SAH? 16 SEPT TAK JADI, SEBAB …


Merujuk kepada MSTAR dan juga laporan Malaysiakini yang bertajuk “PKR Fear Anwar’s Bail Revoked Tomorrow”

Malam tadi, DS Anwar Ibrahim telah mengadakan majlis solat hajat dan juga terawih di rumahnya. Selepas itu, beliau telah memberikan ucapan ringkas kepada mereka yang hadir dalam majlis itu.

Antara ucapan beliau ialah :

"Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.”

Esok, Anwar akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta bagi mendengar sebutan semula kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 23.

Tian Chua dalam laporan yang ditulis oleh Malaysiakini telah mengeluarkan kenyataan mengenai kebimbangan PKR mengenai prosiding mahkamah esok. PKR bimbang jika ‘ikat jamin’ yang diberikan sebelum ini akan ditarik-balik. Tidak mustahil perkara itu boleh berlaku. Lebih-lebih lagi selepas PM mengeluarkan kenyataan “Saya akan pastikan pelan 16 September tidak akan berlaku”

Menjawab tentang kebimbangan ikat jaminnya akan ditarik-balik, Anwar berkata :

“perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.

"Esok saya perlu ikuti prosedur mahkamah. Jadi kemungkinan pada sebelah petangnya atau hari berikutnya kita akan bermesyuarat mengenai persediaan kita menghadapi 16 September,”

"Jumlah mereka (yang ingin melompat) kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan 'menghayati Ramadan' di Taiwan kita perlu tunggu dahulu, ada antara Ahli Parlimen BN yang menyertai lawatan tersebut telah berjanji kepada saya untuk meneruskan matlamat mereka meninggalkan BN."

Perkembangan terbaru ini menguatkan lagi desas-desus yang menyatakan pelan 16 September hanya retorik semata-mata dan tidak akan berjaya.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

15 comments:

  1. Salam...

    Anwar terus mengumpan harapan...

    Takut rakyat kecewa...

    Entahlah Aflah... Siang tadi saya sempat berbual dengan seorang rakan aktivis Parti Gerakan, seorang muda yang menjadi antara harapan Tan Sri Koh...

    Beliau merupakan rakan yang agak rapat (dalam politik) semenjak kami di kampus dulu... Seorang aktivis, seorang rakan (rakan gaduh, rakan ketawa, rakan kongsi).

    Beliau tegaskan yg Gerakan takkan tinggalkan BN!

    Walaupun insiden 'koyak gambar' itu sememangnya menimbulkan rasa x puas hati mereka terutamanya terhdp umno Penang...

    Berkenaan insiden itu, katanya Gerakan memegang penuh pendapat bahawa, kalau BN nak adil, ISA sepatutnya digunakan ke atas Ahmad...

    Cuma, beliau menambah bahawa Gerakan juga sedang dalam plan untuk PERUBAHAN dalam BN! Terutamanya perubahan dalam kepimpinan umno! Gerakan sdh x bleh terima Pak Lah, juga x bleh terima Najib!

    Jadi, saya pun soal lah, "so, who?"

    Selepas berteka-teki buat seketika, beliau pun menyatakan nama seseorang... Dan lagi katanya, "there are several others that shared the same thought!"

    U know who? Gerakan nak Tok Pah!

    Its Mustapha Mohamad, Aflah... Mustapha Mohamad = PM

    Hmmm.............

    p/s : 16 sept mungkin lebih cerah utk 'happen' if Gerakan keluar BN... Tapi, jelas...x mungkin...

    ReplyDelete
  2. SUDAH JELAS UMNO PENANG TIDAK TERIMA PARTI GERAKAN DLM BN KERANA SUDAH HILANG SOKONGAN RAKYAT. TIDAK MAMPU MENANG DLM PRU. GERAKAN NAK MASUK DAP PUN, BUAT KACAU DAUN JE.
    JD GERAKAN AKAN TERKUBUR DGN SENDIRI NYA.

    ReplyDelete
  3. Kenapa pula tak Jadi..-
    Kerbau dah di tambat , ayam dah di rebankan , kayu api dah di kumpulkan , pondok dah di dirikan , anak-anak dan cucu dah dipanggil balik ke kampung. kumpulan kompang sudah di tempah , jalan semak samun sudah di tebas,Bunga Mangga dah di siapakan , semua anak gadi di kampung ini sudah di panggil balik untuk membawa bunga mangga,Kumpulan Silat sudah di tempah. Bukan mudah mahu dilakarkan sejarah anak Ceruk Tok Kun menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh, Bukan mudah kita mahu jumpa dengan Presiden Bush , Al Gore , Gus Dur , Estrada jika bukan anak Ceruk Tok Kun yang jadi Perdana menteri pasti meereka tidak akan tiba kemari. Hari - hari Tik mengadap kelendar, sehelai demi sehelai atuk siatkan setiap hari.

