YB TERESA BEBAS TANPA SYARAT



YB Teresa Kok dibebaskan tanpa syarat jam 1 petang tadi selepas pihak polis mendapati tiada sebab untuk pihak polis menahannya lagi.

Pembebasan ini ‘seolah-olah’ menunjukkan yang Teresa Kok tidak bersalah atau telah difitnah oleh pihak tertentu. Siapakah dalang yang membuat fitnah tersebut?

Dan, jika benar isu azan ini sengaja direka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, maka pihak polis perlu menyiasat dan memberkas mereka-mereka ini untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Mungkin artikel di bawah yang dipetik dari blog perfectwater dapat memberikan sedikit gambaran mengenai kes tersebut:

“Wahai saudara Manja Ismail, bukan semua bloggers yang ada dalam media maya ini buta sejarah dan 'zero knowledge' tentang sesuatu isu. Adakah beliau terlalu fobia dengan angin masyarakat kini yang mula beralih arah dari bentuk berita yang 'stereo-type' kepada berita yang lebih "advance, true, fast and free" dalam konteks ketelusan sesuatu berita yang disampaikan.

Lihat kepada ulasan 'bodoh' dan 'jahat' beliau mengenai penahanan tiga orang di bawah ISA. Beliau mengulas tentang perihal penahanan Teresa Kok bersabit petisyen sekumpulan penduduk yang sudah tersebar melalui internet dan boleh diragui kesahihannya malahan tiada bertandatangan serta tidak pula menyebut nama Teresa Kok atau mana-mana ahli politik pembangkang.

Mungkin kefobiaan Ismail Manja menyebabkan beliau tidak mahu melayari laman web seperti http://www.pembelamelayu.com/ yang telahpun memohon maaf atas keterlanjuran memanipulasi isu berkenaan atau mungkin beliau juga sama seperti Menteri Dalam Negeri menggunakan kenyataan mantan MB Selangor yang kalah teruk dalam PRU 12 sebagi asas utama penyiasatan bagi mensabitkan ahli politik berkenaan dengan tuduhan menimbulkan isu yang sensitif ini.

Ini kerana dalam keadaan apa sekalipun 'periuk nasi' mesti dijaga walaupun terpaksa menggadai hak dan maruah orang lain. Jijik dan kotor sekali jika benar telahan saya ini. Teresa Kok sendiri menafikan hal ini berlaku atas usaha-usaha beliau beberapa hari sebelum dia ditahan mengikut ISA.”

Berikut adalah komen Athirah mengenai kes ini di blog ini dahulu:



“Dr. Khir Toyo dan Teresa MESTI berhujjah bagi mempertahankan "kebenaran" yang masing-masing mereka percaya. Lantaran kerana kita tidak punya kuasa untuk terus "menyelongkar" sebarang atau apa jua bukti yang ada.

Dr. Khir Toyo jelas dilihat seolah secara terancang mengatur agenda : kata dan langkah untuk hanya satu tekad...MENGHILANGKAN KEPERCAYAAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN PAKATAN RAKYAT BAGI NEGERI SELANGOR.

Penat kita berjuang untuk menumbangkan kedzaliman BN. Jadi apakah kita tegar untuk sama terlibat dalam memusnahkan kejayaan kita setelah mereka itu tumbang. Kebimbangan saya bagi Selangor, penyokong-penyokong dan ahli PR akhirnya nanti mendapat saham dalam menjatuhkan Kerajaan PR di Selangor hanya kerana "termakan" fitnah dan perancangan jahat ini.

Realitinya yang mesti kita usaha, garap dan tancapkan pada minda dan hati budi ummat Melayu dan Islam ialah : MASA UNTUK BERUBAH. MASA UNTUK MENUKAR BAHTERA. DARI UMNO KEPADA PAS. Kerana, jika benarlah UMNO prihatin terhadap kononnya "ancaman dan penghakisan" ke atas Melayu dan Islam ; maka MENGAPA hanya mahu PAS beralih arah menyertai mereka? MENGAPA TIDAK MEREKA?Justeru PAS punya kedua-dua kekuatan iaitu MELAYU DAN ISLAM! Sedangkan UMNO jelas hanya satu iaitu BANGSA MELAYU.

Hakikatnya para pembesar Melayu itulah yang sudah mencemar dan melunturkan budaya dan adab luhur tinggi sopan santun bangsa Melayu. Bila mana semakin tegar dan sedar; lebih suka hidup dengan gaya PENJAJAH (baca BARAT) berbanding gaya hidup nenek moyang mereka.”
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

16 comments:

  1. Salam...

    MY QUOTE OF THE DAY :
    "Hal yang terbaik adalah tidak merasa takut akan apapun, kerana kita adalah DUTA DARI KEBENARAN, dan segala hal yang palsu (maya) pasti hilang cepat atau lambat. Itulah semua yang harus anda percayai" -peace-

    Saya setuju dengan kedua2nya, Perfectwater dan Saudari Athirah...

    Dalam kes ni, kedua2nya perlu berhujjah...lantaran kekurangan yang ada pada kita dalam menyelongkar intipati isunya...

    p/s : Aflah kenal Athirah?

    ReplyDelete
  2. baca je terus blog Teresa Kok... dari awal lagi akan tahu siapa dalangnya...

