BERITA BAIK LAGI!
Nak cari duit raya?
Kini, Kastam Diraja Malaysia menawarkan ganjaran serta-merta RM 10,000 (paling lambat 3 hari) jika anda mempunyai maklumat tentang sesiapa yang menjadi pembekal mercun untuk Aidilfitri tahun ini.
Bukan itu sahaja, jika hasil rampasan itu besar. Anda akan mendapat ganjaran 10% daripada jumlah mercun yang berjaya dirampas. Ganjaran 10% itu akan diberikan terus kepada anda tanpa perlu menunggu keputusan perbicaraan di Mahkamah.
Bayangkan kalau hasil rampasan itu bernilai RM 1 juta, sudah tentu anda akan beraya sakan tahun ini sebab akaun bank anda bertambah RM 100,000. Banyak tu!
Jadi, kepada semua peniaga sambilan mercun tahun ini, lebih baik anda bertukar profesion kepada ‘mata-mata kastam’ pulak tahun ini. Hasilnya tentu lumayan kerana anda tentulah tahu ‘siapa’ yang menjadi pembekal utama di daerah anda.
Memanglah mudah mendapat wang raya dengan menjadi penjual mercun, tetapi adakah hasil yang anda perolehi itu halal di sisi Allah SWT? Jika hukumnya haram, apakah kesannya jika wang itu digunakan untuk menyara makan-minum keluarga anda?
Patutkah umat Islam di negara ini merayakan Aidilfitri dengan bermain mercun biarpun setakat mercun 'budak-budak"?
Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.
Nur Aflah : SAYA ANTI MERCUN!
AFLAH...YOU ARE CORECT. CORECT . CORECT
ReplyDeletepada pandangan saya pula. Islam benarkan jual beli yakni berniaga. jikalau barangan perniagaan itu mercun atau pun rokok kretek, dlm islam di bolehkan tetapi dalam lunas lunas undang2 malaysia diharamkan. (kalau salah...harap diperjelaskan)
ReplyDeletemalaysia juga merayakan tarikh2 penting dengan pertunjukan bunga api.what.
zaman aku budak budak dulu tahun 70 an main jugak mercun tapi takder ler haru biru....tak der masaalah...... seronok jugak ..tinggal nostalgia.
ReplyDeletesekarang nih mercun pulak jadi isu ...macam macam lar dunia... hari nih ....apa saja pun boleh jadi isu...
sebab masing masing ada kepentingan...kalau tak silap aku...mengikut kata kawan kawan aku orang cina ... main mercun nak halau hantu...betul ker aku tak tau lar...mayb sesapa kaum cina betulkan statement aku...........
tapi kalau betul....boleh ler aku halau hantu hantu yang tengah banyak berkeliaran sekarang nih yang dok mengganggu orang ramai....he he gurau jer....
apa pun zaman berubah ....aku pun tak minat main mercun dah tua....bising sakit telinga....tapi kalau ada ....main ler juga..lepas gian...
tapi kampung aku main meriam kabaid.....
booooooom.......mmmmmm
salam
Salam,
ReplyDeleteTidak salah berniaga dgn menjual rokok dan mercun yang salah yang membelinya...seperti perokok kalau mereka semua berhenti merokok maka tiadalah penjual rokok lagi...biasalah berniaga dgn tiada pembeli..., kenapa mesti menyalahkan yg lain tanpa terlebih dahulu menilai apa yg kita sendiri buat, sedangkan kita sedar diri kitalah punca semua ini.. zms
pUAN aNTI mERCUN ATAU aUNTIE mERCUN?
ReplyDeleteGood article.
BUAT TIDAK TAHU SEBENARNYA PANDANGAN DRP PENDAPAT ORANG YANG LEMAH AKAL.
ReplyDeleteROKOK,
PENAWAR ATAU RACUN ?
MERCUN,
API,BUNGA API,KEBAKARAN,(API KEMARAHAN )BOLA API..SENJATA API.
DAN API CINTA.
ok ok jangan salahkan pembeli rokok. kalau takde jualan seluar jeans... adakah tuan akan nampak org pakai seluar jeans.
ReplyDeletebegitu juga ngan handpon dan lain lain...
over to you