    Kenapa pula tak Jadi..
    Tak best lah, atuk dah siap tempah tiga pasang baju Melayu nak pakai pagi tengah hari dan malam, dahulu pun macam itu juga , dah hampir nak jadi Perdana Menteri tapi tak jadi , jangan lah main-main , ini bukan perkara main-main , atok serious ni, kenapa tak jadi lak ? kumpulan Boria atuk dah tempah lima kumpulan . M daud kilau kata nak datang , Ito dengan kumpulan Blues Geng yang main dekat Duke di Duta Vista dah ambil cuti nak datang , Helmi the Gimmik pun nak datang. Ala ...kenapa tak jadi, Tak best lah.......

    Kenapa pula tak Jadi..
    Anak atuk kata nak balik senminggu nak buat persediaan menyambut kembalinya anak Ceruk Tok Kun jadi Perdana Menteri, tak jadi ke,,,,,,, ???? ala ytak best lah macam ni , misti cucu atuk tak nak balik. Jangan lah main-main , cakap lah jadi ke tak jadi ni. jalan dah atuk turap , Lebai Seman ngan Mak Jah dah warnakan rambut , Pak Ali baru tempah gigi palsu, 20 tahun tak bergigi palsu , sanggup pergi Dr gigi kerana nak sambut Anak Ceruk To Kun jadi Perdana Menteri.

    Kenapa pula tak Jadi..

    TAK JADI LAH ATOK , ATOK TAK FAHAM KE ATOK TAK JADI, ....... TUHAN TAK NAK JADIKAN LAH.... ATOK..... OH ATOK MANG TAK JADI ..LAMA DAH TAK JADI ....ATOK TAK FAHAM KE ATOK TAK JADI ,..... MACAMA MANA NAK JADI ATOK.... SEBAB KATAK TAK LOMPAT.. KENAPA KATAK TAK LOMPAT, MACAMMANA KATAK TAK LOMPAT , MACAM MANA KATAK NAK LOMPAT TEMPAT BICAK-BICAK. LA...KENAPA TEMPAT BICAK SBB HARI SENTIASA HUJAN , KENAPA PULA SENTIASA HUJAN SEBAB KATAK PANGGIL HUJAN, KENAPA KATAK PANGGIL HUJAN , SEBAB ANWAR SURUH KATAK LOMPAT, KENAPA ANWAR SURUH KATAK LOMPAT SEBAB ANWAR SUKA KATAK KENAPA ANWAR SUKA KATAK SEBAB KATAK SUKA LOMPAT.......YANG LOMPAT TUN M LAH ATOK ....LOMPAT BALIK DALAM UMNO......KENAPA TUN PULAK YANG LOMPAT..... DAH LAH ATOK WEI.......... BILA NAK HABIS NI.......

    Atok jawab : Macam mana nak habis selagi Anwar tak jadi katak.

    www.kpmu.net

    ReplyDelete
  4. Apa yang saya baca apabila Anwar umumkan mahu tubuh kerajaan pada 16 Sept , saya terlalu yakin bahawa Anwar sememangnya tidak ada target untuk menubuhkan kerajaan , tapi apa yang Anwar lakukan adalah sesuatu yang tidak akan merugikan Anwar langsung. dengan gimmik ini.
    1) Anwar tahu apa saja yang keluar dari mulutnya akan dipercayai oleh penyokong fanatik nya. Dia untung di Permatang Pauh kerana penyokong nya terlalu yakin dengan apa saja yang Anwar katakan , jika Anwar berkata berulang kali bahawa Wan Azizah lah yang menyebabkan dia di penjarakan dahulu ,pasti penyokong dia akan membenci Wan Azizah tahap gaban.
    2) Dia cuba menyekat pelabur untuk melabur di Malaysia kerana tidak ketentuan senario politik dan dengan itu beliau akan membuktikan dengan hujah ritoriknya yang mana indah khabar dari rupa dan hanya jani-janji kosong sahaja. Ini juga memberikan keuntungan kepada Anwar bila Pak Lah di lihat sebagai lebih bodoh dari dia dan sedikit sebanyak tekah mengakibat ekonomi negara terjejas. Anwar untung di sini lagi.
    3) Dia menepatkan diri nya setraf dengan Pak Lah sebagai perdana menteri in making sedangkan ini tidak mungkin terjadi dan beliau akan mendapat layanan setaraf dengan PM . ini juga menguntungkan beliau.
    4) Sedikit sebanyak gimmiknya menunjukan bahawa Keadilan lebih kuat dan BN - ini berlaku juga dan satu keuntungan kepada beliau.

