DUIT DERMA PUN LESAP?

Seorang nenek kesal kerana derma yang disalurkan orang ramai melalui tabung khas untuk membawa pulang anak bersama lima cucunya yang kini di Lombok, Indonesia, yang dilancarkan Biro Kebajikan Umno Kuala Linggi dua bulan lalu dan dianggarkan lebih RM1,000, kini hanya berbaki RM450 tanpa diketahui ke mana jumlah lebihan itu dibelanjakan.

Malah, nenek itu yang juga ibu tunggal, Salmah Mahmud, 67, dari Kampung Bukit Darat, Kuala Sungai Baru, dekat sini, tidak pernah menerima sesen pun wang berkenaan walaupun tabung itu ditubuhkan bagi membantu membawa anak keempat dan lima cucunya pulang ke negara ini selepas ada di Lombok kerana mengikut menantunya enam tahun lalu.

Salmah pernah bertanya mengenai jumlah duit dalam tabung itu, tetapi jawapan diberi sungguh mengecewakan dan kini dia tidak lagi mahu mengharapkan bantuan biro berkenaan.

“Biar saya cari wang sendiri. Saya tidak harapkan wang dari biro itu lagi. Cukuplah apa yang berlaku,” katanya ketika dihubungi. [SETERUSNYA]

Nur Aflah : No Komen!

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Duit derma pun lesap.
    Dulu duit derma jantung berjuta-juta ringgit orang derma tak de khabar berita
    Duit BMF dulu pun gone with the wind
    Duit zakat berlalu begitu saja.
    Apa nak jadi? Jangan tanya SM Salim, tapi tanya iman

    ReplyDelete
  2. Salam,
    jika benar bagai ditulis, saya pun rasa malu atas perkara yang berlaku. Tapi di pihak saya, saya akan cuba tanyakan dan dapatkan apakah sebenarnya berlaku. Tidak sepatutnya perkara ini berlaku dan perkara seumpama inilah yang banyak merosakkan nama UMNO. Saya akan maklumkan pada afla dan kawan2 sekiranya saya mendapat sebarang maklumat atas perkara ini...tk. emy

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.