KPMU, CUTI DAN RAYA!

KPMU

Tahniah kepada team KPMU kerana berani juga menjawab komen kawan saya dalam posting “Kelab Penghasut Maya UMNO?”. Kalau nak baca ulasan KPMU, sila klik di sini.

CUTI

Buat makluman semua rakan blogger dan pengunjung blog ini, mulai esok saya akan bercuti dari menulis sendiri blog ini kerana saya akan mula bercuti untuk bersama suami yang terpaksa bertugas dan beraya di luar negara. Cik Ayu akan membantu saya untuk ‘copy n paste’ berita-berita hangat bagi maklumat pengunjung setia blog ini di sepanjang ketiadaan saya.

RAYA

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Salam Aidilfitri” buat semua rakan-rakan blogger dan juga kepada pengunjung blog ini.

Saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya saya ada melukakan hati sesiapa, membuat apa-apa kesalahan kepada sesiapa atau apa-apa jua perbuatan yang tidak disukai oleh sesiapa jua samada saya sedar ataupun tidak sedar sewaktu melakukan perkara itu.

Semoga Aidilfitri ini mengeratkan lagi hubungan kita sesama muslim tanpa mengira warna bangsa, warna politik mahupun warna baju raya yang nak dipakai nanti. :-)

P/S : Buat sesiapa yang belum join pertandingan tu, sila join segera sebab ada 97 penyertaan lagi sebelum saya nak cabut pemenang pertama NOTEBOOK yang disediakan.

Maaf! Sebab tak dapat nak 'wish' selamat hari raya pada setiap nama kawan-kawan kat blog ni.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. BILA KITA RAYA TIDAK SUNYI JUGA DARIPADA ISU SEMASA;SAYA MENULIS KERANA BENCI DENGAN KATA-KATA FITNAH.HARI INI KATANYA ANWAR JADI AGEN AMERIKA:(TV 3 JAM 8.00 MLM)

    CIA ADA DIMANA-MANA PENJURU DIMALAYSIA.
    SIAPA SEBENARNYA AGENS YAHUDI.
    BUKANKAH UK/USA.

    MALAYSIA BERADA DITENGAH-TENGAH ASIA TENGGARA.
    SINGAPORE MENJADI AGEN UTAMA AMERIKA.
    KENAPA HENDAK TUDUH ANWAR.
    EKO.KITA BERURUS DENGAN AMERIKA.
    UK/USA ITU ADIK BERADIK KEPADA AYAH YANG SAMA DENGAN YAHUDI.
    FREEMASON SUDAH LAMA BERTAPAK DIMALAYSIA.
    SIAPA AHLI NYA.??????
    ORANG-ORANG INI MEMANG TIDAK SUKA ISLAM BERTAPAK DIMALAYSIA.
    ADAKAH ANWAR TIDAK SUKA KEPADA ISLAM?
    ORANG-ORANG FREEMASION AKAN BINASAKAN ISLAM.
    JANGAN TERPESONG DAN MENYEBAR FITNAH MENGATAKAN ANWAR AGENS KEPADA AMERIKA.
    HARI HARI KITA DENGAN FITNAH DRP TV3 KATA SINIS DRP SENYUM KAMBING DALAM UTUSAN MALAYSIA. GOSSIP SEBENARNYA BUNGA KPD FITNAH.
    SIAPA SEBENAR MENABUR FITNAH.
    ADAKAH ANWAR?....
    MULUT-MULUT MEREKA WALAUPUN SEDANG BERPUASA LEBIH BUSUK DRP BANGKAI MANUSIA.
    NERAKA LAH BAGI MEREKA INI SELAYAKNYA.(prof).
    OTAK AWAK PENUH DENGAN PERRASAAN BENCI.AWAK BELAYAR DENGAN
    SIAPA.JANGAN MALUKAN ORANG MELAYU.
    BARU JADI PROF. DAH NAK BELAGAK PROF.TAHI KUCING.

    ReplyDelete
  2. Salam Aidil Fitri Buat Aflah sekeluarga!

    ReplyDelete
  3. aper ke bender si mustapha ni tulis... daripada mula sampai sekarang...melalut yang bukan...cakap pun tak der point... kor merepek buang tebiat ker mustapha...dulu aku dah sound...ko kalau dah taksub sangat dengan nuar tu ikut engkau lah...ko nak junjung atas kepala ko...tak der saper peduli...tapi yang ko nih merepek bukan bukan apa hal. nuar tu serpihan umno...kalau serpehan pas muingkin isu isu tak jadi hal...aku raser agak nyer...tapi senang ceriter.tak payah nak pening kepala

    ReplyDelete
  4. Saya dekat Johor , semasa pilihanraya 12,saya undi PAS.
    PAS ADALAH PARTI TERBAIK DIMALAYSIA.
    DI SEBELAH TIMUR,DIKELANTAN HEBAT.
    DI SEBELAH SINI MASIH BANYAK PERLU DIPERJUANGKAN.
    KITA AKAN JADI PAKATAN YANG HEBAT.
    MELAYU MESTI BERSATU.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.