    Bagaimana jika tiba masanya ianya tidak berlaku apakah penyokong beliau akan hilang kepercayaan kepada beliau?

    Anwar tahu ini tidak mungkin berlaku kerana penyokong beliau bagaikan sudah disihir. Cari saja alasan seperti mana yang dilakukan hari ini, sekarang semua penyokong beliau akan berlih kepada 20 hb dan akan mempercayai akan ianya akan tetap berlaku. lagi banyak tarikh yang di alih oleh Anwar lagi dia beruntung kerana sekurang-kurangnya dapat mengalihkan isu liwat almost completly. Anwar bijak bermain dengan kata-kata , itulah Allah SWT tidak megizinkan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun dia hapir senafas untuk menjadi Perdana Menteri sebelum ini dan allah SWT meletakkan dia di tempat yang sepatutnya dia mencuci dosa-dosa di dunia, namun di akhirat belum lagi.
    Kememngan di Permatang pauh hanya ujian dari Allah SWT untuk melihat sejauh mana ego dan riak Anwar. itu saja.
    Yang buruk datangnya dari aku dan yang baik datangnya dari Allah SWT, nampaknya apa yang akaun tulis hari ini semuanya datang dari aku...... ha ha ha.... salam , maaf ia NurAlfiah mencuri ruang yang agak lebar diu kampung halaman Puan. assalamualiakum ,,,, selamat sejahtera, cuma yang ini Abah punya.

    ReplyDelete
  5. soal tarikh tak penting. asalkan jadi je

    ReplyDelete
  6. Salam Aflah...

    macam biasa kita tunggu,kalau tgk BN punya geng pun dah kalut semacam walaupun depa kata takkan jadi tapi ambik serius perkara ni...

    apa-apa tunggu je la...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    1. Kita sering mendengar nasihat ini : "tak baik memberi harapan". Setakat ini yang saya nampak hanya tarikhnya sahaja yang melompat-lompat.

    2. Perlukah ahli-ahli BN yang hendak melompat parti itu untuk berada di Malaysia untuk melompat ? Tidak bolehkah mereka menyatakan keputusan mereka untuk melompat secara sidang akhbar di mana-mana negara di dunia ini ?

    3. Dalam hal BN pula, jelas nampak ketakutan apabila BNBBC membuat "lawatan" ke Taiwan untuk "mendalami" perkembangan terkini sistem pertanian di sana. Persoalannya :

    (a) mengapa BNBBC ?
    (b) mengapa tidak wakil dari Kementerian Pertanian & Asas Tani yang pergi ?
    (c) mengapa perlu pergi pada waktu "ini" ? Kritikal sangatkah bagi Malaysia untuk mempelajari sistem dari Taiwan ini ?

    ReplyDelete
  8. Pahlawan Melayu atau Pengkhianat Bangsa?

    Perwatakan dan gaya Dato' Ahmad Ismail menampakkan beliau seorang Panglima Perang Besar bangsa Melayu yang begitu garang dan tegas. Seolah-olah tidak ada seinci pun yang akan diberikan oleh panglima ini dalam menegakkan kedaulatan dan keagungan bangsa

    Tetapi adakah ini kebenaran atau persepsi semata-mata? Kalau benar ia hanya persepsi, silat persepsi sebegini rupa hanya boleh diajar oleh seorang ahli politik sahaja. Ahli politik yang ketandusan prinsip. Ahli politik yang dahulunya berwajah pejuang bangsa dan kini sudah bertukar rupa untuk menjadi musuh bangsa Melayu nombor satu, Anwar Ibrahim.

    Seni halus yang dimainkan oleh Ahmad Ismail berbau Anwar. Anwar dengan liciknya menarik perhatian orang ramai kenegeri Sabah dan Sarawak sedangkan pergerakannya banyak tertumpu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di negeri kuatnya Pulau Pinang.

