Pejabat Pos di seluruh Malaysia hari ini telah diserbu oleh pemilik kenderaan berdaftar yang ingin mengambil rebet tunai yang telah dijanjikan oleh pihak kerajaan. Saya juga salah seorang daripada mereka yang mengambilnya hari ini. Biarpun saya membantah keras kenaikan harga petrol tapi saya tetap mahu mengambil juga wang tersebut kerana :
1)Siapa yang tak nak duit dalam keadaan ekonomi negara yang sangat menekan sekarang?
2)Saya bimbang kalau kerajaan mengubah pendiriannya dan rebet tersebut ditarik balik.
3)Sekiranya kepimpinan negara berubah dalam masa terdekat (seperti yang diwarwarkan di internet), tentunya rebet ini akan dihapuskan kerana harga minyak akan diturunkan sepertimana yang telah 'dijanjikan'.
Bagaimanapun, saya ingin menegaskan di sini bahawa jumlah rebet tersebut memang tidak memadai dengan kesan kenaikan harga minyak. Bukan sebab saya tamak atau tidak tahu berterima kasih, tapi kerana nilai RM 625 sangat sedikit berbanding nilai kenaikan kos sara hidup yang sedang dialami sekarang.
Sepanjang 3 jam menunggu giliran, saya sempat berbual dengan beberapa orang yang berada di situ. Kesemuanya menyatakan yang mereka tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan menaikkan harga petrol. Berbakul-bakul 'sumpah-seranah' yang dilemparkan kepada pihak kerajaan. Itulah harga yang perlu dibayar oleh kerajaan terhadap tindakan mereka itu.
Saya amat tertarik dengan hujah yang dilontarkan oleh salah seorang yang berborak dengan saya tadi. Dia berpendapat, tujuan utama kerajaan menarik balik subsidi minyak adalah kerana ingin memastikan semua projek koridor negara dapat dilaksanakan. Jika tidak, kerajaan akan didakwa gagal menunaikan janji mereka pada PRU 12 dulu. Kesannya sudah tentu pada PRU ke 13 nanti.
"Kalau menteri, orang atasan, pegawai besar dan pakar-pakar ekonomi tu gaji dia 2 ribu macam saya... baru dia tahu macam mana peningnya kepala otak saya nak uruskan belanja bulan-bulan. Sekarang ni, saya nak beli ikan masin pun fikir 10 kali!"
Itulah kata-kata yang keluar dari mulut pegawai kerajaan yang saya temui tadi. Apa pula kata petani, pekerja swasta, nelayan, peniaga pasar malam dan pekerja am agaknya? Fikir-fikirkanlah...
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.