Masa sukar untuk semua

Hari ini, saya mengadakan mesyuarat dengan pengurusan syarikat dan selepas itu dengan semua kakitangan saya. Memang agak ganjil jika saya memaklumkan isi perbincangan mesyuarat tersebut di laman blog ini. Namun begitu, setelah berfikir dengan mendalam, saya rasa perlu untuk memaklumkannya di sini kerana saya dimaklumkan yang laman web kami telah menerima kunjungan yang amat memberangsangkan setelah kami aktif di laman You Tube. Saya berharap, tulisan saya ini akan dibaca atau ‘diterbaca’ oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Dalam mesyuarat tadi, fokus kami adalah mengenai isu kesan kenaikan harga petrol dan kesannya terhadap syarikat dan juga terhadap kakitangan syarikat. Sebelum ini, kami telah merancang untuk memindahkan semua urusan syarikat ke negeri Melaka pada awal bulan Julai kerana kos operasinya lebih murah berbanding Selangor dan Kuala Lumpur. Selain menjimatkan kos, kami juga tertarik dengan usaha kerajaan negeri yang telah membina Kampung Buku di Ayer Keroh sebagai salah satu usaha untuk menyuburkan budaya mencintai ilmu di kalangan masyarakat biarpun terdapat segelintir pihak yang mendakwa nasib Kampung Buku tersebut akan senasib dengan Kampung Buku di Langkawi. Saya tidak mahu mengulas isu tersebut buat masa ini.

Dalam perbincangan tadi, kami telah menggariskan beberapa isu yang boleh menggugat pendapatan syarikat pada tahun ini ekoran kenaikan harga minyak :

1) Minat orang ramai untuk membeli buku akan menyusut kerana mereka perlu mengutamakan perbelanjaan asas yang kian mahal dan membebankan.

2) Para ibubapa tentunya akan menghadkan perbelanjaan anak-anak mereka untuk membeli buku kerana tambang bas sekolah akan dinaikkan dan para ibubapa tentunya sedang pening memikirkan persiapan belanja Aidilfitri yang bakal tiba, persiapan belanja persekolahan tahun hadapan dan difahamkan, harga makanan di kantin sekolah juga mula dinaikkan.

3) Kos penerbitan buku yang tinggi pada masa ini dijangka akan terus naik sehingga 50% pada tahun ini dan ini tentunya akan mengecilkan lagi margin pendapatan syarikat kerana kami tidak mahu menaikkan lagi harga jualan buku kerana ia akan membantutkan lagi minat orang ramai untuk membeli buku.

4) Kadar inflasi negara dijangka akan melonjak sehingga 8% pada tahun ini sekiranya pihak kerajaan gagal memperkenalkan pakej subsidi dan insentif yang boleh menstabilkan kadar tersebut. Beberapa orang rakan saya yang bekerja sebagai penganalisis ekonomi menyatakan, ini adalah saat yang paling sukar untuk IKS dan usahawan kecil. Jika kerajaan tidak dapat membantu mereka, tentu ramai IKS dan usahawan kecil yang akan gulung tikar tidak lama lagi.

5) Kos operasi dan overhead syarikat akan naik 30% pada tahun ini kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Setelah meneliti kesemua faktor tersebut, saya terpaksa mengambil keputusan untuk membekukan dahulu pengambilan pekerja baru sehingga terdapat petanda positif dalam perkembangan ekonomi semasa. Bagi membantu semua kakitangan syarikat menghadapi kos kenaikan sara hidup sekarang, saya mengambil keputusan untuk menaikkan gaji pokok mereka sebanyak 10% dan memotong elaun pengurusan sebanyak 30%. Saya harap penjelasan saya ini akan dibaca oleh :

1) Mereka yang telah menghantar resume untuk memohon pekerjaan dengan syarikat ini.

2) Semua kakitangan saya dan penulis residen.

3) Pihak yang mentadbir industri buku di negara ini kerana saya berharap mereka akan dapat membantu semua penerbit-penerbit buku di negara ini agar niat kami untuk menyuburkan ilmu di negara ini tidak akan terjejas dan tidak akan membantutkan usaha kerajaan untuk melahirkan golongan kelas minda pertama serta modal insan yang berkualiti dan berperibadian mulia.

That’s all for now!
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.