Semalam, saya berbual bersama rakan-rakan UMNO mengenai pencalonan Mohd Ali Rustam sebagai Timbalan Presiden UMNO. Tanpa bersifat kenegerian, saya setuju dengan pendapat mereka yang menyatakan Mohd Ali Rustam lebih layak dari Muhyiddin Yassin ataupun Mohammad Mohd Taib. Malangnya, trend pencalonan dilihat lebih memihak pada Muhyiddin.
Bahagian UMNO sepatutnya memberikan peluang kepada Mohd Ali Rustam dan Mohammad Taib bertanding dalam pemilihan UMNO Mac depan. Sekurang-kurangnya, ruang demokrasi dapat diwujudkan dan perwakilan mempunyai sedikit masa lagi untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya mengenai halatuju baru kepimpinan UMNO. Trend pencalonan kali ini dilihat lebih terpengaruh dengan sentimen kenegerian, gerakan anti-Abdullah dan bukannya disebabkan oleh kredibiliti calon.
Memang benar Mohd Ali Rustam dilihat lebih suka ‘mendiamkan diri’ mengenai kemelut yang melanda UMNO. Bagi yang sudah mengenali sikap beliau, Mohd Ali Rustam adalah orang yang tidak banyak bercakap tapi banyak bekerja. Sebagai orang nombor 3 dalam UMNO, Mohd Ali Rustam lebih suka melihat orang nombor 1 dan 2 yang membuat keputusan untuk UMNO. Jika pendapatnya diperlukan, beliau sentiasa bersedia memaklumkan secara terus kepada ketuanya pada bila-bila masa tanpa perlu menggunakan media.
Agenda utama Mohd Ali Rustam pada waktu ini adalah untuk memastikan visi Melaka Maju 2010 dapat dijayakan seperti yang dirancang. Sejak PRU ke 12 berlalu, beliau tidak banyak bermain dengan agenda politik peribadi tetapi lebih menumpukan kepada usaha mengukuhkan kedudukan BN di negeri Melaka. Ini dapat dilihat menerusi projek-projek baru yang dijalankan, pelaburan baru yang dibawa masuk dan agenda membasmi kemiskinan yang mula menampakkan hasilnya.
Sesuatu yang tidak disangkal lagi, BN Melaka masih lagi kukuh dan sukar digugat oleh parti pembangkang biarpun tsunami politik telah berlaku pada PRU ke 12 dahulu. Biarpun beberapa kawasan DUN telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (DAP), namun sehingga kini, Pakatan Rakyat (DAP, PAS & PKR) masih sukar meluaskan pengaruh mereka di negeri Melaka. Tentunya Mohd Ali Rustam mempunyai formula sendiri untuk mengukuhkan kembali UMNO dan BN di peringkat pusat dan kriteria ini seharusnya dijadikan alasan untuk UMNO mencalonkan Mohd Ali Rustam sebagai gandingan yang sesuai untuk Najib
Muhyiddin sudah menunjukkan sikapnya yang sebenar. Beliau sanggup menentang Abdullah dan jelas terpengaruh dengan desakan Mahathir yang mempunyai ‘agenda tersembunyi’. Tidak mustahil Muhyiddin akan menentang Najib pula nanti jika Najib gagal mengikut ‘telunjuk’ Mahathir. Najib memerlukan pembantu yang bersifat ‘susah-senang bersama’ dan Mohd Ali Rustam adalah pilihan yang lebih tepat untuk Najib kerana imej Mohammad Mohd Taib pula sudah tercalar akibat wang tunai yang dibawa ke Australia dahulu. Adalah tidak patut jika pencalonan Mohd Ali Rustam ditolak semata-mata kerana dirinya tidak petah bercakap seperti pemimpin yang lain.
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
11 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Segi keterampilan, Ali mengatasi Muhyiddin dan Muhd Taib. segi perangai, semasa jadi MB Johor ntahlah, macam2 cerita dgr, semasa jadi MB Selangor, memang hebat, bawak lari anak raja dan kahwin ntah kat mana ntah dan bawa duit 20kg kat australia.
ReplyDeletesegi dasar perjuangan siapa naik sama je
Assalamualaikum Cik Nur Aflah,
ReplyDeleteMemang kurang..sebab dia tak se-hensem Shah Rukh Khan dan misai dia pun tak selebat Datok K.
Seriously, l dont know much about this guy. Pentingnya dalam politik, pemimpin yang dipilih oleh rakyat dapat mengubah satu satu keadaan yang tidak elok kepada keadaan yang baik. Membela ugama,bangsa dan tanah air dan menabur jasa dan bakti kepada rakyat supaya kehidupan mereka menjadi lebih selesa.
Jika pemimpin bersifat haprak, maka akan kecundanglah negara dan bangsa. Tetapi ugama misti kita semua pertahankan.
Jacques.ah.
Salam...
ReplyDeleteApa kurangnya ali rustam..??
Banyak kurangnya sebab ali rustam adalah ahli dan pemimpin UMNO, saat ini kita harus secara konsisten menolak UMNO dan sedaya upaya cuba menenggelamkan kapal UMNO sepertimana yang diseru oleh tok guru kita.
