APA HAL PULAK NI?
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) lebih selesa menggunakan pendekatan dakwah berbanding menghukum golongan pengkid walaupun kelakuan mereka itu sudah difatwakan sebagai haram. [seterusnya]
Dan ini pula pengakuan pengkid yang ditemubual oleh Kosmo :
“Dari dulu saya sedar ia haram di sisi agama dan dosanya lebih teruk daripada berzina dengan pasangan normal,’’ kata seorang pengkid yang hanya mahu dikenali sebagai Syebi, 25. [seterusnya]
Daripada pengakuan salah-seorang pengkid itu, sudah jelas mereka ini mengetahui hukum-hakam agama. Silap haribulan, ilmu agama mereka lebih bagus dari kita. Yang menjadi masalahnya, mereka dah tahu dan faham cegahan agama, cuma mereka tak amalkan sahaja apa yang telah mereka tahu dan fahami itu.
Mahu atau tidak mahu, Jakim perlu bersikap lebih tegas. Bukan setakat usaha dakwah perlu dipertingkatkan, penguatkuasaan undang-undang juga perlu diberikan penekanan. Jika tidak, bilangan mereka akan bertambah ramai dan masyarakat pula akan menjadi ‘tidak hairan’ bila melihat golongan pengkid di jalanan. Saya sendiri pernah beberapa kali diganggu oleh golongan ini biarpun saya sedang berada di khalayak ramai.
Bertindaklah sebelum terlambat! Jangan tunggu sehingga isteri anda atau anak perempuan anda atau cucu perempuan anda atau kakak anda atau adik perempuan anda atau anak saudara anda atau sepupu perempuan anda atau teman wanita anda mengikut jejak langkah kaum Luth yang telah dibinasakan oleh Allah SWT.
Bi'ah atau persekitaran boleh merangsangkan sesaorang.
ReplyDeleteKalau kita dekat dengan tukang besi, bahang api akan terasa
Salam;
ReplyDeleteMasyarakat
adalah unsur terpenting sekali untuk mencegah/menasihat golongan terbabit.
walaupun begitu meREKA ini berani dan tidak segan pilu berkepit satu sama lain.kita yang tengok ini tidak diperdulikan,dia orang sendiri tahu kisah mengikut jejak langkah kaum Luth yang telah dibinasakan oleh Allah SWT.
Nasihat ustaz tidak diindah, Ibubapa tidak peka dan tidak pasti perlakuan anak anaknya.
terganggu emosi kita dibuatnya.
Banyak fakwa dikeluarkan tapi tidak diindahkan oleh masyarakat,seperti salah merokok?
tanya perokoksoleh/soleha.
tanya penyanyi beriman,
tanya pelakon bertakwa.
tanya ustaz .
kenapa tidak ada penguatkuasaan undang-undang .
Dahulu orang tidak puasa ditangkap masuk dalam lori mayat,sekarang mana ada.
Kita sudah lupa manusia perlu bimbingan.Kita biarkan.Manusia Perlukan Ilmu kita biarkan.
Manusia perlukan pertunjuk kita abaikan.
Malayu sudah lupa.
Lupa asal usul mereka sebenarnya beragama islam.
Kerana HUKUM ISLAM DIKETEPIKAN.
NAHAS KITA,
HANCUR KITA.
MUSNAH DIRUMPUT YANG HIJAU.
kITA TIDAK BERPIJAK DIBUMI YANG NYATA.KITA KHAYALAN,MENJADI YANG LUPA KEPADA- MAHA KUASA,KITA AKAN INSAF BILA MANA MASA AKAN TIBA ALLAH SUDAH MEMBERI SEGALA PERINGATAN...SEBARANG KEMUNGKINAN AKAN BERLAKU.
HIDUP KITA SEBENARNYA BERADA DIHUJUNG TANDUK.BESOK KITA TIDAK AKAN TAHU BILA KITA AKAN PERGI/MATI.ADAKAH MASIH KITA BERSUKA RIA,
BERZIKIR LAH BANYAK-BANYAK.
PERIBAHAS KITA HARI INI
Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.
Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya.
NEXT... SAYA HENDAK PI TIDUR.....
Ya Allah, berilah taufik dan hidayah-MU pada golongan yang telah terpesong jauh ini. Janganlah Kau jadikan ianya penyebab menjemput bala-Mu yang tak tertanggung oleh kami.
ReplyDeleteMasih ada ruang dan jalan kembali sebagaimana firman Allah (maksud):
"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya. Kemudian ia memohon ampun kepada Allah nescaya ia dapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(An Nisaa : Ayat 110)
Wassalam.
moga pihak jabatan agama punya cara dan kaedah merekan untuk membawa anak2 gadis ini ke pangkal jalan....
ReplyDeletejangan menghukum, tanamkan rasa cinta pada Allah.
ramai yang tahu hukum tapi takk kenal yang punya hukum.
Assalamualaikum Cik Nur Aflah,
ReplyDeletePengkid?...l have never heard of this word in my whole entire life.
Pengkid nie ertinya lesbianism lah iyer. Homesexuality pulak apa istilah nyer in Malay?.
Nauzubillah min zalik...rosak dunia kalu masyarakat penoh dengan lesbian dan gay. Banyak faktor yang merangsangkan individual menjadi either lesbian or gay. Persekitaran, tidak cukop didikan ugama, berfikiran liberal, womens' lib, pornography, kebebasan melampau, sesaorang yang ingin mencari sesuatu yang berlainan, faktor hormon estrogen/testosterone, sakit jiwa dan gila otak, vulnerability dan banyak lagi saperti yang kita sedia maklum. Yang pentingnya kita tidak termasok dalam gulongan ini.
Pada teman, kanak kanak perlu diberikan didikan ugama supaya apabila mereka membesar dan jauh dari pengawasan ibu bapa, mereka dapat menilaikan perkara perkara yang berdosa dan takutkan neraka jahanam. Pengetahuan ugama yang mendalam menjadikan sesaorang itu lebih beriman dan bertaqwa.
Jacques.ah
Salam,
ReplyDeleteDalam isu di atas, mungkin ada perbezaan persepsi antara kita.
Ada pihak tertetu, mungkin termasuk JAKIM, yang menganggap isu di atas bukanlah isu yang terlalu penting dan kritikal.Oleh itu pendekatan dakwah barangkali dianggap sudah mencukupi.
Salam
ReplyDeletegejala sosial yang melanda negara ini amat membimbangkan.
Pendapat saya, pihak berkuasa harus mengambil tindakan tegas, jika penagih dadah dapat dimasukkan ke pusat serenti, mengapa kaedah yang sama tidak cuba digunapakai untuk memulihkan golongan remaja yang rosak akhlaknya ini.
Mudah-mudahan kita bersama-sama sedaya upaya mencegah kemungkaran yang berlaku disekeliling kita sekadar yang mampu, sesungguhnya membenci dalam hati itu adalah selemah-lemah Iman..
p/s.. akak pernah kena kacau pengkid..?? nk kena sepak pengkid yg kacau akak tu..;-)