NAK GUNA MESIN PULAK?

Memetik laporan Malaysiakini,

“Dalam sidang akhbar di ibupejabat DAP hari ini, Teresa ditanya oleh seorang wartawan akhbar Utusan Malaysia sama ada beliau bersedia untuk menjalani ujian mesin mengesan pembohongan untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau tidak terbabit dalam kontroversi azan tersebut.”

Baru pertama kali saya dengar wartawan tanya macam tu. Agaknya wartawan Utusan Malaysia tu dah bengang sangat dengan Teresa. Apa tidaknya, Utusan Malaysia kini sedang berhadapan dengan saman berjuta-juta ‘lemon’ daripada Teresa dan Karpal Singh.

Kalau Utusan Malaysia kalah dalam saman itu, imej dan kredibiliti Utusan tentunya akan tergugat teruk. Sekarang ini pun, ramai pembaca yang tidak mahu lagi membaca Utusan kerana sikap ‘bias’ mereka yang terlalu ketara. Lebih-lebih lagi bila mereka lebih suka menonjolkan isu perkauman yang tidak disenangi oleh banyak pihak.

Mungkin sudah tiba masanya, nama Utusan Malaysia ditukar kepada Utusan UMNO. Tapi, cadangan wartawan itu bagus jugak kerana lepas ni, bolehlah kita suruh semua ahli politik menjalani ujian mengesan pembohongan. Mungkin soalan pertama yang patut kita tanya pada mereka ialah:

“Mahu lompat ke?” atau “Ada makan rasuah tak?”
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

14 comments:

  1. Salam...

    Pantun lama ada dikarang orang,

    Siakap senohong,
    Gelama ikan duri;
    Bercakap bohong,
    lama-lama mencuri.

    tapi..., ada pulak versi baru yang kalau tak silap bunyinya...

    Siakap senohong gelama ikan duri,
    cakap bohong, lama-lama jadi menteri.... ada betui ka...?

    ReplyDelete
  2. Saya baru nak promo alat mesin tersebut, rupa nya Utusan Malaysia dah ada alat tersebut. Amacam kita cuba pada pemberita pemberita Utusan-terutama nya kepada yang tanya Teresa tu-soalan nya mudah-siapa yang suruh dia tanya soalan itu?
    Ingatkan ada lah peluang bisness sikit, mesti semua Jabatan kerajaan dah beli-melepas lagi-siapa lah yang jadi agent alat mesin tersebut di Malaysia ni dan undang undang penggunaan nya dah di luluskan ke, kalau belum bolih lah sekalikan pada 23 September yang PM tak setuju tu. Elok lah pun semua rakyat Malaysia jangan beli akhbar Utusan ni. Ingat lah wahai Utusan Malaysia, hidup ni macam roda, jangan memandai mandai, insaf lah sikit. Sakit nya hati ini...sabar saja lah, Maaf ya..hari raya pun dah tak lama lagi.dh9753

    ReplyDelete
  3. apa punya samdol pemberita utusan meloya ni? macamana dia ni boleh jadi pemberita ?

    bawa mesin tu kat khir toya dulu...baru betul !!!

    ReplyDelete
  4. Salam semua!

    Tolong! Tolong! Tolong! jangan la marah khir jowo tu, dia masih fobia sebab hilang negeri...sebab itu dia kutip saja apa saja berita dari blog untuk huru-hara-hirikan pembangkang tetapi kesudahannya...tungguuuuuu sekejap...

    hancus!

    thx!

    ReplyDelete
  5. SALAM..
    KEBELAKANGAN INI BANYAK PEHAK TERUTAMANYA AHLI POLITIK YANG MENGAMBIL JALAN YANG PALING MENGUNTUNGKAN IAITU SAMAN BAGI MEMBERSIHKAN DIRI DARI TOMAHAN YANG DIANGGAP FITNAH OLIH PIHAK PIHAK TERTENTU..BUKAN SEDIKIT JUMLAH YANG DIPINTA HINGGA MENCAPAI JUTAAN RINGGIT..NAMUN BEGITU SAYA DAPATI TIDAK SEMUA TINDAKAN SAMAN YANG DICANANGKAN ITU MENJADI KENYATAAN..ADA YANG TIDAK JADI SAMAN APABILA DICABAR BALIK OLIH ORANG YANG MAU DISAMAN...CONTOH YANG PALING NYATA ADALAH CADANGAN SAMAN DSAI KEATAS DATO NALLAKURAPAN DAN SAUDARA AZAM DIMANA TERANG TERANG MEREKA MENUDUH ANUAR SEBAGAI PERASUAH DAN TERLIBAT SALAHLAKU SEX..MUNGKIN SAYA TELAH KETINGGALAN BAS TETAPI SEHINGGA KINI SAYA BELUM ADA BERITA TENTANG SAMAN TERSEBUT..BANYAK LAGI BERKAITAN SAMAN INI YANG TIDAK MENJADI KENYATAAN..BEGITU JUGA DENGAN CADANGAN SAMAN OLIH ADUN SIPUTIH,KARPAL SINGH DAN YANG LAIN LAIN..KITA TENGUKLAH NANTI..DALAM HAL INI SAYA HANYA BOLIH MEMBUAT SATU ANDAIAN IAITU UNTUK MENYAMAN DEMI MENDAPAT KEUNTUNGAN TELAH MENJADI SATU PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN TETAPI HARUS DIINGAT BAHAWA BUKAN KITA SAHAJA YANG BOLIH MENYAMAN TETAPI KITA JUGA BOLIH DISAMAN..CUMA TIADA SIAPA YANG MAU MENYAMAN SEKIRANYA TIADA KEUNTUNGAN WANGRINGGIT DARI SAMAN TERSEBUT DAN BUKAN HARGGA DIRI..

