UNTUNG BERSIH BURSA MALAYSIA JATUH 64%


Untung bersih yang dicatatkan Bursa Malaysia Berhad bagi suku ketiga tahun ini yang berakhir September lalu jatuh 64% kepada RM 20.2 juta berbanding suku ketiga tahun lepas.

Pendapatan Bursa merosot dari RM 122.3 juta pada suku ketiga tahun lepas kepada RM 73.6 juta pada suku ketiga tahun ini. Penurunan besar ini jelas menunjukkan yang pasaran saham tempatan sedang menghadapi kesan daripada krisis kewangan dunia.

“Pasaran ekuiti yang paling teruk terjejas disebabkan oleh krisis kewangan global. Penurunan ini dijangka berterusan memandangkan ekonomi dunia sedang mengalami kelembapan” kata Bursa Malaysia.

Kemelut ekonomi dunia dan krisis kewangan yang bertambah buruk di US serta eropah telah menyebabkan pelabur bimbang memasuki pasaran. Keadaan ini telah menyebabkan indeks bursa Malaysia berada bawah 900 mata dan mencatatkan paras terendah sejak Jun 2006.

Biarpun kerajaan telah melabur 5 billion untuk meningkatkan pasaran saham tempatan, ianya gagal meningkatkan nilai pasaran atau menarik sentimen pelabur kerana pelabur dilihat lebih terpengaruh dengan kemelut ekonomi dunia.

Kejatuhan nilai pasaran saham turut dialami oleh negara serantau seperti Korea, Australia, Singapura dan Hong Kong. Kebanyakan negara telah memotong kadar faedah mereka untuk meningkatkan kembali nilai pasaran. Malaysia bagaimanapun masih belum mengumumkan sebarang perubahan mengenai kadar faedah semalaman.

Sumber : The Star & The Edge Daily

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. salam..
    kejatuhan pasaran saham yang berlaku sekarang amat menakutkan dan akan mengambil masa yang panjang untuk kembali stabil ke paras yang terdahulu, bagi pelabur runcit, fenomena ini membakar keuntungan yang diperolehi sepanjang tahun lepas di mana 'bull' berada pada tahap kemuncak, hingga dikatakan pelabur yang tak reti apa pun boleh untung 100%, tp dengan keadaaan sekarang hang sang jaguh yg berani beradu dengan 'bear' yang sedang menganas...;-)

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.