    Fakta yang sahih menunjukkan Anwar Ibrahim telah mengambil Ahmad Ismail sebagai anak didik politiknya ketika Anwar menjadi Ketua Perhubungan Negeri. Dari ahli biasa, Ahmad Ismail diangkat oleh Anwar hingga beliau memegang tampuk kepimpinan Bukit Bendera. Dalam tempoh ini, segala kemahuan dan nafsu duniawi Ahmad Ismail dipuaskan oleh Anwar. Ahmad Ismail begitu terhutang budi dengan jasa yang telah ditabur oleh mentor politiknya.

    Pada tahun 2008, Anwar meraih hutang budinya dari Ahmad Ismail. Namun, bukanlah kenangan kisah silam sahaja yang berjaya membuat Ahmad Ismail mengkhianat bangsa sendiri. Kerakusan dan ketamakan Ahmad Ismail menjadi pendorong utama mengapa dia sanggup menggadai maruah diri, maruah bangsa dan maruah UMNO.

    Setelah Pulau Pinang jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Dunia Ahamad Ismail menjadi semakin gelap. Dia seolah-olah karam dalam lautan politik yang bergelora ini.Hanya Anwar sahaja yang boleh menyelamatkannya.

    Dengan sekelip mata, Ahmad Ismail dengan relanya menjayakan wayang dan mengupas agenda sebenar Anwar Ibrahim yang telah menggegar negara baru-baru ini. Ketika sidang akhbar itu berjalan, pesan Anwar Ibrahim bergema di dalam Ahmad Ismail – "Bakar semangat Melayu, Pastikan BN berpecah tanggal 16 Sepetember ini. Pastikan Gerakan dan MCA keluar dari Barisan. Bila aku kembali berkuasa kau akan menerima habuannya."

    Tanggungjawab UMNO ialah untuk memperjuangkan nasib anak bangsa, dan dengan nada yang sama, kepada pemimpin yang sengaja membelakangi tanggungjawab ini demi kepentingan peribadi, UMNO harus berani menjatuhkan hukuman seberat beratnya. Kerana UMNO alaf baru ini tiada tempat untuk pengkhianat anak bangsa dan boneka Anwar Ibrahim seperti Ahmad Ismail ini.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    rahman332,

    Pandangan yang menarik.

    ReplyDelete
  10. Ahmad Ismail adalah wira Melayu? kerana sanggup berperang idealogi dengan GERAKAN-
    DAP dan MCA.
    Gendang politik sudah berbunyi..gerak tari sudah bermula..
    Tarikh 16 sept. akan menentukan segalanya.Mahu tidak mahu ada desakan......
    Patang melayu berundur daripada kalah MATI.
    INI PERJUANGAN.
    Kalau tidak ia akan menjadi sia-sia dan menjadi tidak menarik lagi.
    JANGAN PUTUS ASA.

    JANGANLAH KAMU BERDUKACITA DAN BERSEDIH HATI KIRANYA KAMU SEORANG YANG BERIMAN.

    ReplyDelete
  11. Masa telah tiba kita mesti memperjuangkan kebenaran dan kejujuran mengikut RUKUN NEGARA, APA ITU RUKUN NEGARA, APA DI TULIS KAT RUKUN NEGARA, BACALAHsendiri di bawah dan tolong bertaubat bulan ramadhan ini tolonglah tolong diri berhenti mencuri harta rakyat.

    [edit] Malay text
    BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

    mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
    memelihara satu cara hidup demokratik ;
    mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
    menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
    membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    [edit] Literal translation
    WHEREAS OUR COUNTRY MALAYSIA nurtures the ambitions of:

    achieving a more perfect unity amongst the whole of her society;
    preserving a democratic way of life;
    creating a just society where the prosperity of the country can be enjoyed together in a fair and equitable manner;
    guaranteeing a liberal approach towards her rich and varied cultural traditions; and
    building a progressive society that will make use of science and modern technology.
    NOW THEREFORE WE, the people of Malaysia, pledge to concentrate the whole of our energy and efforts to achieve these ambitions based on the following principles:

    BELIEF IN GOD
    LOYALTY TO KING AND COUNTRY
    THE SUPREMACY OF THE CONSTITUTION
    THE RULE OF LAW
    COURTESY AND MORALITY


    ORANG BN TELAH LUPA RUKUN NEGARA KITA, hingakan lagu kebangsaan kita pun di tukar,
    SAYA berharap pihak yang berkenaan akan tukar fikiran dan balik semula kepada princip asal negara berikutan RUKUN NEGARA KITA. TOLONG BACA DAN BERASA BANGGA, KITA SEMUA AKAN MATI SATU HARI JUGA, TAPI DI HATI KITA BERTABIT KEPADA TUHAN DAN BENDERA ataupun syaitan, kroni, rasuah dan hasutan, yang mana terpulang kepada tuan2 semua. MINTA MAAF jikalau bahasa malaysia saya bahasa pasar, tapi dah terlalu lama tak pakai, duduk di luar nusuntara. SALAAM, SELAMAT BULAN RAMADHAN, dan SELAMAT HARI RAYA PUASA.
    dengan tulus ikhlas,
    ARTIC TURBAN

    ReplyDelete
  12. BELUM JADI PM MACAM MACAM HAL ....CAKAP BERBALIK BALIK...SEMUA YES MAN YES MAN .....

