang ni gak.