    The Sassy MP

    ReplyDelete
  3. sila baca penjelasan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Kinrara dan Steven Ee.

    masjid kota damansara pun dikaitkan sekali. mosque head dia buat laporan polis, begitu juga dengan dr halimah ali tapi yang ditangkap bukannya yang tukang sebar fitnah tapi teresa kok. tak perlulah berhujah lagi.. dah terang lagi bersuluh...

    ReplyDelete
  4. Saya harap YB Teresa akan terus saman mereka yang memfitnah beliau. Saman mereka semua dan biar mereka kehabisan harta mereka dan jadi miskin balik seperti asal mereka.Semoga mereka yang suka memfitnah menjadi insaf dan di beri petunjuk ke jalan yang benar. Selamat berbuka,dh9753

    ReplyDelete
  5. KETAHUILAH MEREKA YANG JAHAT ITU AKAN SENTIASA MENYEBARKAN FITNAH.SEHINGGA KEMAHUANNYA AKAN TERCAPAI(KEMAHUAN YANG MEROSAKKAN).
    FAKTA:
    CUBA MENJADI CICAK (MAN) YANG MEMPUNYAI RACUN PADA KAKINYA.

    ORANG MCM INI PATUT DIPANCUNG.
    ATAU TENGGELAMKAN SAJA DALAM AIR MASIN.
    SESESUNGGUHNYA ORANG MUNAFIK SAHAJA YANG SUKA MEMECAH -BELAH MASYARAKAT DAN PENYEBAR FITNAH UTAMA.........................
    CUBA BEZAKAN?

    ReplyDelete
  6. SAMBUNG SIKIT LAGI....

    KATAK AKAN BERTELUR LAGI.....BANYAK LAGI AKAN LOMPAT-LOMPAT.......

    ReplyDelete
  7. hanya kerajaan bacul menggunakan ISA.

    ReplyDelete
  8. Sarawak tidak mahu Akta Hubungan Kaum

    # "Di Sarawak, kalau tak ada akta ini pun tak apa kerana perpaduan dan hubungan baik pelbagai kaum di negeri ini telah wujud secara semula jadi," katanya.#

    APA PUNYA DOLCHI..KERAJAAN BN NI?

    ReplyDelete
  9. oh mohon ampun maaf.. ralat sikit.. bukan dr halimah ali... tapi dr siti mariah....

    ampunnnsss!

    ReplyDelete
  10. isu azan,isu kuliah subuh, bacaan quran dari cd...aper ke benda...pun.... kalau terlalu kuat dan tak nak jadi isu ...gunakan budi bicara...boleh perlahankan, atau bunyikan dalam masjid pun boleh...lebih sesuai tak pakai pembesar pun ok . azan secara natural tanpa pembesar suara lagi eluk.

    yang penting azan dah disampaikan....kadang azan ada ramai juga yang buat tak tau jer...
    buat pekak jer..

    so isu azan nih tak perlu nak di heboh...banyak lagi masaalah orang melayu...orang islam mungkin tak der masaalah.yang tau tanggung jawab akan laksanakan tnggung jawab mereka.

    aku jarang dengar ceramah masjid...bukan aper..tengok apa yang nak di sampaikan. ceramah mana mana pun ada...tapi yang ada unsur mengata aku tak minat...baik dengar ceramah youtube.

    ReplyDelete
  11. Salam Aflah,

    nak buat pembetulan sikit MANJA ISMAIL dari BERITA HARIAN bukan UTUSAN MALAYSIA..

    Sepatutnya khir toyo, blog anginperubahan dan utusan malaysia yang kena tahan...
    Bila Polis tahan Teresa guna ISA, ia telah membenarkan Teresa Kok menjadi wira...
    UMNO memng sudah bankrap isu, sebab itulah apa saja isu yang cuba dipanaskan akan menjadi anak panah yang menikam diri sendiri..

    thx!

    ReplyDelete
  12. saya terjumpa blogspot ini http://www,antikhirtoyo.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. http://www.antikhirtoyo.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Salam.
    Syukran Aflah kerana memaparkan semula komen saya darihal isu azan, Teresa dan Khir Toyo.
    Jemput ziarah my blog untuk lihat realiti rumah rakyat yang menjadi persinggahan kami dalam program Singgah Ifthar baru-baru ni.
    Lantainya berombak bersama lumpur dan air sungai. Atapnya masih atap nipah. Dinding umah tak tahu nak sebut ape.
    Bekalan air dan api tak de.
    Mak cik tuan umah dah tua...kaut air di tepi dinding umah yang bocor..
    salam keinsafan buat semua
    -aiman athirah

    ReplyDelete
  15. Tak usah cakap banyaklah.. ramai org Melayu puchong kinrara yang tahu sapa dalang petisyen nie...

    cuma dr mariah itu ajer yg suka sangat jadi babi tunggang dap kafir harbi...

    dr mariah tu nanti menjawablah dekat akhirat nanti kerana mementingkan jawatan dunia daripada membela agama Allah...

    Tahniah dr mariah, anda telah membuktikan anda babi tunggang dap kafir harbi

    ReplyDelete
  16. Tak usah cakap banyaklah.. ramai org Melayu puchong kinrara yang tahu sapa dalang petisyen nie...

    cuma dr mariah itu ajer yg suka sangat jadi babi tunggang dap kafir harbi...

    dr mariah tu nanti menjawablah dekat akhirat nanti kerana mementingkan jawatan dunia daripada membela agama Allah...

    Tahniah dr mariah, anda telah membuktikan anda babi tunggang dap kafir harbi

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.