KELAB PENGHASUT MAYA UMNO?


“Orang KPMU marah ke dengan tajuk tu? Kalau marah, pegi makan rumput!”

Itulah ayat yang terkeluar dari mulut ahli UMNO yang semeja dengan saya sewaktu majlis berbuka puasa tadi. Berbulu betul dia dengan artikel-artikel yang dipaparkan di KPMU.net.

Apa tidaknya, jenuh dia nak menjawab dengan kengkawannya yang bukan ahli UMNO kerana dia bukan jenis manusia yang suka hentam peribadi orang ikut suka mak bapak dia. Kengkawannya ada yang dari MCA dan MIC dan juga bukan MCA dan MIC.

Pada saya, bahasanya memang kasar tapi hatinya baik. Saya lebih suka berkawan dengan orang macam dia daripada berkawan dengan orang yang bahasanya lembut tapi hatinya busuk macam bangkai tikus.

Mulanya gini. Dia bercerita tentang isu peralihan kuasa. Dia fikir, apa yang Muhyiddin cadangkan itu sangat baik demi survival UMNO. Najib sendiri pun macam setuju dengan cadangan tu bila Najib kata terserah pada bahagian yang akan bermesyuarat nanti. Respon Najib pada cadangan Muhyiddin tu dah buat Pak Lah tak senang duduk.

“Lepas tu, budak-budak KPMU pergi hentam Muhyiddin ‘kaw-kaw’. Sampai nama Singapura pun jadi modal nak busukkan nama Muhyiddin. Kalau setakat dia hentam Muhyiddin je, aku tak kisah sangat. Tapi kalau Mahathir pun dia hentam macam orang tua tu tak ada jasa langsung kat UMNO, ini sudah lebih!” katanya bersemangat sambil menjeling pada saya yang pernah siarkan artikel tentang Muhyiddin dulu.

“Kalau nak bodek pun, agak-agak lah. Kalau aku sendiri dah meluat dengan KPMU tu, apa lagi orang lain yang bukan ahli UMNO. Aku rasa, tukar je maksud KPMU tu jadi Kelab Pembodek Maya UMNO atau Kelab Penghasut Maya UMNO. Kau pergi tulis apa yang aku cakap ni. Kalau dia orang marah, suruh dia orang makan rumput. Haha..”

Saya tersenyum je bila dia cakap macam tu. Banyak lagi yang dia cakapkan sebenarnya. Tapi cukuplah itu sahaja buat tatapan kita semua. Sekurang-kurangnya kita tahu, tak semua ahli UMNO yang suka dengan KPMU padahal itu adalah media popular UMNO.

“Lepas ni aku nak baca komen dia orang kat blog kau pasal apa yang aku cakapkan ni.”
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

12 comments:

  1. Bukan semua ahli UMNO yang teruk...
    Bukan semua ahli BN yang hampeh... Sebab tu umno stil dapat survive sampai hari ni. Yang menggagalkan umno sekarang adalah puak2 yang suka menghentam membuta tuli tuh.KPMU antaranya. Cuma, umno tertinggal perkara serta terlepas pandang sesuatu yang sangat penting

    Apa dia?

    Lu Pikirlah sendiri...

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Betul betul betul...
    (versi upin & ipin)

    heheh!

    ReplyDelete
  3. Salam!

    UMNO hancur dek perangai ahlinya yang tak tahu mengikut perlembagaan..contoh seperti Pak Lah yang buat pemilihan calon PRU ikut suka dia bukan ikut perlembagaan UMNO..kalau dah keTUA lagu tu,anak buah lagi la...

    thx!

    ReplyDelete
  4. begini lah cara UMNO menambat hati rakyat dgn tipu daya, hasut menghasut serta membuat fitnah. keburukan mereka ini hanya membawa padah yang lebih teruk. insaflah.. cara jalan bagaimana nak majukan bangsa.

    ReplyDelete
  5. Banyak mana dah makan rumput..bila pula dah jadi lembu....
    Jangan bertuhankan lembu emas.

    ReplyDelete
  6. sambung sikit lagi...
    Maya itu palsu.