Pendapat peribadi saya, UMNO harus dibubarkan, kalau ada pun pemimpin yang baik dalam UMNO maka mereka harus keluar dari UMNO dan sertai parti lain, atau tubuh parti baru, kerana UMNO ibarat barah yang dah smapai tahap kronik, takda ubat atau penawar yang dapat menembuhkan UMNO. Nak cuba rawat dari dalam...??? lupakan saja...
p/s... kakkkkkk.. apa ni..?? takkan angkat CM sendiri kot..??
siuman?... I meant politically.
ReplyDelete112413
Saya pun x kenal sgt Ali rustam nie... Memang dia x banyak cakap, tapi sekali sekala dia bercakap nampak kurang ilmu lar komen2 dia. Banyak kepada mengampu. Tapi, elok lar kalau umno pilih dia, mmg umno nak orang mcm nie pun.. Saya tak cakap pandangan sy btul, tp berdasarkan komen2 dia dlm paper.
ReplyDeleteDan satu lagi, bukan nak tuduh, saya dengar2 ckp org.. projek2 Bandar hilir tu banyak org singapore dah konker, org2 kita nie dapat tempias2 jer itupun susah nak cari makan. Cuba cik aflah risik2 tgk.. Kalau betul, kesian gak kat org2 kita..
Wow! Satu analisis yang cukup baik. Saya hampir menulis perkara yang sama, tetapi Puan Nur Aflah dah tulis dulu. Kira saya setuju jer la!
ReplyDeletePolitik is always politic .. It is a struggle of power.. Kalau dah masuk politik, perjuangan sebenar adalah untuk kuasa dan pengaruh.. that is politic..
ReplyDeleteKalau ditakdirkan Muhyiddin jadi Timbalan Perdana Menteri, agak-agak Ali Rustam sokong tak Muhyidin?
Berapa ramai ahli semangat 46 yang hilang arah perjuangan dan kembali menyertai UMNO?
That is politic..
Nuraflah,
ReplyDeleteKamu ni jatuh dalam kategori pengamal media yang bodoh juga rupanya. Ali Rustam bukan tandingan Muhyiddin. Ali langsung tak ada wawasan. Kalau Ali tu bagus sangat, kenapa tak digandingkan saja dengan Anwar??
Bangang!!
well, i agreed with u my dear aflah. Ali Rustam much much more better compared to Muhyiddin..n TSMT..
ReplyDeleteAnd Pls my dear fried Anonymous..dont be rude and said to our beloved friend "Nuraflah" by using the word bangang..Kamu yang bangang.. (#$@***^%!!!!!!!!)
Muhyiddin?...dulu sewaktu menjadi Setiausaha Pollitik lepada MB Johor (tidak silap saya 25 tahun yang lampau..apabila MB nya sibuk mentadbir negeri beliau telah ambil kesempatan menanam dan menyuburkan politiknya sehingga beliau telah melawan Boss-nya sendiri..
Dan kini, Muhyiddin, tunjukkan sekali lagi perangai gilanya... dalam MT tidak bercakap. tetapi apabila di Singapura sungguh lantang mengenakan Pak Lah..Cheh..kasihan najib kalau orang UMNO pilih MUhyiddin!!
Ali Rustam...? seorang yang bukan pengampu, tetapi beliau yan saya tahu adalah seorang yang amat patuh kepada ketuanya, sentiasa complement ketuanya. Kalau ada yang tidak betul, beliau sendiri akan sendiri memaklumkan kepada ketuanya..dan bukannya baling batu sembunyikan tangan, @ cakap berdolak dalik sebagaimana yang dilakukan oleh TSMY(muhyiddinlah)Dah lah dekat parlimen sombong nak mampus!!!
muka pun tak pernah nak senyum...setakat jual taik minyak gunakan suara yang lantang?pirahhhh
For me..Ali rustam is the right and the best candidate
mike tyson?....
aiseh..dia ni orang yang hati baik...tapi..Ali much betterlah..
VOTE FOR ALI!!!!!!! tapi sayang aku tak boleh ngundi!!!
Salam,
ReplyDeleteKalau anda bertanya apa kurangnya Ali Rustam, saya pula ingin bertanya apa lebihnya Ali Rustam?
Dari kenyataan bekiau dalam akhbar dari masa ke masa, kita hanya dapat melihat beliau seorang pengampu dan tidak ada idea yang bernas.
Mungkin setiap calon itu ada kelebihan masing-masing. Tapi tentu ada sebab yang wajar mengapa kebanyakan Bahagian UMN) telah mencalonkan Muhyiddin, dan tidak Ali Rustam.
Salam
ReplyDeleteNegeri Melaka maju dengan berdiri sendiri.
Kecekapaan pemimpinnya meneraju negeri tersebut amat dibangga,kemajuan dibawa sudah berlaku 400 tahun dahulu lagi.Masjid-masjid ala-ala negara china sudah ada. baru yb Zahid Hamidi sibut pukul canang mungkin baru dapat Phd.
Carilah pemimpin yang banyak kerja bukan banyak cakap spt
Muhyiddin............
peribahasa kita hari ini.
Jaring berbangkit kuaran tiba.
Buat perhitungan yang salah.
UMNO KINI dan SELAMANYA.