FB Tuc Tok Husin Ceroi yang popular sejak menyiarkan video yang menyamai suara Mat Sabu begitu lantang menyerang golongan yang dikatakan 'jebon' dalam Pas.
Dalam posting terbarunya, Tuc Tok Husin Ceroi seolah-olah ingin menyatakan Dr Hatta yang membakar keretanya sendiri dan Dr Zul yang memukul mukanya sendiri.
Katanya,
Hampa nak bakaq kereta sendiri ka,hampa nak tumbuk dahi sendiri ka,lantak hampa la,tu hampa punya pasai...jgn hampa dok mai bakaq kereta tok dgn katok dahi tok cukup...tu cari nahas namanya !!!!
Berikut adalah petikan berita mengenai kejadian Dr Zul dipukul:
AJK PAS Pusat Dr Dzul dipukul awal pagi ini.
Pemimpin PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dipukul sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di depan rumahnya dekat Shah Alam awal pagi ini.
Sahabat baiknya Datuk Kamarudin Jaffar yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, Dzulkefly ketika ini sedang membuat laporan polis dan akan mendapatkan rawatan selepas ini.
Kesan kejadian itu, ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu mengalami pecah di bibir dan bengkak di kepalanya.
"Salah seorang daripada mereka sempat berkata 'kenapa kurang ajar' ketika mereka memukul Dr Dzul," kata Kamarudin yang juga seorang AJK PAS Pusat.
Berdasarkan maklumat diterima, Dzulkefly dipukul ketika masih berada di dalam kereta, dan sebelum itu beliau memandu keretanya masuk ke perkarangan rumahnya sebaik saja pintu pagar dibuka.
Dzulkefly ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, beliau sedang membuat laporan polis dan akan bercakap kepada media kemudian.
Dalam pesanan melalui WhatsApp kepada Kamarudin yang dihantar kepada The Malaysian Insider kemudiannya, Dzulkefly menjelaskan beliau bertakbir beberapa kali ketika diserang dengan kayu oleh orang berkenaan.
"Saya keluar dari kereta untuk melawan balik dan mereka kemudian melarikan diri. Saya nampak mereka menuju motosikal yang mereka letak kira-kira 100m di hujung jalan dari rumah," kata Dzulkefly dalam pesanan itu.
Baru-baru ini, Dzulkefly yang juga pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu menyuarakan kebimbangan sama ada ulama dan profesional di dalam parti Islam itu masih boleh bekerja bersama dan melahirkan rasa "sudah hilang hormat" terhadap golongan ulama.
Ia susulan resolusi yang dibuat Multaqa Ulama Semalaysia II anjuran Dewan Ulama PAS pada Sabtu, 21 Februari.
"Saya ingin melahirkan rasa sedih bercampur geram yang amat sangat dengan apa yang berlaku dalam multaqa kali ini. Apakah ada lagi ruang untuk penyatuan hati-hati ini?" soalnya ketika bercakap kepada The Malaysian Insider.
Dzulkefly berkata: "Saya tidak takut dengan ancaman mereka, tetapi kalau dulu saya hormati ulama, sekarang saya sudah hilang rasa hormat itu. Dan saya berazam mengubah (kesilapan) itu."
Beliau berkata, kenyataan itu tidak berapa jelas sehingga orang menganggap beliau tidak hormat kepada semua ulama.
Katanya, bukan tidak menghormati ulama, tetapi sudah hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi jemaah Islam.
"Yang saya tidak hormat, ustaz-ustaz yang mengaku ulama tetapi memaki hamun, dan kerjanya melabel sesama ahli jemaah dan parti sendiri," katanya.
Sebelum ini, kereta pengarah pilihan raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli dibakar di perkarangan rumahnya di Hulu Kelang.
Ia berlaku selepas beliau didakwa menjadi dalang kepada usaha menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dakwaan itu dibuat dalam satu demonstrasi dan penyerahan memorandum kepada PAS oleh sekumpulan ahli PAS yang diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan Fadli Ahmad di depan pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Dzulkefly yang mengulas kejadian itu menganggap ia dibuat oleh mereka yang berusaha melaga-lagakan pimpinan PAS. – 5 Mac, 2015.
Home
Berita
Eksklusif
PAS
viral
Tuc Tok Husin Ceroi kata Hatta bakar kereta sendiri, Dr Zul tumbuk muka sendiri?
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.