SYOKNYA JADI ORANG KUAT NAJIB

Shafie Abdullah yang juga Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan dan Ketua Bahagian Umno Wangsa Maju telah didakwa menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai Setiausaha Politik (SETPOL) Perdana Menteri :

1) Menggunakan pengaruhnya dengan menghalang penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari mengambil tindakan meroboh Restoran Rashatini yang dimiliki oleh Pengerusi Persatuan Penjaja Melayu Wilayah Persekutuan. Restoran terbabit merupakan premis haram kerana didirikan di atas tanah rizab DBKL.

2) Menggunakan pengaruh beliau bagi membolehkan restoran tersebut mendapatkan peralatan dan kerusi milik DBKL secara percuma.

3) Menggunakan pengaruhnya supaya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melantik 29 nama yang beliau cadangkan sebagai Ahli jawatankuasa Surau Al-Ehsaniah, di Rumah Pangsa Danau Kota.

4) Membantu rakan karibnya, John Tee, Pengarah Urusan Syarikat Evergreen Sdn Bhd bagi mendapatkan kontrak pembekalan alatan kepada pusat-pusat Latihan Khidmat Negara semasa Perdana Menteri menjawat jawatan Menteri Pertahanan.

5) Menjadikan isterinya sebagai proksi dalam senarai lembaga Pengarah Syarikat Bukit Kiara Development Sdn bhd untuk memudahkan beliau menyalurkan projek-projek kerajaan.

6) Memperolehi 30 lot tapak Pasar Malam Uptown Danau Kota menggunakan pengaruhnya.

7) Terlibat di dalam kelulusan “development order” untuk membina shoopping complex di atas sebidang tanah yang digazetkan di dalam Draf Pelan KL 2000 untuk Masjid Desa Sri Hartamas.

Senarai tuduhan di atas diambil dari laporan Pemuda PAS Wilayah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dibuat pagi tadi. [sumber asal]


Nota: Tuduhan ini telah dibuat dalam Sidang Dewan Rakyat [sila baca di sini]


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.