KENAPA NAK PINDAH?


Pihak pendakwaraya mahu memindahkan kes liwat Anwar ke Mahkamah Tinggi. Peguam Anwar telah membantah permohonan tersebut kerana :

1) Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa dan kemampuan untuk membicarakan kes ini. Tidak perlu kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Hakim SM Komathy tersenyum mendengar kenyataan Sulaiman itu dan menjawab "Saya telah berkhidmat selama 26 tahun".

2) Notis untuk memindahkan kes tersebut hanya diserahkan kepada barisan peguam Anwar sebelum 10 minit sesi perbicaraan bermula. Peguam Anwar memerlukan lebih masa untuk meneliti permohonan tersebut.

3) Sijil untuk memindahkan kes tersebut telah ditandatangani oleh Tan Sri Ghani Patail. Sepatutnya, Tan Sri Ghani tidak boleh mencampuri urusan kes ini sepertimana yang telah dijanjikan oleh PM sebelum ini. Tan Sri Ghani (AG) dan Tan Sri Musa (IGP) sedang disiasat oleh BPR berhubung kes pemalsuan bukti yang dikemukakan oleh Anwar.

Kes akan disambung semula pada 24 September 2008.



Sumber : Malaysiakini dan Adil TV
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Kes ni patut nya dah digugurkan sahaja.Tapi ia lah bila sifat hasad dengki. tamak dan macam firaun ini lah jadi nya. Mereka yang mendakwa bilang hanya menjalankan tugas demi kebenaran-ingat lah kepada ALLAH. jangan lah menginaya orang dan berlaku zalim. SDri Nur Aflah teruskan perjuangan meniup angin perubahan. dh9753

    ReplyDelete
  2. mari lah sama kita bersolat hajat di bulan yang penuh barakah ini agar perjalanan mahkamah menjadi licin tanpa ada tangan-tangan ghaib yang datang menghantui YG.Arif Hakim.

    ReplyDelete
  3. KES INI SEBENAR-BENARNYA SUDAH TERSILAP DARI AWAL-AWAL LAGI.
    JANGAN JADI JAKUN.
    DAN BUTA SEGALANYA.
    JANGAN JADIKAN MAHKAMAH INI SEBAGAI MAHKAMAH HANTU YANG SEDANG MENGADILI
    SIAPA YANG TIDAK MEMBUAT KEJAHATAN.
    YANG BUAT BAIK AKAN DIHUKUM.

    MAHKAMAH SYAITAN.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Kuasa Tinggi BN tidak dapat berubah, masih lagi main kotor cuba gagalkan hasrat rakyat supaya Malaysia memiliki kerajaan yang tidak salah gunakan kuasa,hormati undang-undang, bermoral dan bersih.

    Jawapannya satu saja yang tinggal--Jatuhkan BN secepat mungkin dengan cara apapun dan Malaysia 'Start over again' with PKR.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.