SHAH ALAM - Kerajaan negeri sekali lagi memberi peringatan kepada kakitangan awam negeri ini agar tidak lagi meneruskan budaya ponteng atau culas sewaktu bekerja.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya akan meneruskan usaha melakukan pemeriksaan mengejut di premis yang didapati menjadi tempat lepak kakitangan awam.
“Saya akan teruskan pemantauan secara berkala, kalau nak kata buat jadual untuk buat spot check, tidaklah sampai ke tahap itu. Kalau kita buat jadual nanti, mereka pula tahu bila kita mahu buat spot check.
“Tapi, pemantauan tidak akan berhenti setakat ini saja, kita akan teruskan. Jika saya ada waktu terluang, memang saya sendiri akan periksa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Isnin lalu Mohammed Khusrin membuat pemeriksaan mengejut di restoran sekitar Shah Alam yang menjadi tumpuan kakitangan awam bersarapan pada waktu pejabat dan terjahan itu dimuat naik ke laman Facebook beliau.
Beliau turut memuat naik gambar penjawat awam yang ‘kantoi’ berada di luar pejabat bersarapan walaupun waktu itu sepatutnya mereka sudah memulakan tugas.
“Pemantauan yang kita buat ini sebahagiannya adalah daripada aduan orang ramai. Tetapi, bukanlah bermakna saya sendiri tidak tahu mereka melepak. Saya pun tahu port mereka di mana.
“Sebab itu, saya sudah pun minta semua Yang Dipertua (YDP) dan jabatan daerah supaya memantau disiplin kakitangan di jabatan masing-masing,” katanya.
Tambahnya, beliau mahu setiap kakitangan bertanggungjawab dengan tugas masing-masing sekali gus mewujudkan budaya kerja lebih positif.
“Dengan pemeriksaan yang sudah kita buat, saya dapat lihatlah kesan positif. Kalau dulu waktu pagi di kantin SUK itu penuh, tetapi sekarang ini sudah kosong. Cuma bila waktu minum pagi baru kita dapat lihat mereka beratur panjang beli makanan. Baguslah kalau begitu,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.