AYAT-AYAT CINTA

Saya cuma ingin membuat sedikit ulasan mengenai filem “ayat-ayat cinta” yang sempat saya tonton pada hari ahad yang lepas. Filem yang didasarkan dari novel karya Habibburahman El-Shirazi ini memang sangat menarik untuk ditonton oleh sesiapapun tanpa mengira batas jantina, bangsa, agama mahupun keturunan.

Sekalung penghargaan dan pujian buat pengarah dan penerbit filem ini kerana mereka telah berjaya menghasilkan sebuah filem yang bertaraf 5 bintang. Biarpun filem ini masih lagi melanggar beberapa ‘batas’ syarak, tetapi usaha dan kreativiti mereka itu diharapkan akan dapat membuka mata dan minat penerbit di Malaysia untuk menerbitkan filem-filem yang berdasarkan kepada syariat Islam yang sebenar.

Khabarnya, filem ini adalah antara filem yang telah mencapai jumlah kutipan yang tertinggi dalam sejarah pembikinan filem di Indonesia. Saya sarankan kepada sesiapa jua yang membaca blog ini agar menonton filem ini dan anggaplah apa yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri kita sendiri.

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Assalamualiakum.wr.wb..
    sy salah satu org yg terobsesi dgn film ayat-ayat cinta..apakah anda juga setuju dgn POLIGAMI?

    ReplyDelete
  2. Walaikum salam wr. wb.

    Saya tidak menentang poligami kerana ianya telah termaktub di dalam Al-Quran dan saya meminati filem ayat-ayat cinta kerana filemnya begitu islamik biarpun terdapat beberapa babak yang masih tidak menetapi kehendak syarak.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... berarti anda salah satu wanita yg lebih mementingkan Al-quran & Hadits daripada ego sebagai wanita..
    karena saat ini banyak sekali wanita yg menentang poligami hanya karena alasan Zender,tanpa melihat hukum Allah yg ada dalam Al-quran & Hadits...
    Semoga Anda tetap Istiqomah,,,amien...amien...

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.