STRATEGI TERBARU TUN MAHATHIR?


Merujuk kepada laporan Malaysiakini yang bertajuk Muhyiddin mahu PM serah kuasa lebih awal.

“Sudah terang lagi bersuluh”

Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan situasi semasa politik UMNO. Kini, Pak Lah (Presiden UMNO) sedang diserang depan dan belakang, kiri dan kanan. Samada dari ahli UMNO atau bukan ahli UMNO.

Hari ini, Muhyiddin mengulangi gesaannya semula. Beliau mahu Pak Lah menyerahkan kuasa secepat mungkin. Alasan yang diberikan Muhyiddin ternyata sama dengan alasan Tun Mahathir. Memang tidak menghairankan bila nada Muhyiddin seakan sama dengan Tun Mahathir. Mereka sudah duduk semeja.

"Tahun 2010 adalah terlalu lama, Saya ingin bertanya kepada beliau (Najib) sama ada mahu menunggu selama itu, kerana beliau (Najib) akan hanya mempunyai masa yang singkat untuk mengurus dan mengembalikan semula kenyakinan rakyat kepada Umno dan BN.”

Tetapi, Muhyiddin cuba menafikan spekulasi yang sedang bertiup kencang. Sikapnya yang ketara kritis sejak akhir-akhir bukan kerana dirinya mahukan jawatan Presiden atau Timbalan Presiden. Sebaliknya, demi masa depan UMNO. Itu jawapan yang diberikannya kepada wartawan hari ini.

Jawapan itu juga seakan sama dengan jawapan Tun Mahathir sebelum ini dan sekaligus menguatkan keyakinan bahawa Muhyiddin dan Tun Mahathir sedang merancangkan sesuatu untuk menjatuhkan Pak Lah.

Perkembangan mutakhir ini telah mengundang pelbagai pendapat dari para penganalisis politik tanahair. Ada penganalisis yang berpendapat, sebenarnya Tun Mahathir dan Muhyiddin hanya mahu menjatuhkan Pak Lah dan memastikan Najib menaiki takhta UMNO secepat mungkin.

Jika Najib berjaya memegang jawatan Presiden UMNO, maka habuan selayaknya untuk Muhyiddin adalah jawatan Timbalan Presiden UMNO. Sekarang ini, Tun Mahathir dan Muhyiddin sedang menanti reaksi akar umbi ahli UMNO. Mereka mengharapkan akar umbi UMNO akan mendesak Pak Lah melepaskan jawatannya secepat mungkin.

Oleh sebab itu, Tun Mahathir terpaksa masuk semula ke dalam UMNO. Tindakannya keluar parti sebelum ini langsung tidak meninggalkan kesan kepada akar umbi UMNO. Ahli UMNO masih setia dengan Pak Lah dan langsung tidak menghiraukan permintaan Tun Mahathir yang meminta ahli UMNO meninggalkan UMNO buat sementara waktu.

Oleh kerana strategi itu sudah gagal, maka Tun Mahathir terpaksa memasang strategi baru. Dari pemerhatiannya, hanya Ku Li dan Muhyiddin saja yang berani bersuara terhadap Pak Lah mengenai peralihan kuasa 2010.

Tun memerlukan Muhyiddin dan Ku Li untuk strategi terbarunya. Untuk mendapatkan sokongan mereka, Tun tiada pilihan lain melainkan masuk semula ke dalam UMNO. Pak Lah hanya boleh dijatuhkan oleh ahli UMNO sendiri. Pengaruh kuat Muhyiddin dan Ku Li dalam UMNO amat berguna untuk Tun Mahathir mendapatkan sokongan ahli UMNO bagi mendesak peralihan kuasa disegerakan.

Tun tidak mahu Anwar merampas kerajaan sebelum peralihan kuasa 2010 berjaya dilaksanakan. Dalam tempoh 2 tahun ini, Anwar boleh melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan BN. Masih ada lagi ahli UMNO yang menyokong Tun. Sokongan itu tidak boleh dipersia-siakan.

Tun Mahathir amat mengenali Anwar Ibrahim. Hubungan mereka suatu masa dahulu sudah seperti bapa dan anak sehingga ada yang menyatakan, Tun lebih menyayangi Anwar daripada anaknya sendiri. Banyak ilmu politik yang sudah dicurahkannya kepada Anwar Ibrahim. Tun sedar kemampuan dan potensi anak didik kesayangannya itu. Oleh sebab itu, Tun perlu bertindak segera. Tun perlu mengagalkan strategi Anwar sebelum nasi menjadi bubur.

Strategi terbaru Tun dilihat menguntungkan Muhyiddin. Jika Ku Li atau Najib menjadi Presiden UMNO, jawatan Timbalan Presiden tetap menjadi milik Muhyiddin. Serangan Tun, Ku Li dan Muhyiddin kali ini lebih tertumpu untuk menjatuhkan Pak Lah. Jika ditakdirkan strategi ini menjadi, Najib, Muhyiddin dan Ku Li akan mendapat habuan masing-masing. Mungkin Najib sebagai PM, Muhyiddin sebagai TPM dan Ku Li sebagai Menteri Kewangan.

