YES SIR DAN YES GOD

Sewaktu menunggu keputusan SPM dahulu, saya bekerja sambilan sebagai ‘waitress’ di salah sebuah hotel. ‘General Manager’ hotel itu orang Australia dan sudah terkenal dengan panas barannya di kalangan pekerja.

Suatu hari, seorang tetamu yang sedang makan meminta ‘screw driver’ dari saya. Saya terus ajukan permohonan pelanggan itu pada ‘captain’ saya. ‘Captain’ saya meminta saya menghubungi ‘maintainence’.

Oleh kerana masa menunggu ‘brother maintainence’ tiba ke cafĂ© itu agak lama, pelanggan itu memanggil saya kembali. Dia mengulangi permintaannya dan saya memaklumkan padanya yang ‘screw driver’nya akan tiba sebentar lagi.

Pelanggan itu macam marah dan terus pergi ke kaunter. Kebetulan, ‘General Manager’ saya sedang memerhatikan kami. Rupa-rupanya, pelanggan itu hanya mahu mengambil pencungkil gigi di kaunter dan berkata pada saya “I want this!”. Barulah saya tahu maksudnya. ‘Screw driver’ adalah pencungkil gigi.

Selepas pelanggan itu beredar, saya dipanggil oleh General Manager. Dengan mukanya yang masam, dia bertanyakan masalah pelanggan itu tadi. Selepas saya menerangkan keadaan sebenar, General Manager saya tidak jadi marah dan meminta saya bertanya pada ‘in-charge’ saya kalau saya tidak faham apa-apa.

Sengaja saya tak ceritakan padanya yang saya sudah ajukan permohonan pelanggan itu tadi pada ‘captain’ saya. Kalau saya beritahu hal itu, tentu ‘captain’ saya yang akan dimarahinya.

Selepas dia menasihati saya dan membenarkan saya menyambung kerja, saya berkata “Yes Sir” padanya.

Tetiba mukanya merah dan terus bertanya, “Why you called me, Sir?”

Saya menjawab “Coz you are my boss”

Dia diam seketika.

“Lain kali jangan panggil saya ‘sir. Saya cuma pekerja di hotel ni. Sama macam awak. Tiada lagi ‘sir’ di dunia ni!” ujarnya yang telah saya terjemahkan ke Bahasa Melayu.

Saya cuma mengangguk dan kemudian, beredar dari situ.

Beberapa tahun selepas itu, saya berjumpa dengannya semula. Kali ini di negeri kelahirannya. Pada mulanya, dia tidak dapat mengecam saya. Setelah saya berbual pendek dengannya, akhirnya dia dapat mengimbas kembali peristiwa itu.

Padanya, Sir atau Tuan adalah gelaran penjajah atau tuan kepada hambanya. Gelaran itu sudah tidak sesuai lagi digunakan biarpun tujuannya untuk menunjukkan rasa hormat. Dia lebih suka orang lain memanggil namanya sendiri kerana itu dirasakan lebih mesra.

“Orang menghormati anda bukan sebab gelaran atau jawatan yang ada pada anda, tapi disebabkan oleh kualiti yang ada pada diri anda”.

Saya masih ingat kata-katanya itu dan menghormati pandangan peribadinya itu.

Sebelum saya meminta diri untuk meninggalkan tempat itu, dia sempat bertanya tentang penampilan diri saya yang sudah banyak berubah. Saya cuma menjawab “Yes God” dan dia pula tersenyum sambil mengucapkan “Assalammualaikum”.



Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Salam...
    kan bagus kalau kat dunia ni ada ramai lg orang mcm mat salleh tu...

    kita hanya hamba kepada Allah dan hanya akan mati sebagai hamba kepada Allah.. tiada lain tujuan kita dilahirkan ke dunia selain menjadi Hamba kepada Allah, jadi untuk memenuhi tujuan itu, kenapa tidak kita menjadi hamba yang Bertaqwa..;-)

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Yakah begitu ceritanya...
    Klu cam tu, lepas ni tak boleh lah murid2 ucap Good Morning, Sir!, Thank you, Sir! bila 'teacher' lelaki masuk kelas. GOOD MORNING, CIKGU!

    ReplyDelete
  3. Salam
    Walaupun penjajah telah berlalu di Negara kita,tapi kita sebagai pemimpin masih mengunakan amalam undang-undang penjajah seperti common laws.
    Sir seperti TUAN.
    Selamat pagi tuan.TUAN kepada bangsa sendiri.
    Kenapa bila jumpa Matsaleh ini kita cepat-cepatpanggil sir.
    Sebab dia itu bekas penjajah.
    Orang melayu ini semua dia hormat.
    Sir ,boss,tuan encik.abang,ybtengku,raja.
    sampai tunggul kayu dihormat,tumpang lalu tok ....
    Hormat,ke takut.
    (Jangan lebih-lebih sangat)kita orang melayu ada budibahasa.Tapi pemimpin kita ambil kesempatan atas dasar budi baik kita untuk kepentingan dan buat sesuka hati
    lebih dari penjajah.Umno pula jajah kita.
    Peribahasa kita hari ini...

    Harimau tidak merendahkan dirinya untuk menangkap cicak sebagai mangsanya.

    Orang besar yang tidak mahu bertindak dengan tindakan-tindakan yang merendahkan tarafnya.

    Apa yang terjadi pada UMNO.
    Tidak mahu mengatasi masalah rakyat.

    ReplyDelete
  4. entri yang menarik..

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.