    ReplyDelete
  7. Saya baru baca temubual Malaysian Insider dgn Zaid Ibrahim,jelas sekali Umno sudah tidak boleh di perbaiki dan di harap.Masa depan negara cukup gelap jika Umno masih jadi penerajunya,kerana para pemimpinnya tidak ada niat dan tidak sanggup utk berubah.Pendirian dan sikap mereka tidak langsung sesuai dlm zaman gobalisasi ini.Negara akan terpingir,bukan saja oleh dunia tapi oleh rakyatnya sendiri,terutama kaum Cina yg gigih dan mampu bersaing di mana-mana sudut dunia.

    ReplyDelete
  8. bagus bagus bagus!

    ini hari ada kemajuan. banyaak taksub punya stetmen kluar. lagi bnyak lagi bagus. melayu hantam melayu. tapa kasi hantam sama sama
    lagi banyak hantam lagi bagus. hati suma kasi sakit.lagi senang . kita tunggu bila suma melayu sudah tak der penat ...hantam lagi.

    takpa lu apa parti pun ok.

    tapi kita islam juga ikut tada parti parti.

    itu bukan melayu memang cerdik dan rajin ...betul dia orang ada maju...manyak satu hati punya bangsa...

    ini melayu haiya.... mana ada simangat ...kasi hantam sama sendili, wa bukan melayu wa muslim.

    sbab itu wa suka baca ini hantam hantam punya artikal.

    terus hantam lo.

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Malaysia dah pun terpinggir.
    Berbanding 1960 dulu dimana Singapura dan Malaysia GDP(perkapita KDNK)sama, sekarang GDP Singapura 7.7 kali ganda Malaysia!
    Kenapa dan bagaimana kita sampai tahap begini memandangkan Malaysia kaya dengan tanah subur, Bijih timah dulu,getah,kayu balak,kelap sawit,tanah padi,MINYAK dan GAS Petronas. Singapura, air dan tanah pasir pun mesti di-impot.
    Kerajaan BN yang memerintah selama ini perlu jawab kepada rakyat mengapa kita masih lagi terpinggir jauh dibelakang.
    Mungkin tak payahlah sebab kita semua dah sedar sebabnya sebenar.

    ReplyDelete
  10. maju singapura..bukan sajer pemerintah. pokok pangkal pada individu dalam masyarakat dan jati diri bangsa tersebut. di malaysia ni bangsa majoriti kena ubah sikap dari bangsa pengguna kpd bangsa pedagang. minda sabsidi tukar kpd minda berdikari, minda dengki untuk menjatuh kepada minda cemburu untuk berjaya, minda perasuah kpd minda pemegang amanah, minda meminta kpd minda memberi. minda berjemaah daripada minda berpuak puak. minda intelek daripada minda jahiliah..

    dan paling penting buang sifat taksub sempit kpd minda terbuka yang progresif.

    so melayu di malaysia kna buang perangai buruk...malu pd bangsa bukan melayu...korang tak malu ker pada individu seperti nur aflah...she is a revert...but she is better than those born muslim. mereka yang revert lebih jernih hati berbanding yang dlm nih asyik taksub dan berkatuk kutuk sesama sendiri.

    lepas tu nih banding dengan singapura...baju penuh najis...tak nampak lepas tu dok nak bahas isu knapa di malaysia tak maju.. yang tak maju segelintir melayu yang berfikiran negatif. ada melayu maju tapi tak ramai. yang ramai nih jenis mulut menadah lepas tu menikam bangsa sendiri.

    aku pun nak kata apa jenis pun tak tau yang kelompok nih.

    so jom sesama perbaiki diri.. tak kira apa ideologi anda.

    politik boleh tapi biarlah berpada pada...jgn sampai kita menghina diri kita sendiri dengan perkataan yang teruk.

    ReplyDelete
  11. Aflah...

    Gua ter-link-kan ini pada blog gua,sbb ada relevan dgn caci maki tulisan gua...

    Sori...lee-wat bgtau!Mtk halalkan dunia akhirat!Kalau tak halal...Cakap je gua akan un-link balik!Huhuu..


    Roger!

    ReplyDelete
  12. Saya terjumpa laman ini, mengapa ada manusia sebegini yang begitu ....... http://www.antikhirtoyo.blogspot.com

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.