    ReplyDelete
  6. kpd anony..5.53AM

    saman menyaman bukan satu bizness. cuma satu cara bagi menuntut kebenaran dan keadilan di mahkamah. atau satu cabaran "BERANI KERANA BENAR". tuntutan kewangan berjuta juta adalah wajar bagi "mengajar" pihak menuduh betapa mahalnya balasan membuat fitnah.
    khir toya apalagi, saman balik lah...kalau berani..! hu..hu..

    ReplyDelete
  7. Elok juga pakai mesin ketika pilihanraya,scan cap jari.
    di Amerika dia orang guna mesin pengesan
    1.Untuk kesan dadah
    2.Kesan bom.
    3.Cakap bohong.
    Mesin lebih berkesan kerana ia mengunakan keadah elektromagnet.Gelombang ini berupaya mengesan geteran .

    Nervous system
    Nervous system, network of specialized tissue that controls actions and reactions of the body and its adjustment to the environment.
    Mesin ini amat berkesan untuk mengesan perbohongan yang diucapkan oleh individu seperti menteri-menteri,ahli politik,pencuri dan perogol.
    Ianya dapat mengesan tahap /peratus perbohongan.
    Mesin ini sesuai untuk mereka yang suka fitnah,penyebar fitnah.
    Benda-benda yang sukar sekali,dapat dikesan oleh mesin ini.kita gunakan teknologi.Malah kalau kita hendak kesan HANTU kita mengunakan mesin scan ini.
    Ujian paras alkohol ,kita ada mesin pengesan.
    Tidak mustahil.
    Kalau Hamid Albar yang suka bohong mengunakan keadah ini.

    ReplyDelete
  8. sambung sikit lagi.
    ..Utusan Malaysia memang akhbar penyebar fitnah utama dimalaysia.

    ReplyDelete
  9. Saya dah tak beli UM sejak 1998,tapi boleh hidup juga macam biasa.Ertinya UM bukan satu kemestian,so boikot je lah akhbar perosak tu.Saya juga tak tengok TV3 danTV1,sebab bila tengok saya rasa,saya di perbodoh-bodohkan dgn berita yg di putar-belitkan.Sekarang ni pulak zaman IT,semua informasi boleh di dapati,dari internet,jadi media-media yg merepek tu boleh jalan.

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Macam bagus beno wartawan utusan tu,

    Gi cadangkan scan dulu Abdullah Badawi, Najib, Mat Taib, Khir Toyo, Khairy dan yang sekaul dengan mereka.

    ReplyDelete
  11. he he tak baca utusan tu pun nak heboh... yang tak baca quran dan tak khatam quran pun berlambak,,,ini kan um...nak baca ka tana baca sendiri pikir...

    itu utusan hanya kertas saja...mana ada kasi sakit sama awak.

    banyak taksub punya manusia...dia sembah apa sampai taksub tatau.

    tapa terus taksub no problem...amma hidup pkr hidup pkr..lagi taksub lagi bagus

    ReplyDelete
  12. kickdafella dah bebas, ok lah tu, tapi penyokong taksub parti mata satu pasti ada jer jawapan nya. biasa lah . sekarang penyokong pas lebih liberal, penyokong umno pun releks skit perangai.


    aku.....hanya pada ALLAH tiada parti/ parti tupperware ade ler

    ReplyDelete
  13. macam2 fe'el manusia lani. Utusan memang dah makruf serata dunia sebuah akhbar tak betul. Bagi fakta asyik salah dan berbelit..

    ReplyDelete
  14. mesin itu kena bawak pi puspakom dulu,kemudian dapatkan sijil sirim,,,,,, ka ka ka,,,

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.