    DOK YES YES YES YE YE S S S ............ .... ... .. . ..

    KALAU JADI PM AGAK NYA CAKAP CAKAP MACAM MANA PULAK.....JGN LAH ....... SIANG LAIN MALAM LAIN...

    KEPADA YANG MENARUH HARAPAN SABAR DAN SETIA LAH ANDA PADA BOS ANDA.

    KEPADA YANG MENGHARAP TAK JADI...
    JANGAN SERONOK SANGAT....


    AKU ...TETAP AKU NO EAST NO WEST..

    ISLAM IS THE BEST

    ReplyDelete
  13. pada semua termasuk aku...

    kita semua kena muhasabah diri ...di bulan ramadhan....ni kita kena muhasabah diri bebanyak...

    apa yang kita jangkakan sebenarnya hanyalah sangka sangkaan kita.

    apa yang kita sangka kan adalah hanya jangka jangkaa kita..

    yang MAHA ESA telah memberi petunjuk petunjuk yang jelas dan nyata...tapi hati nurani kita terhijab... jadi nafsu kita menguasai hati nurani...jadi telahan fikiran tidak berfungsi...

    padahal buruk baik dah patut kita dapat bezakan. tapi seperti apa yang di jangka tak seperti di sangka. dan sebaliknya...

    balik lah pada QALAM TUHAN.

    ISTIQARAH lah dalam membuat keputusan...jika kita dah bebal dalam fikiran...mohon ALLAH buka pandangan fikiran.

    mengharap pada manusia tiada berkekalan... berserahlah pada ALLAH dalam mencari panduan.

    aku lihat masing masing keghairahan bukan rujuk pada peminpin tetapi pada kita semua yang berteka teki tanpa asas.. balik lah pada hakikat kebenaran...

    pemimpin a dan geng mcm nih

    pemimpin b n the gang mcm nih

    apa yang aku harap dari mereka

    ada atau takda....

    susah sangat ...buka AL Quran cari panduan.. sebenarnya bukan apa... supaya kita tak ralat kemudian.

    tak percaya ke AL Quran....jgn cakap begitu... nanti tergelincir aqidah.

    SALAM

    ReplyDelete
  14. LAWAK JUGA ....BERITA HAL SELUDUP TUDUNG.. 3170 TUDUNG GAGAL ...

    HA SEKARANG SEMUA NAK DI SELUDUP...
    APA MESEJ NYA...MAKNA KESEDARAN BERTUDUNG DAH MENINGKAT...BAGUS LAH TUTUP AURAT..

    NAMPAK NYER ADA 3170 KEPALA TENGAH BOGEL... HE HE... BUKAN APA AGAK NYER YANG TAK BERTUDUNG TU DAH RASA KEPALA MEREKA DAH PANAS KOT...BAGUS GAK TU...ADA SEDAQ

    TAPI JGN TUTUP ATAS JER YANG BAWAH TERDEDAH...

    AKU HARAP ISU TUDUNG NIH JGN JADI ISU NASIONAL DAH LAH....NANTI INI PUN DI POLITIK PULAK

    LEPAS NIH APA PULAK ISU TAK TAU..LER

    JGN ADA ISU SELUDUP SELUAR DALAM DAH LAH ATAU ADA PULAK YANG KEMPEN TAK NAK PAKAI SELUAR DALAM....HARU... KALAU LELAKI TAK PER LER ADA SELUAR LUAR...TAPI KALAU JANTINA SATU LAGI ...HARU...

    KAK AFLAH .... AKU KOMEN JER...TAKDER NIAT APER APER..

    MANA POSING MELEREK KAK..... CHUNNN

    LAR... HE HE HE... USIK JER ...JGN MARAH TAU...NANTI PAHALA AKU DAPAT

    SALAMNZ TO ALLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL

    ReplyDelete
  15. salam.. last sampuk, confirm 916 Persekutuan Tanah Melayu berkubur tanpa nesan... diganti Persekutuan Malaysia... whats next?

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.