Pak Lah tentunya sedar tentang permainan ini. Pak Lah kini seperti ‘King’ dalam permainan catur yang sedang menunggu masa untuk di‘checkmate’kan oleh lawannya. Ahli UMNO mungkin akan menyalahkan Pak Lah jika beliau menolak permohonan Tun untuk memasuki semula ke dalam UMNO. Harapan Pak Lah untuk meneruskan permainan ini nampaknya bergantung kepada kemampuan dan kesetiaan ‘Queen’nya yang sedang dihimpit askar biru muda.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. Salam!

    Muhyiddin sebenarnya tidak boleh bersikap tunggu dan lihat kepada apa yang sedang menghancurkan UMNO hari ini. Cuma Tun Mahathir terpaksa menjilat ludahnya sendiri kerana menarik balik apa yang telah dibuat beliau selama tiga bulan sebelum ini.

    Beranikah ahli UMNO untuk melaksanakan perubahan ini?!!!

    sekali lagi kita kena tunggu dan lihat...seorang telahpun dikambinghitamkan...yang lain pun dok tunggu masa...siapa? tak tahulah nak spekulasikan tetapi tunggu sajalah...

    thanks!

    ReplyDelete
  2. Bagi saya Muhyiddin tidak ada pilihan lain lagi "do it or die" ini adalah atas kesilapan beliau mengatur strategi dalam keadaan yang tidak waras sewaktu mula -mula UMNO di landa krisis kepimpinan sebaik sahaja selesai PRU12

    Keghairahan dan silap penafsiran bahawa akan ada satu kebangkitan satu gelombang yang akan bersama beliau dan kumpulan pendesak untuk mendesak Pak Lah berundur dari kerusi Perdana Menteri.

    Malangnya gandingan yang mendesak Pak lah ketika itu adalah gandingan yang gagal , maksud saya gandingan yang sentiasa gagal (KU Li) dan yang sedang mengahdap kegagalan DS Khir Toyo dan juga gandingan yang cuba menonjolkan diri kerana agenda tersendiri Puad Zarkashi.jangan kita tinggalkan pula Mukhriz.

    Puad Zarkashi akhirnya terserlah agenda beliau menawarkan dii sebagai Ahli Majlis Tertinggi. Khir Toyo sebagai Ketua pemuda UMNO untuk menghidupkan saki baki nafas kerjayanya dalam politik yang kini sedang kelemasan. Mukhriz juga 2 kali menawarkan diri sebagai Ketua pemuda UMNO dan punyai pertembungan krisis keluarga dengan Pak Lah.

    Dipendekan cerita : Muhiyudin tiada pilihan .........

    www,kpmu.net

    ReplyDelete
  3. Bagi saya Muhyiddin tidak ada pilihan lain lagi "do it or die" ini adalah atas kesilapan beliau mengatur strategi dalam keadaan yang tidak waras sewaktu mula -mula UMNO di landa krisis kepimpinan sebaik sahaja selesai PRU12

    Keghairahan dan silap penafsiran bahawa akan ada satu kebangkitan satu gelombang yang akan bersama beliau dan kumpulan pendesak untuk mendesak Pak Lah berundur dari kerusi Perdana Menteri.

    Malangnya gandingan yang mendesak Pak lah ketika itu adalah gandingan yang gagal , maksud saya gandingan yang sentiasa gagal (KU Li) dan yang sedang mengahdap kegagalan DS Khir Toyo dan juga gandingan yang cuba menonjolkan diri kerana agenda tersendiri Puad Zarkashi.jangan kita tinggalkan pula Mukhriz.

    Puad Zarkashi akhirnya terserlah agenda beliau menawarkan dii sebagai Ahli Majlis Tertinggi. Khir Toyo sebagai Ketua pemuda UMNO untuk menghidupkan saki baki nafas kerjaya nya dalam politik yang kini sedang kelemasan. Mukhriz juga 2 kali menawarkan diri sebagai Ketua pemuda UMNO dan punyai pertembungan krisis keluarga dengan Pak Lah.

    Dipendekan cerita : Muhiyudin tiada pilihan .........

    www,kpmu.net

    ReplyDelete
  4. Kalau Muhyiddin lompat ke Pakatan Rakyat bersama-sama penyokong-penyokongnya, Anwar juga akan lantik beliau jadi timbalannya.

    Wah nampaknya masa depan Muhyiddin begitu cerah sekali sama ada di UMNO atau Pakatan Rakyat.......

    ReplyDelete
  5. Aku tak kisah pun sapa nak menerajui kerajaan janji aku dapat makan , minum dan dapat pergi kerja dengan aman dan satu lagi gaji mesti dapat tiap-tiap bulan aku akan sokong mana-mana kerajaan.
    ....maimi.arai.

    ReplyDelete
  6. Tun Mahathir tidak akan berjaya,diam sahaja,isu liwat dahulu pun tidak berjaya.
    Isu pembangunan tidak kemana.
    Berhenti dulu dalam keadaan kecewa.Isu pandang ke timur tapi beli barangan uk/us.
    Ekonomi jatuh disebabkan diri sendiri
    (makan diri ).
    Hendak terjemahan semula al quran.
    MANA PERGI MELAYU KETIKA ITU.
    INILAH DIA YANG DIKATAKAN PEMERINTAHAN KUKU KAMBING.
    ATAU PEMERINTAHAN KAMBING.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.